Apam

Apam

Apam secara umumnya merujuk kepada makanan yang gebu. Adunan atau bater boleh dibuat dari tepung gandum atau tepung beras. Cara memasak apam boleh dilakukan secara bakar atau kukus. Terdapat beberapa jenis kuih yang digelar apam, antaranya kuih apam, apam berkuah dan apam balik, yang terdapat dalam pelbagai bentuk, rupa dan rasa.[1]

Variasi

Apam berkuah

Apam berkuah merupakan sejenis kuih tradisi Melayu Nusantara, yang dimakan dinegeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, yang sesuai dimakan pada waktu petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam. Apam berkuah biasanya dimakan dengan mencicahnya kedalam kuah khas yang berempah. Antara bahan untuk membuat kuah dari pelbagai ikan jenis seperti selayang, kembung, sardin atau tuna; dicampur dengan santan, gula, rempah dan lada hitam. [2]

Apam balik

Apam balik kecil berkulit nipis dan garing.

Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Apam balik sedap dimakan panas-panas.[3]

Di Indonesia, apam balik lebih dikenali sebagai kuih Terang bulan atau Murtabak manis.

Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti, dimasak di atas belanga tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai.

Apam manis

Apam manis

Di Malaysia, apam jenis ini banyak didapati di restoran India ataupun India Muslim. Dimasak didalam kuali kecil, agar mempunyai bentuk yang bulat dan ia dibuat dari tepung beras yang ditapaikan. Bahan-bahan lain yang dimasukkan ialah garam dan gula. Setelah disimpan lama (dalam beberapa jam), ia boleh digoreng dengan sedikit minyak. Di selatan-tengah Kerala, ia dihidang dengan kari kambing kacang kuda atau sayur renih atau sambal telur rebus.[4]

Rujukan

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.