Pixel 6
Gambar rajah Pixel 6 (K) dan Pixel 6 Pro (K) | |
| Nama kod | |
|---|---|
| Jenama | |
| Pengilang | Foxconn |
| Rentetan | Pixel |
| Rangkaian serasi | |
| Julung diedarkan | 28 Oktober 2021 |
| Ketersediaan mengikut rantau | Oktober 2021
Februari 2022
|
| Ketamatan | 6 Oktober 2022 |
| Pendahulu | Pixel 5 |
| Pengganti | Pixel 7 |
| Berkaitan | Pixel 6a |
| Jenis | Telefon pintar |
| Ukuran |
|
| Jisim |
|
| Sistem pengendalian | Android 12 Boleh dinaik naik kepada Android 17 |
| Sistem atas cip | Google Tensor |
| CPU | Lapan teras (2x2.8 GHz Cortex-X1 & 2x2.25 GHz Cortex-A76 & 4x1.8 GHz Cortex-A55)[2] |
| GPU | Mali-G78 MP20[3] |
| Modem | Samsung Exynos 5123b |
| Ingatan |
|
| Storan |
|
| SIM | Nano SIM dan eSIM |
| Bateri |
|
| Pengecasan |
|
| Paparan | |
| Bunyi |
|
| Kamera belakang |
|
| Kamera depan |
|
| Ketersambungan |
|
| Masukan data | |
| Ketahanan air | IP68 |
| Lain |
|
| Keserasian alat bantu dengar |
|
| Buatan | China |
| Tapak sesawang | |
| Rujukan | [4][5] |
Pixel 6 dan Pixel 6 Pro ialah sepasang telefon pintar berasaskan Android yang direka bentuk, dibangunkan dan dipasarkan oleh Google sebagai sebahagian daripada siri produk Google Pixel. Kedua-duanya berfungsi secara kolektif sebagai pengganti kepada Pixel 5. Telefon ini pertama kali diperlihatkan pada Ogos 2021, mengesahkan laporan bahawa ia bakal dikuasakan oleh sistem-atas-cip tersuai yang dinamakan Google Tensor. Sistem kamera dipasang dalam bar mendatar di bahagian belakang, manakala bahagian hadapan menampilkan paparan berlubang (hole-punch) di bahagian tengah atas. Ia dilancarkan dengan Android 12, dengan Google mengumumkan pelbagai ciri kecerdasan buatan dan pengkomputeran persekitaran semasa acara pelancaran peranti tersebut.
Pixel 6 dan Pixel 6 Pro diumumkan secara rasmi pada 19 Oktober 2021 di acara Pixel Fall Launch, dan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 28 Oktober selepas kempen pemasaran yang meluas. Kedua-dua peranti menerima ulasan yang umumnya positif daripada pengulas, yang memuji cip Tensor, kamera, prestasi, reka bentuk, serta harganya, walaupun pengimbas cap jari dan hayat bateri menerima maklum balas bercampur-campur. Telefon ini menjadi peranti Pixel paling cepat dijual oleh Google, sekali gus membolehkan syarikat tersebut menjadi pengeluar telefon pintar kelima terbesar di Amerika Utara dan United Kingdom pada suku pertama tahun 2022. Ia digantikan oleh Pixel 7 dan Pixel 7 Pro pada tahun 2022.
Sejarah
Pixel 6 dan Pixel 6 Pro telah diperlihatkan oleh Google pada 2 Ogos 2021, mengesahkan reka bentuk baharu telefon tersebut serta pengenalan sistem-atas-cip (SoC) tersuainya, Google Tensor. Peranti Pixel sebelum ini menggunakan cip Qualcomm Snapdragon, dengan Google telah mula membangunkan cip pemprosesannya sendiri yang kod namanya "Whitechapel" seawal April 2016. Peranti ini telah diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) pada bulan September. Google mengumumkan telefon ini secara rasmi pada 19 Oktober 2021 di acara Pixel Fall Launch, dan ia mula berada di pasaran di sembilan buah negara pada 28 Oktober. Telefon ini dikilangkan oleh Foxconn, dan pada asalnya dirancang untuk dihasilkan di Vietnam sebelum dialihkan semula ke China disebabkan kawalan sempadan ketat yang dilaksanakan oleh kerajaan China sebagai maklum balas terhadap pandemik COVID-19. Google menggandakan pengeluaran telefonnya berbanding tahun sebelumnya dalam usaha untuk meningkatkan syer pasaran, dengan menghasilkan kira-kira tujuh juta peranti. Telefon ini tidak dipasarkan di India semasa pelancaran atas faktor isu krisis rantai bekalan global 2021.
Semasa acara pelancaran, Google turut mengumumkan sarung pelindung rasmi telefon tersebut yang mula dibuka untuk pra-pesanan pada hari yang sama dengan tiga pilihan warna bagi Pixel 6 dan empat pilihan warna bagi Pixel 6 Pro, serta pengecas tanpa wayar Pixel Stand generasi kedua yang mula dijual pada 18 November dan dihantar pada 13 Disember. Pra-pesanan untuk telefon pintar ini bermula pada hari pengumuman dibuat, dengan penghantaran bermula pada 25 Oktober. Google Store tidak menawarkan sebarang potongan harga untuk peranti tersebut menjelang Jumaat Hitam, berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada Februari 2022, Pixel 6 dan Pixel 6 Pro mula ditawarkan di Itali dan Sepanyol dalam "kuantiti terhad", disusuli pelancaran terhad di Singapura dua minggu kemudian.
Spesifikasi
Reka bentuk
Pixel 6 dan Pixel 6 Pro menampilkan reka bentuk unik yang berbeza secara visual berbanding generasi telefon Pixel sebelumnya, termasuk bar kamera yang besar serta skema warna dua tona di bahagian belakang. Bahagian hadapan kedua-dua telefon turut menampilkan paparan berlubang di bahagian tengah. Setiap model ditawarkan dalam tiga pilihan warna:
| Pixel 6 | Pixel 6 Pro | |||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Kinda Coral | Stormy Black | Sorta Seafoam | Cloudy White | Sorta Sunny | Stormy Black | |
Perkakasan
Pixel 6 mempunyai paparan OLED FHD+ 1080p berukuran 6.4 in (163 mm) pada kepadatan 411 ppi dengan resolusi piksel 2400 × 1080 dan nisbah aspek 20:9, manakala Pixel 6 Pro mempunyai paparan OLED LTPO skrin melengkung QHD+ 1440p berukuran 6.7 in (170 mm) pada kepadatan 512 ppi dengan resolusi piksel 3120 × 1440 dan nisbah aspek 19.5:9. Kedua-dua paparan menyokong HDR10+; Pixel 6 mempunyai kadar segar semula 90 Hz manakala Pixel 6 Pro menyokong kadar segar semula boleh ubah sehingga 120 Hz. Kedua-dua telefon dilengkapi kamera belakang luas 50 MP dan kamera belakang ultra-lebar 12 MP, manakala Pixel 6 Pro menampilkan kamera belakang tambahan jenis telefoto 48 MP dengan zum optik 4×. Kamera hadapan Pixel 6 menggunakan lensa luas 8 MP, manakala Pixel 6 Pro menggunakan lensa ultra-lebar 11.1 MP. Cip Tensor baharu ini turut membawakan ciri Live HDR+ untuk perakaman video serta penambahbaikan kepada fungsi Night Sight dan Super Res Zoom pada peranti tersebut.
Pixel 6 dibekalkan bateri berkapasiti 4614 mAh, manakala Pixel 6 Pro dibekalkan bateri 5003 mAh. Kedua-dua telefon menyokong pengecasan pantas, pengecasan tanpa wayar Qi, dan pengecasan tanpa wayar songsang. Pixel 6 ditawarkan dengan pilihan storan 128 atau 256 GB bersama RAM 8 GB, manakala Pixel 6 Pro ditawarkan dengan storan 128, 256, atau 512 GB bersama RAM 12 GB. Selain cip Tensor, kedua-dua telefon turut dilengkapi modul keselamatan Titan M2 yang berasaskan standard terbuka RISC-V, di samping pengimbas cap jari optik di bawah skrin, pembesar suara stereo, dan kaca pelindung Gorilla Glass Victus. Pada April 2022, 9to5Google melaporkan bahawa Pixel 6 Pro pada asalnya dirancang untuk dilancarkan dengan ciri pengecaman muka Face Unlock, serupa dengan Pixel 4 dan Pixel 4 XL tetapi bergantung sepenuhnya pada kamera hadapan tanpa menggunakan teknologi radar Project Soli; namun ciri tersebut dibatalkan atas sebab yang tidak diketahui sejurus sebelum acara pelancaran.
Perisian
Sama seperti generasi telefon Pixel sebelumnya, Google memberikan penekanan yang tinggi terhadap keupayaan kecerdasan buatan dan pengkomputeran persekitaran semasa acara Pixel Fall Launch, dengan memulakan debut ciri-ciri seperti Magic Eraser, Face Unblur, Motion Mode, Real Tone, Direct My Call, Wait Times, dan Live Translate. Selain itu, penaipan suara Google Assistant dan pembetulan tatabahasa dijadikan ciri eksklusif untuk siri Pixel 6, manakala ciri kunci kereta digital Google Pay dilancarkan terlebih dahulu pada Pixel 6, Pixel 6 Pro, dan Samsung Galaxy S21 pada November. Bahasa rekaan Material You, iaitu varian yang lebih diperibadikan daripada Material Design milik Google, turut menjadi fokus utama dalam kempen pemasaran mereka.
Pixel 6 dan Pixel 6 Pro dilancarkan bersama Android 12, yang bertepatan dengan pelepasan versi stabil Android 12 pada Android Open Source Project (AOSP), serta aplikasi Google Camera versi 8.4. Ia pada asalnya ditetapkan untuk menerima tiga tahun peningkatan OS utama dan lima tahun kemas kini keselamatan, namun sokongan peningkatan OS kemudiannya ditingkatkan kepada lima tahun, sekali gus melanjutkan tempoh sokongan sehingga tahun 2026. Meneruskan trend Pixel 5a, Pixel 6 dan Pixel 6 Pro tidak disertakan dengan storan awan foto tanpa had dalam kualiti tinggi di Google Photos, menjadikannya telefon Pixel kedua yang tidak menyertakan tawaran tersebut. Bersempena dengan acara Pixel Fall Launch, Android 12 mula ditawarkan untuk telefon Pixel model lama, di samping pengenalan ciri Security Hub dan Privacy Dashboard. Google turut mengumumkan Pixel Pass, iaitu pakej langganan yang serupa dengan Apple One dan Xbox All-Access yang mengagregatkan siri Pixel 6 bersama perkhidmatan Google One, YouTube Premium, YouTube Music Premium, Google Play Pass, dan waranti lanjutan; perkhidmatan ini bagaimanapun ditamatkan dua tahun kemudian sebelum pelancaran Pixel 8.
Pemasaran
Google memulakan kempen pemasaran telefon ini lebih awal menerusi iklan dalam talian, papan iklan di bandar-bandar utama, serta iklan majalah pada September 2021. Makanan ringan kerekep ubi kentang bertema Pixel 6 turut ditawarkan di Jepun. Selain itu, syarikat tersebut bekerjasama dengan Channel 4, NBA, dan Snapchat untuk mempromosikan telefon ini. Model peranti ini juga dipamerkan di kedai Google Store Chelsea di Bandar Raya New York sebelum acara pelancaran. Pegawai Kewangan Utama (CFO) Google, Ruth Porat, sebelum ini mengedarkan maklumat semasa panggilan pelabur pendapatan suku tahunan syarikat induk Alphabet Inc. pada Ogos bahawa syarikat itu merancang untuk meningkatkan perbelanjaan pemasaran dan jualan secara mendadak sebagai persediaan pelancaran telefon ini, manakala ketua perkakasan Google Rick Osterloh menyatakan hasrat mereka untuk "melabur dalam pemasaran".
Pada November 2021, diumumkan bahawa pelakon Simu Liu, yang memegang watak Shang-Chi dalam francais media Seni Bina Filem Marvel (MCU), bertindak sebagai duta jenama Pixel 6 di Kanada, beberapa hari selepas Liu merakam video bagi kempen pemasaran "Watch with Me" milik Google TV. Atlet NBA Giannis Antetokounmpo dan Magic Johnson turut bertindak sebagai duta jenama bagi telefon ini di AS, manakala pemain tenis Leylah Fernandez mengalas peranan sama di Kanada. Pada Februari 2022, Google mengeluarkan iklan bertajuk "Seen on Pixel" yang mempromosikan ciri Real Tone Pixel 6 menjelang tayangannya semasa Super Bowl LVI. Iklan tersebut menampilkan lagu yang belum dikeluarkan ketika itu oleh Lizzo bertajuk "If You Love Me". Diarahkan oleh Joshua Kissi dan dicipta dengan kerjasama agensi pengiklanan Gut Miami, iklan berdurasi 60 saat itu menandakan kemunculan slot Super Bowl pertama syarikat berkenaan yang berkaitan dengan Pixel, serta dicatatkan oleh GLAAD sebagai satu-satunya iklan Super Bowl LVI yang menampilkan golongan LGBTQ. Promosi lain termasuk stokin Pixel 6 dan pelekat Tensor untuk ahli "Pixel Superfans", serta set kad tarot bertema Pixel 6 untuk ahli #TeamPixel menjelang Krismas pada tahun 2021.
Penerimaan
Sambutan kritikal
Pixel 6 dan Pixel 6 Pro mendapat perhatian yang meluas sebelum pelancarannya. Ben Schoon daripada 9to5Google menyorot potensi cip Tensor baharu, dan menganggap pendedahan awal peranti tersebut oleh Google sebagai satu "bukti keyakinan" terhadap siri Pixel 6.[6] Michael L. Hicks daripada Android Central percaya bahawa Pixel 6 dan Pixel 6 Pro mampu menarik minat pengguna iPhone, sambil menggesa Google untuk merangka semula strategi pemasarannya,[7] manakala Sareena Dayaram daripada CNET berpendapat bahawa telefon tersebut "lebih menarik" berbanding Apple iPhone 13.[8] Para pengulas turut mencatatkan peningkatan jangkaan terhadap siri Pixel 6 berbanding generasi telefon pintar Pixel terdahulu, yang disebabkan oleh pendedahan awalnya serta pengumuman cip Tensor.[9][10]
Kedua-dua telefon menerima ulasan yang umumnya positif selepas keluarannya. Julian Chokkattu daripada Wired dan Dan Seifert daripada The Verge memuji prestasi, kamera, dan jangka hayat bateri telefon tersebut, tetapi mengkritik kelajuan pengimbas pengesah cap jari serta saiz fizikal kedua-dua model yang besar.[11][12] Sebaliknya, Patrick Holland dan Andrew Lanxon daripada CNET kurang berpuas hati dengan jangka hayat baterinya, walaupun kedua-duanya memuji kamera dan reka bentuk telefon tersebut.[13][14] Lanxon turut menyorot spesifikasi premium Pixel 6 Pro, termasuk tetapan tiga kamera, dan menganggapnya setara dengan iPhone 13 dan Samsung Galaxy S21.[15] Menerusi pandangan yang serupa, Jacob Krol daripada CNN Underscored dan Sam Rutherford daripada Gizmodo menyukai reka bentuk dan kamera telefon tersebut, dengan Krol mengisytiharkannya sebagai "telefon Android terbaik yang boleh anda beli", walaupun Rutherford turut mengkritik pengimbas cap jari yang lambat dan ketiadaan soket fon kepala.[16][17] Philip Michaels dan Jordan Palmer daripada Tom's Guide memuji harga yang berpatutan, cip Tensor, dan kemunculan sulung Android 12, tetapi mengkritik pengimbas cap jari dan jangka hayat bateri.[18][19] Semasa menulis untuk TechRadar, David Lumb dan James Peckham memuji reka bentuk, mutu binaan, dan kamera telefon tersebut, namun mendapati bateri dan ruang storannya kurang memuaskan.[20][21] Marques Brownlee memuji penetapan harga yang kompetitif, kamera swafoto, dan ciri perisiannya, tetapi turut mencatatkan masalah pengimbas cap jari yang lambat serta jangka hayat bateri yang lemah.[22]
Sambutan komersial
Google menampung peningkatan minat terhadap Pixel 6 dan Pixel 6 Pro dengan menandatangani perjanjian kerjasama bersama lebih 45 syarikat rangkaian kabrik dan peruncit di sembilan buah negara.[23] Tidak lama selepas telefon tersebut dibuka untuk pra-tempahan, kedua-dua Google Store dan kedai Google Fi dalam talian mengalami gangguan perkhidmatan sementara.[24] Google mengaitkan kelewatan penghantaran model Pro dengan permintaan tinggi yang luar jangkaan di Google Store,[25][26] sementara syarikat telekomunikasi lain turut berdepan kelewatan penghantaran.[27]
Pada Disember 2021, satu laporan menunjukkan bahawa Pixel 6 dan Pixel 6 Pro mencatatkan angka jualan syarikat telekomunikasi yang lebih tinggi sepanjang bulan pertama berada di pasaran berbanding model-model terdahulu,[28] manakala pembuat aksesori telefon pintar Bellroy mengumumkan bahawa sarung pelindung telefon untuk siri Pixel 6 menjadi produk mereka yang paling popular sepanjang zaman.[29] Semasa sesi panggilan pelabur pendapatan suku tahunan Alphabet pada Februari 2022, CEO Google dan Alphabet Sundar Pichai menghebankan angka jualan "rekod" bagi telefon Pixel 2021 syarikat itu, terutamanya siri Pixel 6;[30] bagaimanapun, kajian susulan oleh Counterpoint Research mendapati bahawa siri Pixel mungkin hanya mengalami pertumbuhan tahun ke tahun yang sederhana berbanding Pixel 5.[31] Pada bulan Mac, International Data Corporation (IDC) menganalisis bahawa pengenalan cip Tensor pada siri Pixel 6 menjadi faktor yang membolehkan MediaTek memotong Qualcomm sebagai pengeluar cip Android paling popular di AS, walaupun Qualcomm mempertikaikan laporan tersebut.[32] Satu lagi laporan yang diterbitkan oleh Counterpoint Research pada bulan yang sama mendedahkan bahawa Tensor menyumbang kira-kira satu hingga dua peratus daripada pasaran sistem-atas-cip (SoC) mewah.[33]
Pada April 2022, laporan daripada firma penyelidikan pasaran Wave7 mendakwa bahawa Pixel 6 dan Pixel 6 Pro mengalami jualan yang rendah di peringkat syarikat telekomunikasi, dengan Google menawarkan "rasuah/komisen tersembunyi" yang luar biasa tinggi kepada jurujual dan Verizon mencatatkan kejayaan tertinggi bagi telefon tersebut.[34] Pichai menyatakan bahawa siri Pixel 6 merupakan peranti Pixel yang paling cepat terjual dalam sejarah,[35] dengan syarikat itu seterusnya mendedahkan semasa ucaptama Google I/O 2022 pada 11 Mei bahawa Pixel 6 dan Pixel 6 Pro telah terjual lebih banyak berbanding gabungan Pixel 4 dan Pixel 5.[36] Data daripada IDC pada Oktober 2022 mendedahkan bahawa Google telah menjual kira-kira 3.75 juta unit siri Pixel 6 di peringkat global menjelang waktu tersebut.[37] Siri Pixel 6 memainkan peranan penting dalam meningkatkan syer pasaran telefon pintar Google di Amerika Utara sebanyak 380% pada suku pertama tahun 2022, menjadikannya pengeluar telefon pintar kelima terbesar di Amerika Utara dan United Kingdom buat kali pertama;[38][39] pada suku berikutnya, jualan Pixel meningkat sebanyak 230% di Amerika Utara, meraih 2% daripada pasaran telefon pintar di benua tersebut.[40]
Masa depan
Pixel 6 dan Pixel 6 Pro telah digantikan oleh Pixel 7 dan Pixel 7 Pro pada Oktober 2022,[41] dengan telefon tersebut pertamanya dipertontonkan semasa ucaptama I/O 2022. Ia dikuasakan oleh cip Tensor generasi kedua dan dilengkapkan dengan Android 13.[42][43] Di I/O, Google turut mengumumkan Pixel 6a, iaitu varian julat pertengahan bagi siri Pixel 6, yang dilancarkan pada bulan Julai.[44]
Rujukan
- ↑ Bohn, Dieter (August 2, 2021). "This is the Pixel 6, Google's take on an 'ultra high end' phone". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada August 2, 2021. Dicapai pada September 16, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "VergePreview" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Lumb, David (August 2, 2021). "Google Pixel 6 and Pixel 6 Pro are official, and they have a visor-like camera". TechRadar. Diarkibkan daripada yang asal pada August 2, 2021. Dicapai pada September 16, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "TechRadarPreview" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Nieva, Richard. "Google's Pixel 6 phones are coming with a chip designed in-house". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada August 1, 2021. Dicapai pada September 16, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "CNETPreview" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Bradshaw, Kyle (April 2, 2021). "Exclusive: Pixel 6 will be powered by new Google-made 'Whitechapel' chip". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada April 2, 2021. Dicapai pada September 16, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Whitechapel" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Bohn, Dieter (October 19, 2021). "Sundar Pichai and Rick Osterloh Think the Pixel 6 is Google's Breakout Phone". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 20, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "BreakoutPhone" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Bradshaw, Kyle (September 20, 2021). "Google Pixel 6 and Pixel 6 Pro get FCC approval, moving one step closer to launch". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada September 20, 2021. Dicapai pada September 3, 2022. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "FCC" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Hollister, Sean; Lawler, Richard (October 5, 2021). "Google just announced its Pixel 6 event on October 19th". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada October 5, 2021. Dicapai pada October 6, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "LaunchVerge" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Rutherford, Sam (October 19, 2021). "The Pixel 6 Is the Google Flagship We've Been Waiting For". Gizmodo. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 20, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "LaunchGizmodo" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Scrivens, Scott (August 2, 2021). "We already know these 8 countries will be getting the Pixel 6". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada August 2, 2021. Dicapai pada September 16, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "AvailabilityAP" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Wilde, Damien (October 19, 2021). "The Pixel 6 series is now available to buy in these 9 countries with these pre-order bonuses". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2021. Dicapai pada October 20, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Availability9to5" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Filipov, Martin (July 18, 2021). "After a 10-year wait, Pixel 6 is the Samsung-powered Google flagship of your dreams". PhoneArena. Diarkibkan daripada yang asal pada July 18, 2021. Dicapai pada February 25, 2022. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Foxconn" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Cheng, Ting-Fang; Li, auly (August 18, 2021). "COVID slows Apple and Google production shift away from China". Nikkei Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada August 18, 2021. Dicapai pada September 22, 2022. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "VietnamChina" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Byford, Sam (October 19, 2021). "Pixel 6 will reportedly double Google's smartphone production". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 30, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "DoubleProduction" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Singh, Jagmeet (October 20, 2021). "Pixel 6, Pixel 6 Pro India Launch Not in Plans, Google Confirms". Gadgets360. Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2021. Dicapai pada October 30, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "India" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Osborne, Paul (October 19, 2021). "New cases and more for the Pixel 6 and Pixel 6 Pro". The Keyword. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 30, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Cases" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Fingas, Jon (November 18, 2021). "Google's second-gen Pixel Stand is available for pre-order". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada November 19, 2021. Dicapai pada November 19, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "PixelStandEngadget" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Li, Abner (December 13, 2021). "Pixel Stand (2nd gen) starts shipping with first orders arriving this week". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada December 13, 2021. Dicapai pada December 21, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "PixelStand9to5" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Di Benedetto, Antonio G. (October 19, 2021). "How to buy the Pixel 6 and 6 Pro". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 30, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "HowToBuy" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Schoon, Ben (October 25, 2021). "Pixel 6 orders have started shipping from the Google Store, Pro is back in stock". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada October 25, 2021. Dicapai pada October 30, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Shipping" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Marlow, Adrian (November 16, 2021). "Target's Pixel 6 Black Friday deal is the one you won't want to miss". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada November 16, 2021. Dicapai pada November 19, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "BlackFriday" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Pandey, Rajesh (February 3, 2022). "Google silently launches the Pixel 6 and 6 Pro in Italy and Spain in limited quantities". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2022. Dicapai pada February 6, 2022. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "ItalySpain" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Bonggolto, Jay (February 15, 2022). "Google starts selling the Pixel 6 series in Singapore, but there's a catch". Android Central. Diarkibkan daripada yang asal pada February 15, 2022. Dicapai pada February 17, 2022. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Singapore" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Peters, Jay (October 15, 2021). "After seeing new leaked photos of the Pixel 6, I think I finally get the phone's unusual design". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada October 15, 2021. Dicapai pada October 20, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "UnusualDesign" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Rogerson, James (October 19, 2021). "Google Pixel 6 colors: every new shade, including those for the Pixel 6 Pro". TechRadar. Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2021. Dicapai pada October 20, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Colors" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Raphael, JR (October 26, 2021). "Pixel 6 or Pixel 6 Pro? Some real-world guidance that might surprise you". Computerworld. Diarkibkan daripada yang asal pada October 26, 2021. Dicapai pada July 17, 2023. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "ProCurve" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Di Benedetto, Antonio G. (October 19, 2021). "Google's Pixel 6 and Pixel 6 Pro finally bring new camera hardware in addition to software". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 20, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "VergeCameras" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Reynolds, Isaac; Schiffhauer, Alexander (October 27, 2021). "Pixel 6's camera combines hardware, software and ML". The Keyword. Diarkibkan daripada yang asal pada October 27, 2021. Dicapai pada November 11, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "HardwareSoftwareML" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Li, Abner (November 17, 2021). "Google explains how Pixel 6 charging works, reveals peak wired power draw & variable charge rates". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada November 20, 2021. Dicapai pada November 20, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "FastCharging" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Chokkattu, Julian (October 19, 2021). "Google's Much-Hyped Pixel 6 Undercuts Its Peers at Just $599". Wired. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 20, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "WiredSpecs" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Kleidermacher, Dave; Seed, Jesse; Barbello, Brandon; Somogyi, Stephan (October 27, 2021). "Pixel 6: Setting a new standard for mobile security". Google Online Security Blog. Diarkibkan daripada yang asal pada October 28, 2021. Dicapai pada October 28, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "NewStandard" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Li, Abener (April 22, 2022). "Sources: Pixel 6 Pro was supposed to launch with face unlock". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada April 22, 2022. Dicapai pada April 22, 2022. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "FaceUnlock9to5" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Vyas, Kishan (December 15, 2021). "The Pixel 6 Pro might still get Face Unlock with a future update, but the Pixel 6 likely won't". XDA Developers. Diarkibkan daripada yang asal pada December 15, 2021. Dicapai pada April 22, 2022. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "FaceUnlockXDA" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Li, Abner (October 19, 2021). "Pixel 6 can transcribe phone tree menus with 'Direct my Call' & show toll-free 'Wait Times'". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 20, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "PhoneApp" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Holt, Kris (October 19, 2021). "Google's Pixel 6 can translate text as you type". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 20, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "LiveTranslate" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Li, Abner (October 6, 2021). "Pixel 6 looks to debut the Gboard 'Assistant voice typing' experience first demoed at I/O 2019". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada October 7, 2021. Dicapai pada October 31, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Gboard9to5" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Bonggoloto, Jay (October 30, 2021). "New Gboard feature on the Google Pixel 6 will make you ditch Grammarly". Android Central. Diarkibkan daripada yang asal pada October 30, 2021. Dicapai pada October 31, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "GboardAndroidCentral" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Porter, Jon (December 1, 2021). "Google announces grab bag of new Android features for the end of 2021". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2021. Dicapai pada December 4, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "CarKey" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Ion, Florence (October 15, 2021). "How to Watch Google's Pixel 6 Event, and What to Expect". Gizmodo. Diarkibkan daripada yang asal pada October 15, 2021. Dicapai pada October 30, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "HowToWatch" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Hager, Ryne (October 19, 2021). "Google is only giving the Pixel 6 three years of Android OS updates". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 19, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Android12AP" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Bonifacic, Igor (October 4, 2021). "Android 12 has been released to the Android Open Source Project". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada October 4, 2021. Dicapai pada April 5, 2022. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Android12Engadget" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Wang, Jules (October 19, 2021). "Android 12 gets a surprise release today alongside the Pixel 6 debut". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada April 5, 2022. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Android12AP2" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Sattelberg, Will (October 27, 2021). "Google Camera gets a big update ahead of Pixel 6 release day". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada October 27, 2021. Dicapai pada October 30, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "GoogleCamera" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Holt, Kris (December 6, 2024). "Google prolongs the lifespan of the Pixel Fold, 6 and 7 with extended OS updates". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada December 6, 2024. Dicapai pada December 6, 2024. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "SupportExtend" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Morris, Ian; Moore-Coyler, Roland (May 7, 2021). "Google Pixel 6 won't get unlimited photo storage after all". Tom's Guide. Diarkibkan daripada yang asal pada May 7, 2021. Dicapai pada April 5, 2022. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "UnlimitedTomsGuide" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Hager, Ryne (August 17, 2021). "The Pixel 5a won't have unlimited high-quality Google Photos backups". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada August 17, 2021. Dicapai pada April 4, 2022. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "UnlimitedAP" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Kamps, Haje Jan (October 19, 2021). "Google's brand new Android 12 operating system launches today". TechCrunch. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 20, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Android12TechCrunch" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Bell, Karissa (October 19, 2021). "Google shows off new security hub and privacy dashboard for Pixel 6". Yahoo! Finance. Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2021. Dicapai pada October 20, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Android12Yahoo" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Sorrentino, Mike (October 19, 2021). "Pixel Pass: Google bundles the Pixel 6 and a bunch of its services for $45 a month". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 20, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "PixelPass" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Mehta, Ivan (August 30, 2023). "Google discontinues its Pixel Pass subscription, which combined phones and services". TechCrunch. Diarkibkan daripada yang asal pada August 30, 2023. Dicapai pada August 30, 2023. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "PixelPassDead" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Khan, Imad (October 1, 2021). "Google Pixel 6 is all about the widgets in latest ad about the upcoming phone". Tom's Guide. Diarkibkan daripada yang asal pada October 1, 2021. Dicapai pada October 30, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "WidgetsAd" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Li, Abner (September 16, 2021). "First Pixel 6 and Pixel 6 Pro billboards are going up in the US". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada September 17, 2021. Dicapai pada October 30, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Billboards9to5" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Hager, Ryne (September 20, 2021). "Drool over these hi-res ad shots of the Pixel 6 and Pixel 6 Pro". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada September 21, 2021. Dicapai pada October 30, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "BillboardsAP" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Li, Abner (September 26, 2021). "Pixel 6 magazine ad teases camera, better voice recognition, and other likely features". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada September 26, 2021. Dicapai pada October 30, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "MagazineAd" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Callaham, John (September 15, 2021). "Yes, real Google Pixel 6 potato chips in Japan were briefly available. Tasty". Android Authority. Diarkibkan daripada yang asal pada September 16, 2021. Dicapai pada October 30, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "PotatoChips" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ "Channel 4 partners with Google Pixel for branded entertainment show Highlife". Channel 4. September 9, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada September 9, 2021. Dicapai pada October 30, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Channel4" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Twohill, Lorraine (October 18, 2021). "NBA fans can get closer to the game with Google and Pixel". The Keyword. Diarkibkan daripada yang asal pada October 18, 2021. Dicapai pada October 30, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "NBA" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Shekar, Shruti (October 28, 2021). "Google was smart to partner with Snapchat, it's going to 'propel' Pixel 6 sales". Android Central. Diarkibkan daripada yang asal pada October 28, 2021. Dicapai pada October 30, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Snapchat" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Maring, Joe (September 16, 2021). "You Can See The Pixel 6 In Person, But Only In One City". Screen Rant. Diarkibkan daripada yang asal pada September 17, 2021. Dicapai pada October 30, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Chelsea" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Li, Abner (December 1, 2021). "Shang-Chi's Simu Liu partnering with Google to shoot Pixel 6 ads". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada December 2, 2021. Dicapai pada December 4, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "SimuLiu" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Liu, Simu [@SimuLiu] (November 22, 2021). "Okay so as it turns out I am still pretty heavy in the stock photo game lol. This time I shot an episode of Watch With Me for Google TV and talked about some influential movies and shows. See all my watchlist picks at goo.gle/3lzfTxo! #WatchWithMe #GoogleTV #ad" (Twit). Diarkibkan daripada yang asal pada November 23, 2021. Dicapai pada December 4, 2021 – melalui Twitter. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "WatchWithMe" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Li, Abner (November 16, 2021). "Google nets Giannis Antetokounmpo as 'new face' of the Pixel 6". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada November 17, 2021. Dicapai pada December 31, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Antetokounmpo" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Li, Abner (December 26, 2021). "Pixel 6 gets high-profile 'For All The Fans' NBA ad [Update: Magic Johnson/Eraser]". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada December 29, 2021. Dicapai pada December 31, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "MagicJohnson" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ "Canadian Tennis Star Leylah Fernandez joins #TeamPixel". Official Google Canada Blog. January 12, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada January 12, 2022. Dicapai pada February 6, 2022. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "FernandezGoogle" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Vercelletto, Niko (January 17, 2022). "The Social Slice: Leylah Fernandez makes it big with Google partnership". Tennis. Diarkibkan daripada yang asal pada January 19, 2022. Dicapai pada February 5, 2022. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "FernandezTennis" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Rowley, Glenn (February 8, 2022). "Lizzo Soundtracks Google Pixel Super Bowl Commercial With Unreleased Song: Watch". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada February 8, 2022. Dicapai pada February 12, 2022. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "SeenOnPixelBillboard" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Diaz, Ann-Christine (February 13, 2022). "Google Puts Diversity (and Lizzo) at the Heart of Its Super Bowl Ad". Ad Age. Diarkibkan daripada yang asal pada February 14, 2022. Dicapai pada February 26, 2022. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "SeenOnPixelAdAge" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Li, Abner (February 10, 2022). "[Update: Live] Pixel 6 gets camera & Real Tone-focused Super Bowl ad featuring Lizzo". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada February 12, 2022. Dicapai pada February 12, 2022. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "SeenOnPixel9to5" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ "A Night of Pride with GLAAD and NFL event brings historic LGBTQ visibility to Super Bowl LVI". GLAAD. February 11, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada February 11, 2022. Dicapai pada September 3, 2022. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "SeenOnPixelGLAAD" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Hicks, Michael L. (November 12, 2021). "Google's early Christmas gift to Pixel Superfans: Pixel 6 Pro socks and a Tensor sticker". Android Central. Diarkibkan daripada yang asal pada November 12, 2021. Dicapai pada December 31, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "SocksStickers" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ↑ Allen, Daniel (December 21, 2021). "Google released a Pixel 6-themed tarot card deck that you can download". Android Central. Diarkibkan daripada yang asal pada December 22, 2021. Dicapai pada December 31, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>dengan nama "Tarot" yang ditentukan dalam<references>tidak digunakan dalam teks sebelumnya. - ^ a b Bradshaw, Kyle (July 31, 2021). "Analysis: Android 12 hints at what Google is working on beyond the Pixel 6". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada July 31, 2021. Dicapai pada September 16, 2021.
- ^ Amadeo, Ron (October 19, 2021). "The "Google Silicon" team gives us a tour of the Pixel 6's Tensor SoC". Ars Technica. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 20, 2021.
- ^ Tibken, Shara (October 19, 2021). "Google Pixel 6's Tensor Chip Aims to Make the Android 12 Phone Smarter and Last Longer". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 24, 2021.
- ^ "Pixel 6 Tech Specs". Google Store. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 19, 2021. Invalid
|url-status=deviated(bantuan) - ^ "Pixel 6 Pro Tech Specs". Google Store. Diarkibkan daripada yang asal pada October 22, 2021. Dicapai pada October 19, 2021. Invalid
|url-status=deviated(bantuan) - ^ Schoon, Ben (August 3, 2021). "Comment: Google's early Pixel 6 reveal is a show of confidence and a commitment to its future". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada August 3, 2021. Dicapai pada October 18, 2021.
- ^ Hicks, Michael L. (September 21, 2021). "If the Pixel 6 can't compete with the dull-as-dirt iPhone 13, Google will never win". Android Central. Diarkibkan daripada yang asal pada September 22, 2021. Dicapai pada October 18, 2021.
- ^ Dayaram, Sareena (October 18, 2021). "Google's Pixel 6 may be more exciting than the iPhone 13". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada October 18, 2021. Dicapai pada October 18, 2021.
- ^ Wilde, Damien (September 13, 2021). "Here's just what Pixel 6 feature our readers are looking forward to most". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada September 17, 2021. Dicapai pada October 18, 2021.
- ^ Truly, Alan (August 9, 2021). "Why Google's Early Pixel 6 & 6 Pro Preview Was The Right Move". Screen Rant. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 18, 2021.
- ^ Chokkattu, Julian (October 25, 2021). "Review: Google Pixel 6 and Pixel 6 Pro". Wired. Diarkibkan daripada yang asal pada October 25, 2021. Dicapai pada October 28, 2021.
- ^ Seifert, Dan (October 28, 2021). "Google's Pixel 6 and Pixel 6 Pro are bigger, better, and smarter". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada October 28, 2021. Dicapai pada October 28, 2021.
- ^ Holland, Patrick (October 28, 2021). "Google Pixel 6 review: At $599, it's everything I ever wanted". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada October 26, 2021. Dicapai pada October 28, 2021.
- ^ Lanxon, Andrew (October 25, 2021). "Google Pixel 6 Pro review: Finally, a proper iPhone rival". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada October 25, 2021. Dicapai pada October 28, 2021.
- ^ Lanxon, Andrew (October 19, 2021). "With Pixel 6 Pro, Google might finally stand a chance against Apple and Samsung". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 20, 2021.
- ^ Krol, Jacob (October 27, 2021). "Google Pixel 6 and Pixel 6 Pro review: The best Android phones you can buy". CNN Underscored. Diarkibkan daripada yang asal pada October 28, 2021. Dicapai pada October 28, 2021.
- ^ Rutherford, Sam (October 25, 2021). "The Pixel 6 Is So Good, Why Buy Anything Else?". Gizmodo. Diarkibkan daripada yang asal pada October 25, 2021. Dicapai pada October 28, 2021.
- ^ Michaels, Philip (October 19, 2021). "Google Pixel 6 hands-on review: A new Pixel is born". Tom's Guide. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 20, 2021.
- ^ Palmer, Jordan (October 19, 2021). "Google Pixel 6 Pro review: The best flagship phone value". Tom's Guide. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada June 7, 2022.
- ^ Lumb, David (October 19, 2021). "Google Pixel 6 review". TechRadar. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada June 7, 2022.
- ^ Peckham, James (October 25, 2021). "Google Pixel 6 Pro review". TechRadar. Diarkibkan daripada yang asal pada October 26, 2021. Dicapai pada October 20, 2021.
- ^ Brownlee, Marques (October 27, 2021). Pixel 6/6 Pro Review: Almost Incredible!. Diarkibkan daripada yang asal pada October 27, 2021. Dicapai pada October 28, 2021 – melalui YouTube.
- ^ Li, Abner (October 26, 2021). "Google signed 45 carrier and retailer partnerships for the Pixel 6". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada October 26, 2021. Dicapai pada October 30, 2021.
- ^ Gurman, Mark (October 19, 2021). "Google Store Crashes Mar Rollout of Its New Pixel 6 Phone". Bloomberg News. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2021. Dicapai pada October 20, 2021.
- ^ Schoon, Ben (October 20, 2021). "Google Store moves up shipping dates for some following Pixel 6 ordering chaos [Updated]". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2021. Dicapai pada October 30, 2021.
- ^ Schoon, Ben (October 28, 2021). "Google warns that 'high demand' for Pixel 6 Pro has heavily delayed shipping, retail stock is scarce". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada October 28, 2021. Dicapai pada October 28, 2021.
- ^ Sattelberg, Will (October 27, 2021). "Pixel 6 pre-orders are so delayed your estimate is basically meaningless". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada October 27, 2021. Dicapai pada October 30, 2021.
- ^ Schoon, Ben (December 16, 2021). "Report: Google Pixel 6 and Pixel 6 Pro drive more carrier sales during first full month of availability". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada December 16, 2021. Dicapai pada December 21, 2021.
- ^ Li, Abner (December 30, 2021). "Bellroy says Pixel 6 cases are its 'most popular product release ever' amid restock". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada December 31, 2021. Dicapai pada January 9, 2022.
- ^ Amadeo, Ron (February 1, 2022). "The Pixel 6 is a hit: Google touts "record sales" in Q4 2021". Ars Technica. Diarkibkan daripada yang asal pada February 2, 2022. Dicapai pada February 6, 2022.
- ^ Schoon, Ben (February 4, 2022). "Google's Pixel 6 'sales record' might have only been moderate YoY growth, suggests analyst data". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada February 4, 2022. Dicapai pada February 6, 2022.
- ^ Segan, Sascha (March 2, 2022). "Qualcomm, MediaTek Duel Over No. 1 Status in US". PCMag. Diarkibkan daripada yang asal pada March 2, 2022. Dicapai pada March 20, 2022.
- ^ Parashar, Shivani (March 11, 2022). "Android Smartphone SoC Market: MediaTek Leads in Low-Mid Tiers, Qualcomm in Upper". Counterpoint Research. Diarkibkan daripada yang asal pada March 13, 2022. Dicapai pada March 20, 2022.
- ^ Segan, Sascha (April 19, 2022). "Up Against Flashy Flagships, iPhone SE and Pixel 6 Struggle to Find Buyers". PCMag. Diarkibkan daripada yang asal pada April 19, 2022. Dicapai pada April 22, 2022.
- ^ Amadeo, Ron (April 27, 2022). "Google calls the Pixel 6 "the fastest-selling Pixel ever"". Ars Technica. Diarkibkan daripada yang asal pada April 27, 2022. Dicapai pada May 14, 2022.
- ^ Sharma, Adamya (May 11, 2022). "Google says Pixel 6 has already outsold two of its predecessors combined". Android Authority. Diarkibkan daripada yang asal pada May 11, 2022. Dicapai pada May 14, 2022.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "IDC" - ^ Amadeo, Ron (August 24, 2022). "Google Pixel sees huge sales growth, has 2% of North American market". Ars Technica. Diarkibkan daripada yang asal pada August 24, 2022. Dicapai pada September 3, 2022.
- ^ Clark, Mitchell; Roth, Emma (September 6, 2022). "Google announces October 6th event to launch the Pixel Watch and Pixel 7". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada September 7, 2022. Dicapai pada September 7, 2022.
- ^ Bursztynsky, Jessica (May 11, 2022). "Google announces its first smartwatch, a new budget phone and more". CNBC. Diarkibkan daripada yang asal pada May 12, 2022. Dicapai pada May 12, 2022.
- ^ Johnson, Allison (May 11, 2022). "Here's an early look at the Pixel 7 and 7 Pro coming this fall". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada May 11, 2022. Dicapai pada May 12, 2022.
- ^ Amadeo, Ron (May 11, 2022). "The Pixel 6a is official, and it's set to dominate the mid-range market". Ars Technica. Diarkibkan daripada yang asal pada May 11, 2022. Dicapai pada August 6, 2022.
Pautan luar
- Pixel 6 (diarkibkan)
- Pixel 6 Pro (diarkibkan)
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.