Pixel 11 Pro

  • Pixel 11 Pro
  • Pixel 11 Pro XL
PembangunGoogle
Warna
  • Canyon
  • Zaitun (Olive)
  • Kabut (Fog)
  • Obsidian (pusam)
RentetanPixel
Rangkaian serasi
Julung diedarkan20 Ogos 2026; dalam masa 2 hari (2026-08-20)
Pendahulu
BerkaitanPixel 11
Pixel 11 Pro Fold
JenisTelefon pintar
Jisim
  • Pixel 11 Pro: 7.2 oz (204 g)
  • Pixel 11 Pro XL: 8.0 oz (226 g)
Sistem pengendalianAndroid 17
Sistem atas cipGoogle Tensor G6
CPU1x 3.78 GHz Cortex-X4 + 5x 3.05 GHz Cortex-A725 + 2x 2.25 GHz Cortex-A520
GPUPowerVR CXTP-48-1536
ModemMediaTek M90
Ingatan
  • 12 GB LPDDR5X (versi 256GB)
  • 16 GB LPDDR5X (versi 512GB, 1TB)
Storan
  • 256 GB UFS 4.0
  • 512 GB & 1 TB Zoned UFS 4.0
SIM
Bateri
  • Pixel 11 Pro: 4850 mAh
  • Pixel 11 Pro XL: 5115 mAh
Pengecasan
  • Pixel 11 Pro:
  • Pengecasan pantas 30 W
  • Pengecasan tanpa wayar 25 W Qi2.2
  • Pixel 11 Pro XL:
  • Pengecasan pantas 45 W
  • Pengecasan tanpa wayar 25 W Qi2.2
Paparan
  • Pixel 11 Pro:
  • 6.3 in (161 mm) FHD+ LTPO OLED pada 495 ppi
  • 2856 × 1280 px (20:9)
  • 2400 nits (HDR)
  • 3600 nits (kecerahan puncak)
  • Hz kadar segar semula 1–120 
  • Pixel 11 Pro XL:
  • 6.8 in (172 mm) QHD+ LTPO OLED pada 486 ppi
  • 2992 × 1344 px (20:9)
  • 2400 nits (HDR)
  • 3600 nits (kecerahan puncak)
  • 1–120 Hz kadar segar semula
Bunyi
Kamera belakang
  • 50 MP, f/1.68, 82˚ medan penglihatan (lebar), 1/1.3"
  • 48 MP, f/1.7, 123˚ medan penglihatan (sangat lebar), 1/2.51"
  • 48 MP, f/2.8, 23˚ medan penglihatan (telefoto), zum optik 5×, 1/1.95"
  • Video 1080p pada 24, 30, atau 60 FPS
  • Video 4K pada 24, 30, atau 60 FPS
  • Video 8K pada 24, 30 FPS
Kamera depan
  • 42 MP, f/2.2, 103˚ medan penglihatan (sangat lebar)
  • Video 1080p pada 30 atau 60 FPS
  • Video 4K pada 30 atau 60 FPS
Ketersambungan
Masukan data
Ketahanan airIP68
Lain
  • Kemasan depan Gorilla Glass Victus 2 dengan lapisan anti-calar
  • Kemasan belakang Gorilla Glass Victus 2
  • Modul keselamatan Titan M3
Tapak sesawang
Rujukan[1][2]

Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro XL ialah sepasang telefon pintar mercu berteraskan Android yang direka, dibangunkan, dan dipasarkan oleh Google sebagai sebahagian daripada siri produk Google Pixel. Ia berkhidmat sebagai pengganti kepada Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL. Ia diumumkan secara rasmi pada 12 Ogos 2026 di acara utama Made by Google.[3][4][5][6]

Sejarah

Pelbagai ciri dan perubahan reka bentuk Pixel 11 Pro telah dibocorkan sebelum pelancaran rasmi, termasuk pilihan warna untuk telefon berkenaan.[7][8] Pada Julai 2026, gambar Pixel 11 Pro telah dibocorkan di laman web Google Fi.[9][10] Telefon-telefon ini telah diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) pada bulan yang sama.[11][12]

Laporan seawal April 2026 menunjukkan Google sedang mengusahakan satu ciri yang dinamakan 'Pixel Glow', dan ia akan digunakan dalam peranti Pixel yang akan datang.[13] Pada awal Ogos 2026, 9to5Google melaporkan bahawa ciri 'Pixel Glow' yang dijangka debut pada peranti-peranti ini akan dinamakan 'HiLight'.[14]

Empat hari sebelum pengenalan rasmi Pixel 11 Pro, sekeping gambar telah dimuat naik memperlihatkan peranti sebenar Pixel 11 Pro XL, bersama kotaknya, yang dilabelkan sebagai unit demo pembawa.[15]

Pelancaran

Pada 7 Julai 2026, Google menghantar jemputan untuk acara Made by Google yang seterusnya, yang ditetapkan pada 12 Ogos di Bandar Raya New York.[3][16] Reka bentuk Pixel 11 diacah sebanyak dua kali dalam video pada bulan yang sama, memperlihatkan barisan siri Pixel 11,[17] dan menunjukkan perkhidmatan Google dengan cogan kata "next obvious move" (langkah jelas seterusnya).[18] Pada 6 Ogos 2026, Google mengumumkan bahawa pelawak Trevor Noah akan mengendalikan Acara Utama Made by Google, dengan kemunculan khas oleh bintang NBA Stephen Curry, pembuat podsiar Alex Cooper, pemain kriket Shubman Gill, serta beberapa tetamu lain.[19]

Selepas mengacah peranti tersebut pada awal Ogos,[20][21] dan menghantar kod diskaun untuk telefon-telefon berkenaan,[22] Google mengumumkan Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro XL secara rasmi pada 12 Ogos, bersama-sama keseluruhan barisan yang terdiri daripada Pixel 11 Pro, Pixel 11 Pro XL, dan Pixel 11 Pro Fold.[6] Ia membuat kemunculan sulung bersama Pixel Watch 5, pilihan warna Zaitun (Olive) baharu untuk Pixel Buds Pro 2 sedia ada, dan penjejak Pixel Tag baharu. Tempahan awal bermula pada hari yang sama, dengan tarikh pelancaran ditetapkan pada 20 Ogos di Amerika Syarikat.[6]

Spesifikasi

Reka bentuk

Saiz dan bentuk kedua-dua telefon mencerminkan model terdahulu, dengan sisi rata dan sudut bulat, serta berkongsi dimensi yang serupa. Kaca yang menutupi lensa belakang, mikrofon, dan sensor fokus automatik pada palang kamera kini memanjang hingga ke tepi sebelah kanan, menjadikannya simetri.[23] Sensor suhu yang terdapat pada Pixel 10 Pro dan model Pro terdahulu telah dikeluarkan, meninggalkan lampu kilat menduduki kawasan yang sama di sebelah kamera pada ketinggian yang sama di belakang penutup kaca kamera.[6]

Ia tersedia dalam empat pilihan warna: Canyon, Zaitun (Olive), Kabut (Fog), dan Obsidian.[24][6] Obsidian ialah satu-satunya varian warna yang bingkai aluminiumnya mempunyai kemasan pusam (matte), manakala warna-warna lain mempunyai kemasan berkilat (polished).[25]

Pilihan warna untuk siri Pixel 8
Pixel 11 Pro Pixel 11 Pro XL
Canyon Zaitun Kabut Obsidian (pusam) Canyon Zaitun Kabut Obsidian (pusam)

Perkakasan

Resolusi paparan telefon kekal sama, dengan kadar segar semula LTPO 120Hz, dan menggunakan panel OLED Samsung M16 baharu yang meningkatkan kecerahan di samping mengurangkan penggunaan bateri dan meningkatkan ketepatan warna.[26][6]

Konfigurasi kamera dikemas kini kepada kamera utama sudut lebar 50MP baharu di bahagian belakang. Kamera telefoto 48MP dinaik taraf dengan saiz sensor dan optik yang lebih besar, membolehkan jumlah cahaya yang jauh lebih banyak masuk. Ini membolehkan zum 120x dengan bantuan AI 'Pro Zoom', berbanding 100x pada Pixel 10 Pro.

Sistem dalam Cip (SoC) tersuai generasi keenam Tensor G6 membawakan pelbagai perubahan di bawah liputan perkakasan. Bagi tahun kedua Google menggunakan TSMC untuk mengilangkan cip tersuainya, saiz pemproses telah dikecilkan kepada nod proses 2nm N2.[27] Ini menjadikannya jenama telefon pintar kedua yang mengguna pakai cip 2nm, yang pertama ialah Siri Galaxy S26 yang dikuasakan oleh Exynos 2600. Tujuh teras CPU menggunakan siri baharu ARM Cortex C1-series, yang terdiri daripada satu teras Cortex C1-Ultra dan enam teras C1-Pro.[28] GPU yang digunakan ialah Imagination PowerVR CXTP-48-1536. CXTP merupakan varian baharu yang diubah suai daripada siri teras CXT sejak 2021; huruf tambahan "P" menunjukkan kecekapan tenaga.[29] Buat pertama kali sejak pengenalan Tensor, modem Samsung Exynos telah digantikan dengan MediaTek M90, yang dikatakan dapat mengurangkan masalah penurunan tenaga bateri disebabkan carian isyarat apabila peranti bergelut untuk mencari atau kekal berhubung dengan rangkaian mudah alih.[12][30] Penambahbaikan ini menunjukkan bahawa Tensor G6 akan memberikan prestasi tambahan untuk beban kerja berat, di samping mengurangkan penggunaan tenaga disebabkan skala 2nm yang lebih kecil.

Seiring dengan Tensor G6, peranti ini dilengkapi modul keselamatan Titan M3 yang dikemas kini, yang membawakan kriptografi pasca-kuantum kepada set ciri sedia ada daripada generasi sebelumnya.[31][32]

Perisian

Siri Pixel 11 dilancarkan dengan sistem kendalian Android 17.[6]

Siri Pixel 11 dilancarkan dengan Gemini Intelligence, yang terdiri daripada pelbagai alat, cadangan, dan petunjuk ejen AI. Ia dikuasakan oleh model Gemini Google di awan dan model Gemma yang berjalan secara terbina pada peranti.[6]

Proactive Assistance merupakan versi terkini bagi Magic Cue, yang mula dilancarkan bersama Siri Pixel 10.[6]

Rujukan

  1. ^ "Google Pixel 11 Pro & 11 Pro XL Technical Specs & Features". Dicapai pada 2026-08-12.
  2. ^ "Pixel phone hardware tech specs". Dicapai pada 2026-08-12.
  3. ^ a b Maxham, Alexander (2026-07-07). "Google's Pixel 11 Event Is Set for August 12 in New York City". Android Headlines (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-08. Dicapai pada 2026-07-07.
  4. ^ bio, See full (2026-08-11). "How to Watch Made by Google, the Pixel 11 and Watch 5 Event - CNET" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-11.
  5. ^ Sattelberg, Will (2026-08-12). "How to watch the Made by Google event stream and Pixel 11 announcement". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-12.
  6. ^ a b c d e f g h i Li, Abner (2026-08-12). "Everything announced at Made by Google 2026: Pixel 11, Pixel Watch 5, Pixel Tag, & more". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-12.
  7. ^ Maxham, Alexander (2026-03-31). "Exclusive: Google Pixel 11 Pro Official CAD Renders & Rumors". Android Headlines (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-20. Dicapai pada 2026-07-20.
  8. ^ Schoon, Ben (2026-07-13). "This might be the Pixel 11, Pixel 11 Pro, and Fold in their new colors [Gallery]". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-19. Dicapai pada 2026-07-20.
  9. ^ Romero, Andrew (2026-07-20). "The Pixel 11 Pro showed up on one of Google's websites". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-20. Dicapai pada 2026-07-20.
  10. ^ Leon, Jean (2026-07-20). "Oops, They Did It Again: Google Fi Leaks the Pixel 11 Pro Design and a Wild $100 Promo". Android Headlines (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-20. Dicapai pada 2026-07-20.
  11. ^ Romero, Andrew (2026-07-13). "Almost every Google Pixel 11 model appears on FCC website". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-09.
  12. ^ a b Kellen (2026-07-13). "5 New Pixel 11 Phone FCC Listings Confirm Connectivity" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-30. Dicapai pada 2026-07-29.
  13. ^ Li, Abner (2026-04-16). "Google working on Pixel 'laptop' and 'Pixel Glow' lights that are also coming to phones". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-04-22. Dicapai pada 2026-08-06.
  14. ^ Schoon, Ben (2026-08-04). "Leak confirms Pixel 11 'Glow' is called 'HiLight' and what it can do". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-08-06. Dicapai pada 2026-08-06.
  15. ^ Schoon, Ben (2026-08-08). "Pixel 11 Pro XL shows up in hands-on leak days ahead of launch [Gallery]". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-08-08. Dicapai pada 2026-08-08.
  16. ^ Li, Abner (2026-07-07). "Google announces August 12 event for Pixel 11 and Pixel Watch 5". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-07. Dicapai pada 2026-07-07.
  17. ^ Li, Abner (2026-07-15). "Google releases first Pixel 11 teaser and shows Pixel Glow [Video]". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-15. Dicapai pada 2026-07-15.
  18. ^ Li, Abner (2026-07-29). "New Pixel 11 Pro 'next obvious move' teaser provides better look at Glow [Video]". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-30. Dicapai pada 2026-07-29.
  19. ^ Li, Abner (2026-08-06). "Google reveals who is hosting Pixel 11 launch event and other guests". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-08-06. Dicapai pada 2026-08-06.
  20. ^ Diaz, Justin (2026-08-10). "Google's new Pixel 11 Pro teaser gives away just enough". Android Headlines (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-11.
  21. ^ "Google is turning things up to 11 in latest Pixel 11 Pro teaser". Android Authority (dalam bahasa Inggeris). 2026-08-10. Dicapai pada 2026-08-11.
  22. ^ Schoon, Ben (2026-08-12). "Google sends out $150 discount codes ahead of Pixel 11 pre-orders". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-12.
  23. ^ Maxham, Alexander (2026-07-07). "Google's Pixel 11 Event Is Set for August 12 in New York City". Android Headlines (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-08. Dicapai pada 2026-07-07.
  24. ^ "New leaked renders reveal every color option for the Pixel 11 lineup". GSMArena. Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-23. Dicapai pada 2026-07-23.
  25. ^ Sattelberg, Will (2026-07-30). "Pixel 11 series leaks with seemingly official renders, includes all-matte Pixel 11 Pro [Gallery]". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-31. Dicapai pada 2026-08-11.
  26. ^ Washington, Vineet. "Pixel 11 series display upgrades will come through Samsung, just like Apple". Notebookcheck. Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-24. Dicapai pada 2026-07-23.
  27. ^ Schoon, Ben. "Pixel 11's Tensor G6 chip beats the iPhone 18 to TSMC's 2nm process". Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-14. Dicapai pada 2026-07-23.
  28. ^ "Google Pixel 11's Tensor G6 chipset specs revealed in leak". GSMArena. Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-24. Dicapai pada 2026-07-23.
  29. ^ Saleem, Rohail. "Google Tensor G6 Chip's Architecture, Quirky GPU Choice, Specifications, And Launch". wccftech. Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-24. Dicapai pada 2026-07-23.
  30. ^ "Pixel 11 FCC Listings Reveal MediaTek Modem Swap Across All Models". Gadget Hacks. Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-24. Dicapai pada 2026-07-23.
  31. ^ Slavov, Mariyan (2026-02-20). "The Pixel 11 could be one of the most secure phones thanks to a new chip". PhoneArena (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-07-24. Dicapai pada 2026-07-29.
  32. ^ "Pixel Safe: Protect and Secure your private information". Google Store (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-08-12. Dicapai pada 2026-08-12.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.