Popia

Popia
薄饼
Gambaran dari dekat balutan kulit popia dengan isi taugeh dan bahan-bahan yang lain.
Nama alternatifBaobing, Runbing, Bopijuan
JenisWrap Sunting ini di Wikidata
Tempat asalFujian, China
Kawasan/rantauTaiwan, Burma (Myanmar), Malaysia, Singapore (Teochew dan kawasan yang bertutur bahasa Hokkien)
Bahan utamakulit popia, sengkuang, lobak merah, tauhu goreng (yang didadukan), kacang panjang, taugeh, udang kering
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Popia
Popia dalam Tulisan Cina Ringkas (atas) dan Tulisan Cina Tradisional (bawah)
Tulisan Cina Tradisional薄餅
Tulisan Cina Ringkas薄饼
POJ Bahasa Hokkienpo̍h-piáⁿ
Alternative Chinese name
Bahasa Cina潤餅
Tulisan Cina Ringkas润饼
POJ Bahasa Hokkienjūn-piáⁿ or lūn-piáⁿ

Popia merupakan sejenis kuih sedap yang mudah bagi didapati. Kuih ini disediakan dalam pelbagai cara daripada, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal. Kemudian doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng. Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya. Untuk ramuan kuah/sos, selain memasukkan garam sebagai perasa, gula dan limau nipis juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan rasa yang lebih sedap. Terdapat tiga cara penggunaan kuah/sos bagi menikmati popia iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam popia ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam popia sebelum digoreng. Bagi penduduk Bukit Baru Kampungku Sayang, mereka mempunyai istilah lain bagi popia iaitu piakau.

Variasi Inti

Sayur

Bahagian isi pula terdiri daripada sayur-sayuran seperti timun,lobak merah, tauhu, taugeh,dan sengkuang yang dihiris-hiris.

Serunding

Serunding yang sering digunakan adalah dari daging ikan tenggiri dan ikan bilis. Hasil laut yang lain ialah udang kering. Boleh juga dibuat dari daging lembu dan ayam.

Ikan

Ikan sardin dalam tin selalu menjadi pilihan untuk dijadikan inti popia. Manakala, industri makanan beku di Malaysia telah memperkenalkan popia berinti otak-otak.

Jenis popia

Tidak Bergoreng

  • Popia Basah

Bergoreng

  • Popia Goreng
  • Popia Bersira
  • Popia Mini
  • Simpul Kasih
  • Popia Otak-otak

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.