Vasopresin
| Data klinikal | |
|---|---|
| Sebutan | /ˌveɪzoʊˈprɛsɪn/ |
| Nama lain | Hormon antidiuretik (ADH); vasopresin arginina (AVP); argipresin |
| Kod ATC | |
| Data fisiologi | |
| Sumber tisu | Nukleus supraoptik; Nukleus paraventrikular hipotalamus |
| Tisu sasaran | Seluruh sistem |
| Reseptor | V1A, V1B, V2, OXTR |
| Agonis | Felipresin, desmopresin |
| Antagonis | Diuretik |
| Metabolisme | Secara utamanya di hati dan ginjal |
| Data farmakokinetik | |
| Pengikatan protein | 1% |
| Metabolisme | Secara utamanya di hati dan ginjal |
| Penyingkiran separuh hayat | 10–20 minit |
| Perkumuhan | Urin |
| Pengecam | |
| |
| Nombor CAS | |
| PubChem CID | |
| IUPHAR/BPS | |
| DrugBank | |
| ChemSpider | |
| UNII | |
| KEGG | |
| ChEBI | |
| ChEMBL | |
| CompTox Dashboard (EPA) | |
| Data kimia dan fizikal | |
| Formula | C46H65N15O12S2 |
| Jisim molar | 1,084.24 g·mol−1 |
| Model 3D (JSmol) | |
| Ketumpatan | 1.6±0.1 g/cm3 |
| |
| |
Vasopresin manusia, juga dipanggil hormon antidiuretik (ADH), vasopresin arginina (AVP) atau argipresin,[4] ialah hormon yang disintesis daripada gen AVP sebagai prohormon peptida dalam neuron di hipotalamus otak,[5] dan ditukar kepada AVP. Ia kemudian bergerak ke bawah akson yang berakhir di pituitari posterior, dan dilepaskan daripada vesikel ke dalam peredaran sebagai tindak balas kepada hipertonisiti cecair luar sel (hiperosmolaliti). AVP mempunyai dua fungsi utama. Pertama, ia meningkatkan jumlah air tanpa zat terlarut yang diserap kembali ke dalam sistem peredaran daripada turasan dalam tubul ginjal di nefron. Kedua, AVP menyempitkan arteriol lalu meningkatkan rintangan vaskular periferi dan meningkatkan tekanan darah arteri.[6][7][8]
Fungsi ketiga adalah mungkin. Sesetengah AVP mungkin dilepaskan terus ke otak dari hipotalamus, dan mungkin memainkan peranan penting dalam tingkah laku sosial, motivasi seksual dan hubungan pasangan, dan tindak balas ibu terhadap tekanan. [9]
Vasopressin mendorong pembezaan sel asas menjadi kardiomiosit (sel otot jantung) dan menggalakkan homeostasis otot jantung.[10]
Ia mempunyai separuh hayat yang sangat singkat, antara 16 dan 24 minit.[8]
Fisiologi
Vasopresin ialah peptida dengan sembilan asid amino (nonapeptida). Jujukan asid amino vasopresin arginina ialah Cys-Tyr-Phe-Gln-Asn-Cys-Pro-Arg-Gly-NH2, dengan sisteina membentuk ikatan disulfida, dan glisina terminal C dimodifikasi menjadi amida primer.[11] Vasopresin lisina (lipresin) mempunyai lisine yang menggantikan arginina di asid amino kelapan, dan terdapat dalam khinzir dan beberapa haiwan berkaitan, manakala vasopresin arginina ditemui pada manusia..[12]
Struktur oksitosin sangat serupa dengan vasopresin: ia juga merupakan nonapeptida dengan ikatan disulfida, dan urutan asid aminonya berbeza pada dua kedudukan sahaja. Kedua-dua gen tersebut terletak pada kromosom yang sama, dipisahkan oleh jarak yang agak kecil, iaitu kurang daripada 15,000 bes dalam kebanyakan spesies. Sel neurorembesan magnoselular yang merembeskan vasopresin juga berkedudukan bersebelahan dengan neuron magnoselular yang merembeskan oksitosin, dan serupa dalam banyak aspek. Persamaan kedua-dua peptida boleh menyebabkan beberapa tindak balas bersilang: oksitosin mempunyai fungsi antidiuretik yang sedikit, dan tahap AVP yang tinggi boleh menyebabkan pengecutan rahim.[13][14]
Rujukan
- ^ a b c GRCh38: Ensembl release 89: ENSG00000101200 - Ensembl, May 2017
- ^ "Human PubMed Reference:". National Center for Biotechnology Information, U.S. National Library of Medicine.
- ^ "Mouse PubMed Reference:". National Center for Biotechnology Information, U.S. National Library of Medicine.
- ^ Anderson DA (2012). Dorland's Illustrated Medical Dictionary (ed. 32nd). Elsevier. ISBN 978-1-4160-6257-8.
- ^ "Vasopressin and oxytocin gene expression in the human hypothalamus". Journal of Comparative Neurology. 337 (2): 295–306. 1993. doi:10.1002/cne.903370210. PMID 8277003.
- ^ Marieb E (2014). Anatomy & physiology. Glenview, IL: Pearson Education, Inc. ISBN 978-0-321-86158-0.
- ^ Caldwell HK, Young WS III (2006). "Oxytocin and Vasopressin: Genetics and Behavioral Implications" (PDF). Dalam Lajtha A, Lim R (penyunting). Handbook of Neurochemistry and Molecular Neurobiology: Neuroactive Proteins and Peptides (ed. 3rd). Berlin: Springer. m/s. 573–607. ISBN 978-0-387-30348-2.
- ^ a b "SIADH associated with ciprofloxacin". The Annals of Pharmacotherapy. 47 (10): 1359–63. October 2013. doi:10.1177/1060028013502457. PMID 24259701.
- ^ "The challenge of translation in social neuroscience: a review of oxytocin, vasopressin, and affiliative behavior". Neuron (dalam bahasa Inggeris). 65 (6): 768–79. March 2010. doi:10.1016/j.neuron.2010.03.005. PMC 2847497. PMID 20346754.
- ^ "Neurohypophyseal Hormones: Novel Actors of Striated Muscle Development and Homeostasis". review. European Journal of Translational Myology. 24 (3): 3790. September 2014. doi:10.4081/bam.2014.3.217. PMC 4756744. PMID 26913138.
- ^ Burtis CA, Ashwood ER, Bruns DE (2012). Tietz Textbook of Clinical Chemistry and Molecular Diagnostics (ed. 5th). Elsevier Health Sciences. m/s. 1833. ISBN 978-1-4557-5942-2.
- ^ Donaldson D (1994). "Polyuria and Disorders of Thirst". Dalam Williams DL, Marks V (penyunting). Scientific Foundations of Biochemistry in Clinical Practice (ed. 2nd). Butterworth-Heinemann. m/s. 76–102. doi:10.1016/B978-0-7506-0167-2.50010-8. ISBN 978-0-7506-0167-2.
- ^ Li C, Wang W, Summer SN, Westfall TD, Brooks DP, Falk S, Schrier RW (February 2008). "Molecular mechanisms of antidiuretic effect of oxytocin". Journal of the American Society of Nephrology. 19 (2): 225–32. doi:10.1681/ASN.2007010029. PMC 2396735. PMID 18057218.
- ^ Joo KW, Jeon US, Kim GH, Park J, Oh YK, Kim YS, dll. (October 2004). "Antidiuretic action of oxytocin is associated with increased urinary excretion of aquaporin-2". Nephrology, Dialysis, Transplantation. 19 (10): 2480–6. doi:10.1093/ndt/gfh413. PMID 15280526.
Bacaan lanjut
- Rector FC, Brenner BM (2004). Brenner & Rector's the kidney (ed. 7th). Philadelphia: Saunders. ISBN 978-0-7216-0164-9.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.