Android 13
| Android 13 | |
|---|---|
| Versi sistem pengendalian Android | |
Skrin utama Android 13 pada Google Pixel | |
| Maklumat umum | |
| Jenis sistem | Android (mul) |
| Keluarga sistem | Android |
| Pembangun | |
| Ketersediaan am | 15 Ogos 2022 |
| Keluaran akhir | 13.0.0_r33 (TSV1.220628.088)[1] / 1 Disember 2025 |
| Pratonton akhir | Beta 4.1 (TPB4.220624.008) / 25 Julai 2022 |
| Didahului oleh | Android 12 |
| Diganti oleh | Android 14 |
| Ciri teknikal | |
| Kaedah pengemaskinian | kemas kini atas udara |
| Pengurus pakej | Google Play (mul) |
| Jenis inti | Monolithic (Linux) |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak web | android |
| Status sokongan | |
| Tidak disokong setakat 1 Disember 2025[2] Google Play Services disokong[3] | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Android 13 ialah versi utama ketiga belas dan versi ke-20 bagi Android, iaitu sistem operasi mudah alih yang dibangunkan oleh Open Handset Alliance yang diketuai oleh Google. Ia telah dikeluarkan kepada umum dan Projek Sumber Terbuka Android (AOSP) pada 15 Ogos 2022.[4] Peranti pertama yang dilancarkan dengan Android 13 ialah Pixel 7 dan 7 Pro.
Setakat Jun 2026[kemas kini], sebanyak 14.18% daripada keseluruhan peranti Android menjalankan Android 13, sekali gus menjadikannya versi Android ketiga paling banyak digunakan di dunia.[5]
Sejarah

Android 13 (diberi nama kod dalaman sebagai Tiramisu)[6][7][8] telah diumumkan melalui sebuah hantaran blog Android pada 10 Februari 2022,[9] dan versi Pratonton Pembangun (Developer Preview) pertama telah dilancarkan serta-merta untuk siri Google Pixel (daripada Pixel 4 hingga Pixel 6, dengan menghentikan sokongan bagi Pixel 3 dan Pixel 3a). Ia dikeluarkan kira-kira 4 bulan selepas pelancaran versi stabil Android 12. Pratonton Pembangun 2 menyusul kemudian, dikeluarkan pada bulan Mac.[10] Beta 1 pula dikeluarkan pada 26 April 2022.[11] Google melancarkan Beta 2 semasa acara Google I/O pada 11 Mei 2022.[12] Dua lagi versi beta dirancang untuk keluaran pada bulan Jun dan Julai. Kestabilan platform (Platform stability) berjaya dicapai pada bulan Jun melalui pelepasan Beta 3. Pelepasan terakhir Android 13 bermula secara rasmi pada 15 Ogos apabila kemas kini tersebut tersedia untuk telefon pintar Pixel dan dihantar ke Projek Sumber Terbuka Android.[13][14]
Ciri-ciri
Privasi
Android 13 merangkumi beberapa ciri baharu yang bertujuan untuk meningkatkan privasi pengguna, sama ada yang dihadapi oleh pengguna mahupun oleh pembangun.[15][16]
Satu fungsi pemilih media (media picker) baharu telah ditambahkan untuk meningkatkan tahap privasi dengan membenarkan pengguna memilih foto dan video tertentu sahaja yang boleh diakses oleh sesebuah aplikasi.[17] Kebanyakan aplikasi masih belum melaksanakan fungsi pemilih ini. Selain itu, Android 13 tidak membenarkan aplikasi mengakses folder sistem "Android". Satu kebenaran baharu, iaitu NEARBY_WIFI_DEVICES, telah memisahkan fungsi kebenaran Wi-Fi dan GPS yang sebelum ini digabungkan di bawah satu tetapan "Lokasi". Perubahan ini membolehkan aplikasi mencari peranti dan rangkaian berdekatan tanpa perlu meminta akses kepada sistem navigasi yang lebih luas.[18]
Seterusnya, satu ciri kebenaran masa larian (runtime permission) baharu telah ditambahkan untuk aplikasi yang menghantar pemberitahuan tidak dikecualikan, sekali gus membolehkan pengguna memberikan tumpuan kepada pemberitahuan yang paling penting bagi mereka.[19]
Pengalaman pengguna
Aplikasi kini diwajibkan untuk meminta kebenaran daripada pengguna sebelum boleh menghantar sebarang pemberitahuan.[20]
Beberapa perubahan kecil pada tetingkap dialog, seperti butang suis Internet, telah dilakukan agar lebih selaras dengan bahasa reka bentuk sistem. Pemain media juga telah direka bentuk semula dengan menggunakan seni kulit album sebagai latar belakang serta menyertakan lebih banyak kawalan pengguna.[21] Ciri berbilang pengguna telah ditambah baik, dengan penambahan pilihan untuk menentukan aplikasi mana yang boleh diakses oleh pengguna tetamu. Data aplikasi diasingkan secara kotak pasir (sandboxed) bagi setiap pengguna, jadi tiada maklumat yang akan dikongsi bersama.
Ciri-ciri baharu
Jumlah aplikasi aktif kini dipaparkan di bahagian bawah panel pemberitahuan; mengetik pada bahagian tersebut akan membuka panel terperinci yang membolehkan pengguna menghentikan setiap aplikasi secara individu.[22]
Timbunan prosekoli (stack) Bluetooth Gabeldorsche[a] yang baharu kini diaktifkan secara lalai. Sokongan untuk Bluetooth LE Audio dan kodek audio LC3 membolehkan penerimaan dan perkongsian audio antara beberapa peranti Bluetooth secara serentak; ia juga dapat meningkatkan kualiti audio serta jangka hayat bateri peranti yang disambungkan, asalkan peranti tersebut turut menyokongnya.[17][23][24][25] Versi ini turut membuka sokongan kepada aplikasi pihak ketiga untuk menggunakan ikon bertema "Material You". Menekan lama dan menyeret pemberitahuan membolehkan pemberitahuan tersebut dibuka dalam paparan skrin pisah (split-screen view). Ciri ini tersedia pada telefon pintar dan tablet.[20] Android 13 juga menambah sokongan untuk WiFi 7 yang bertujuan untuk mengurangkan kependaman (latency), penorohan (buffering), lenggai (lag), dan kesesakan rangkaian.[26][27]
Bermula daripada Beta 2, Pixel Launcher menyertakan bar carian "bersepadu" baharu yang boleh memaparkan hasil carian daripada internet serta aplikasi dan aktiviti tempatan. Google nampaknya akan memperluas keupayaan alat carian ini dalam versi pelepasan yang akan datang.[28]
Android 13 membenarkan pengguna menukar tetapan bahasa untuk sesuatu aplikasi tertentu secara berasingan tanpa mengubah bahasa keseluruhan sistem. Salah satu contoh bagi ciri ini adalah menukar bahasa dalam aplikasi YouTube daripada Bahasa Inggeris Amerika kepada Bahasa Sepanyol.[29]
Pelarasan kecil
Mod Skrin Pisah kini kekal aktif walaupun berlaku pertukaran aplikasi, membolehkan pengguna menggunakan aplikasi lain serta peluncur telefon, manakala aplikasi skrin pisah tersebut akan kekal digandingkan bersama dalam menu Ringkasan (Overview). Animasi telah ditambah baik, terutamanya kesan cahaya pengimbas cap jari pada siri Pixel 6. Pemberitahuan melimpah (overflow notifications) pada skrin kunci juga ditempatkan dalam bentuk pil bersaiz dinamik berbanding bentuk bar sebelum ini, dan paparan jam bertindan 2 baris bersaiz sedikit lebih kecil.[20] Fon bagi label aplikasi telah diubah dalam Pixel Launcher, dan kesan haptik yang halus telah ditambahkan di sepanjang pengalaman pengguna. Versi Android telah diubah kepada "Tiramisu" dalam tetapan dan panel Tetapan Pantas. Bermula daripada versi Pratinjau Pembangun 2, nama "Tiramisu" telah digantikan dengan angka "13". Bar carian bersepadu juga membawakan animasi dan peralihan yang baharu serta lebih lancar.
Kebanyakan daripada perubahan ini dibawakan daripada Android 12.1 "12L", seperti paparan dok pada skrin besar, serta peningkatan lain bagi peranti berformat besar. Penambahbaikan ini bertujuan terutamanya untuk peranti boleh lipat dan tablet, namun ia masih boleh diaktifkan pada telefon pintar biasa dengan menukar tetapan DPI.
Platform
Android 13 ART telah dikemas kini dengan pengutip sampah (GC) baharu yang menggunakan panggilan sistem userfaultfd Linux.[30][31][32] Ia mengurangkan tekanan memori, saiz kod yang dikompil, sengkang (jank), serta mengurangkan risiko aplikasi ditutup paksa akibat kekurangan memori semasa proses GC berjalan.[32] Perubahan lain turut meningkatkan kelajuan pelancaran serta prestasi aplikasi.[32] Disebabkan oleh projek Mainline, ART pada Android 12 juga akan menerima kemas kini ini.[30]
Lihat juga
Nota
- ^ Berasal daripada nama anak lelaki Harold dalam bahasa-bahasa Nordik (nl:Sven Gaffelbaard).
Rujukan
- ^ "Android 13.0.0 security release 33". Google Git.
- ^ "Android Security Bulletin—March 2026". Dicapai pada Mac 3, 2026.
- ^ "Keep your device & apps working with Google Play Services". google.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 24, 2024. Dicapai pada Februari 14, 2025.
- ^ "Android 13 is in AOSP!". Android Developers Blog. Ogos 15, 2022. Dicapai pada Disember 25, 2022.
- ^ "Android version Market Share Worldwide". StatCounter Global Stats (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Julai 7, 2026.
- ^ Porter, Jon (Februari 11, 2022). "Yep, Android 13's dessert codename is 'Tiramisu' after all". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 10, 2022. Dicapai pada April 11, 2022.
- ^ "Google may have already revealed the dessert name for Android 13 "T"". xda-developers.com. Julai 27, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 11, 2022. Dicapai pada Disember 25, 2021.
- ^ "PLATFORM_VERSION_CODENAME is being updated from T to Tiramisu". android-review.googlesource.com/. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 11, 2022. Dicapai pada Disember 25, 2021.
- ^ Android Developers (Februari 10, 2022). "The first developer preview of Android 13". Diarkibkan daripada yang asal pada April 5, 2022.
- ^ "Android 13 Developer Preview 2". Android Developers Blog (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 1, 2022. Dicapai pada Mac 18, 2022.
- ^ "The first Android 13 beta is available now". Engadget (dalam bahasa Inggeris). April 26, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 27, 2023. Dicapai pada April 26, 2022.
- ^ "Release notes". Android Developers (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 8, 2022. Dicapai pada Mei 31, 2022.
- ^ Porter, Jon (Ogos 15, 2022). "Android 13 arrives for Pixel phones starting today". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 30, 2022. Dicapai pada Ogos 15, 2022.
- ^ Lamont, Jonathan (Ogos 15, 2022). "Android 13 now available for Pixel phones, AOSP". MobileSyrup (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 12, 2023. Dicapai pada Ogos 16, 2022.
- ^ "I/O 2022: Android 13 security and privacy (and more!)". Eugene Liderman and Sara N-Marandi, Android Security and Privacy Team. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 11, 2022. Dicapai pada Julai 11, 2022.
- ^ Newman, Lily Hay. "Android 13 Tries to Make Privacy and Security a No-Brainer". Wired. Diarkibkan daripada yang asal pada September 23, 2023. Dicapai pada Julai 11, 2022.
- ^ a b "Features and APIs Overview | Android 13 Developer Preview". Android Developers (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 10, 2022. Dicapai pada Februari 28, 2022.
- ^ "New runtime permission for nearby Wi-Fi devices | Android 13 Developer Preview". Android Developers (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 9, 2022. Dicapai pada Februari 28, 2022.
- ^ "Notification runtime permission". Android Developers (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 10, 2022. Dicapai pada Jun 11, 2022.
- ^ a b c Li, Abner (Mac 17, 2022). "Here's everything new in Android 13 Developer Preview 2 [Gallery]". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 17, 2022. Dicapai pada Mac 18, 2022.
- ^ "Android 13 DP2 Brings Redesigned Media Player & Output Picker". Android Headlines (dalam bahasa Inggeris). Mac 18, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 18, 2022. Dicapai pada Mac 18, 2022.
- ^ Amadeo, Ron (Ogos 30, 2022). "Android 13 review: Plans for the future, but not much to offer today". Ars Technica (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 30, 2022. Dicapai pada Ogos 31, 2022.
- ^ "Android 13 may finally bring full support for Bluetooth LE Audio". xda-developers (dalam bahasa Inggeris). Disember 22, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 29, 2022. Dicapai pada April 22, 2022.
- ^ "New LC3 Encoder (I5f2f7627)". AOSP Gerrit. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 9, 2022. Dicapai pada April 22, 2022.
- ^ "Add new LC3 decoder (I275ea8ba)". AOSP Gerrit. Diarkibkan daripada yang asal pada April 22, 2022. Dicapai pada April 22, 2022.
- ^ Palmer, Jordan (Oktober 20, 2022). "Android 13 review". Tom's Guide (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 14, 2023. Dicapai pada Jun 13, 2023.
- ^ "What is WiFi 7? How Does WiFi 7 Work? | WiFi 7 Routers". TP-Link (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 13, 2023. Dicapai pada Jun 13, 2023.
- ^ "Android 13's new launcher search lets you pin recent queries to your home screen". Android Police (dalam bahasa Inggeris). Mei 13, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 16, 2022. Dicapai pada Mei 17, 2022.
- ^ "Per-app language preferences". Android Developers (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 15, 2023. Dicapai pada Januari 15, 2023.
- ^ a b Gidra, Lokesh (Mei 12, 2022), What's new in app performance (dalam bahasa Inggeris), diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 16, 2022, dicapai pada Ogos 16, 2022
- ^ Gidra, Lokesh; Boehm, Hans-J.; Fernandes, Joel (Oktober 12, 2020). "Utilizing the Linux Userfaultfd System Call in a Compaction Phase of a Garbage Collection Process". Defensive Publications Series. Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 16, 2022. Dicapai pada Ogos 31, 2022.
- ^ a b c "Android 13 is in AOSP!". Android Developers Blog (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 15, 2022. Dicapai pada Ogos 16, 2022.
External links
- Android 13 – Laman web rasmi untuk pengguna
- Android 13 on Android Developers – Laman web rasmi untuk maklumat pembangun
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
