Serunding
| Serundeng | |
|---|---|
Serundeng daging, Daging goreng dengan kelapa parut tumis pedas berempah | |
| Jenis | Hidangan daging |
| Jenis sajian | Hidangan utama atau snek |
| Tempat asal | Indonesia[1][2] |
| Kawasan/rantau |
|
| Suhu penghidangan | Suhu bilik |
| Bahan utama | Kelapa parut yang dibumbui dengan ramuan rempah, ditumis sehingga garing, lalu ditaburkan di atas hidangan lain seperti daging goreng, soto, ataupun pulut. |
| Bahan yang biasa digunakan | Kelapa, Lengkuas, daun serai, Indonesian bay leaf, coriander seed, bawang merah, bawang putih, Gula Melaka |
| Cara penyediaan | Pemanggangan |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Serondeng atau serundeng (dalam Hanacaraka, ꦱꦿꦸꦤ꧀ꦢꦺꦁ ' srundèng ')[3] merujuk kepada lauk sampingan atau kondimen Jawa berupa kelapa parut berempah yang berasal dari Indonesia dan digunakan sebagai pelengkap kepada nasi.[1]:17 Rasa serondeng boleh sahaja manis ataupun pedas-berempah, bergantung pada variasi resipi yang digunakan.[2]:34, 37
Varian yang paling dikenal luas ialah olahan Indonesia berupa kelapa parut yang ditumis bersama ramuan rempah serta bahan-bahan lain [1]:17. Kelapa parut yang digoreng kering dengan ramuan rempah ini boleh dicampurkan dengan kacang tanah[1] untuk dijadikan kondimen untuk menambah rasa atau dijadikan hiasan taburan di atas hidangan beras seperti nasi putih, lontong, pulut ketan, dan burasa; ataupun dihidangkan bersama sup tradisional seperti soto.
Serondeng turut boleh ditakrifkan sebagai suatu hidangan tersendiri apabila digabungkan dengan bahan utama seperti dalam ‘serundeng daging’, iaitu daging goreng—lazimnya daging lembu—yang dihidangkan bersama kelapa parut berempah goreng kering ini.[4]
Baik serunding mahupun serundeng, kedua-duanya adalah ejaan yang salah. Sekiranya anda mampu, sila gantikan tajuk tersebut dengan ejaan yang betul.
Di Malaysia
Sekiranya bersandar kepada sumber-sumber bersifat umum (bukan khusus akademik)—iaitu kerana kesukaran memperoleh rujukan yang benar-benar sahih serta berwibawa—maka boleh sahaja diandaikan, walaupun hanya secara anggaran dan tanpa kepastian yang muktamad, bahawa amalan (bukan penciptaan, perumusan atau penggubahan asal) penyediaan serondeng di Malaysia kemungkinan bermula di Kelantan. Menurut sebuah rencana umum yang kemungkinan bersifat pendapat (opinion), dinyatakan olehnya bahawa serondeng telah lama diusahakan secara tradisional di Kampung Laut, Jajahan Tumpat, Kelantan, iaitu oleh Allahyarhamah Mek Som binti Ismail atau lebih dikenali Mak Som Pak Soh Lotri oleh penduduk setempat. Kini perusahaan pembuatan serondeng diwarisi oleh anak cucu beliau yang ramai. Oleh kerana itu, berkemungkinan pula menanamkan kedudukan Kampung Laut sebagai pengeluaran serondeng yang menonjol di Kelantan.
Antara serondeng yang biasa ditemukan di Malaysia adalah Serondeng Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Serondeng tersebut ialah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serondeng terutama apabila banyak daging korban (Hari Raya Haji). Serondeng boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dan lain-lain.
Di Indonesia
Serondeng Indonesia dibuat daripada parutan kelapa yang digoreng hingga kuning kecoklatan dengan bumbu-bumbu seperti bawang besar, cili, bawang putih, bawang merah, ketumbar, kunyit, gula, asam jawa, daun salam, daun limau dan lengkuas. Bumbu-bumbu ini dilumatkan sebelum digunakan. Serondeng umumnya dihidangkan dengan hirisan daging lembu goreng, iaitu hidangan serondeng daging, atau ditaburkan di atas soto, pulut, atau buras untuk menambah selera rasa masakan tersebut.
Namun, di Sumatera Barat sedikit berbeza. Istilah serondeng bukan merujuk pada makanan dengan bahan dasar kelapa ini. Serondeng di Sumatera Barat terdiri atas kentang dan ubi[5] yang dipotong kecil-kecil serta kacang lalu diberi rempah-rempah dan digoreng. Rasanya menyelerakan dan nikmat tentunya.
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c d Weerdt-Schieffelers, Esly Van de (1998). Indonesian Cuisine: "Selamat Makan". Pulido Publications. ISBN 978-0-9663787-0-2.
- ^ a b Soewitomo, Sisca (2015-09-10). Popular Indonesia Cuisine: Over 100 Recipes (Edisi Bahasa Inggris) (dalam bahasa Indonesia). Gramedia Pustaka Utama. ISBN 978-602-03-1541-6.
- ^ Poerwadarminta, W. J. S. (1939), Bausastra Jawa (Bagian 23:S), dicapai pada 6 Oktober 2024
- ^ Lee, Lara (2020-05-14). Coconut & Sambal: Recipes from my Indonesian Kitchen. Bloomsbury Publishing. ISBN 978-1-5266-0352-4.
- ^ VIVA, PT. VIVA MEDIA BARU - (2017-04-11). "Sensasi Kelezatan Serundeng Ubi Minang - VIVA" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2017-11-25.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
