Peptida
Peptida (bahasa Inggeris: peptide, daripada akar bahasa Yunani: πεπτός, peptós "dihadam"; daripada πέσσειν, péssein "menghadam") merupakan rantaian pendek monomer asid amino semula jadi atau buatan yang dihubungkan oleh ikatan peptida (amida).
Ikatan kimia kovalen yang wujud dalam rantaian sebegini terhasil apabila kumpulan karboksil suatu asid amino bertindak balas dengan suatu kumpulan amino daripada asid amino yang lain. Peptida terpendek yang wujud - dipeptida - terdiri daripada 2 asid amino dihubungkan oleh satu ikatan peptida, begitulah perkara sama yang ada pada tripeptida, tetrapeptida dan seterusnya. Polipeptida merupakan rantaian peptida panjang yang berterusan dan tidak bercabang. Oleh itu, peptida dikelaskan dalam kumpulan kimia oligomer dan polimer yang meluas bersama-sama asid nukleik, oligosakarida dan polisakarida, dan sebagainya.
Peptida dibezakan daripada protein berdasarkan saiz, di mana sejenis peptida itu difahamkan mengandungi sekitar sedikit daripada 50 asid amino.[1][2] Protein pula terdiri daripada lebih daripada satu polipeptida yang disusun agar dapat berfungsi secara biologinya di mana ia sering terikat pada ligan seperti koenzim dan kofaktor, atau kepada protein atau makromolekul (DNA, RNA dan sebagainya) yang lain, atau kepada binaan makromolekul.[3]
Rujukan
- ^ IUPAC. Compendium of Chemical Terminology, 2nd ed. (the "Gold Book"). Compiled by A. D. McNaught and A. Wilkinson. Blackwell Scientific Publications, Oxford (1997). Versi pembetulan dalam talian XML: http://goldbook.iupac.org (2006-) oleh M. Nic, J. Jirat, B. Kosata; kemaskini dikompilasikan oleh A. Jenkins. ISBN 0-9678550-9-8. doi:10.1351/goldbook.P04898.
- ^ "What are peptides". Zealand Pharma A/S. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2014.
- ^ Ardejani, Maziar S.; Orner, Brendan P. (2013-05-03). "Obey the Peptide Assembly Rules". Science. 340 (6132): 561–562. Bibcode:2013Sci...340..561A. doi:10.1126/science.1237708. ISSN 0036-8075. PMID 23641105.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.