Google Pixel ialah sebuah jenama peranti elektronik pengguna mudah alih yang dibangunkan oleh Google yang menjalankan sistem operasi Android versi Pixel atau ChromeOS. Rangkaian utama produk Pixel terdiri daripada telefon pintar yang dikuasakan oleh Android, yang dikeluarkan sejak Oktober 2016 bagi menggantikan rangkaian siri Nexus yang terdahulu, dengan model semasa merupakan Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL, Pixel 10 Pro Fold, dan Pixel 10a. Jenama Pixel juga merangkumi komputer riba dan komputer tablet, serta beberapa aksesori, dan pada asalnya diperkenalkan pada Februari 2013 menerusi Chromebook Pixel.
Telefon pintar Pixel dan Pixel XLTelefon pintar Pixel dalam warna "Very Silver" dan "Quite Black"
Google telah mengumumkan telefon pintar Pixel generasi pertama, iaitu Pixel dan Pixel XL, pada 4 Oktober 2016 semasa acara #MadeByGoogle.[3] Google memberi penekanan utama kepada keupayaan kamera pada kedua-dua telefon ini, yang mana ia pernah diiktiraf sebagai kamera telefon pintar terbaik di DxOMarkMobile dengan memperoleh 90mata sehingga HTC melancarkan U11 yang turut mendapat 90mata.[4] Pencapaian ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh pengoptimuman perisian seperti ciri HDR+. Telefon Pixel ini juga menyertakan storan awan tanpa had untuk sandaran gambar di Google Photos[5] serta keupayaan penemu muat yang boleh dinyahkunci bagi peranti yang dibeli secara terus daripada Google.[6] Pada tahun 2019, satu tindakan saman kelas[7] berkaitan isu mikrofon rosak pada beberapa peranti telah membolehkan pemilik Pixel menuntut pampasan sehingga $500.
Kamera: Kamera belakang 12.3MP dengan penderia Sony Exmor IMX378,[8] lensa f/2.0 dan autofokus bantuan laser IR;[9] saiz piksel 1.55 μm.[10] Kamera hadapan 8 MP dengan lensa f/2.4
Syaf bicu fon kepala (Headphone jack)
Bateri: 2,770mAh (Pixel); 3,450mAh (Pixel XL); kedua-duanya jenis tidak boleh dikeluarkan dan menyokong pengecasan pantas
Bahan binaan: Reka bentuk unibodi aluminium dengan salutan hibrid; penarafan kalis air dan habuk IP53
Pilihan warna: Very Silver , Quite Black atau Really Blue (Edisi Terhad)
Kamera: Kamera belakang 12.2MP dengan penderia Sony Exmor IMX362, lensa f/1.8, autofokus bantuan laser IR, serta penstabilan imej optik dan elektronik; Kamera hadapan 8 MP dengan lensa f/2.4
Bateri: 2,700mAh (Pixel 2); 3,520mAh (Pixel 2 XL); kedua-duanya jenis tidak boleh dikeluarkan dan menyokong pengecasan pantas
Bahan binaan: Reka bentuk unibodi aluminium dengan salutan hibrid; penarafan kalis air dan habuk IP67
Pilihan warna: Just Black , Clearly White atau Kinda Blue (Pixel 2); Just Black atau Black and White (Pixel 2 XL)
Kamera: Kamera belakang 12.2MP dengan penderia Sony Exmor IMX363, lensa f/1.8, autofokus bantuan laser IR, serta penstabilan imej optik dan elektronik; Kamera hadapan 8 MP dengan lensa f/1.8 (sudut 75°), dan kamera hadapan kedua 8 MP dengan lensa f/2.2 fokus tetap (sudut 97°); fungsi rakaman audio stereo turut ditambah pada rakaman video[13]
Bateri: 2,915 mAh(Pixel 3); 3,430mAh (Pixel 3 XL); kedua-duanya jenis tidak boleh dikeluarkan serta menyokong pengecasan pantas dan pengecasan tanpa wayar
Bahan binaan: Bingkai aluminium, bahagian belakang kaca mat (matte), serta penarafan kalis air dan habuk IP68
Pilihan warna: Just Black , Clearly White , dan Not Pink
Pada 7 Mei, di persidangan I/O 2019, Google telah mengumumkan Pixel 3a dan Pixel 3a XL, yang merupakan alternatif mampu milik kepada dua peranti asal Pixel 3.[14]
Paparan: Pixel 3a dilengkapi paparan OLED 5.6 inci, 60 Hz, dengan resolusi piksel 2220×1080 (18.5:9); Pixel 3a XL dilengkapi paparan OLED 6 inci, 60 Hz, dengan resolusi piksel 2160×1080 (18:9); kedua-dua paparan menggunakan kaca Asahi Dragontrail
Kamera: Kamera belakang 12.2MP dengan lensa f/1.8, autofokus bantuan laser IR, serta penstabilan imej optik dan elektronik; Kamera hadapan 8 MP dengan lensa f/2.0 (sudut 84°)
Syaf bicu fon kepala (Headphone jack)
Bateri: 3,000mAh (Pixel 3a); 3,700mAh (Pixel 3a XL); kedua-duanya jenis tidak boleh dikeluarkan serta menyokong pengecasan pantas, tetapi tiada pengecasan tanpa Leica
Bahan binaan: Badan polikarbonat
Pilihan warna: Just Black , Clearly White dan Purple-ish
Bahagian belakang Google Pixel 5 dalam warna Just BlackSistem operasi: Android 9, boleh dinaik taraf sehingga Android 12[12]
Kamera: Penderia belakang 12.2MP dengan lensa f/1.8 dan penderia telefoto 16MP dengan lensa f/2.4, autofokus bantuan laser IR, serta penstabilan imej optik dan elektronik; Kamera hadapan 8MP dengan lensa f/2.0 (sudut 90°)
Bateri: 2,800mAh (Pixel 4); 3,700mAh (Pixel 4 XL); kedua-duanya jenis tidak boleh dikeluarkan serta menyokong pengecasan pantas dan pengecasan tanpa wayar
Bahan binaan: Bingkai aluminium, bahagian belakang kaca mat (matte) atau berkilat, serta penarafan kalis air dan habuk IP68
Pilihan warna: Just Black , Clearly White dan Oh So Orange
Pada tahun 2019, Google telah menawarkan program ganjaran pepijat (bug bounty) sehingga $1.5juta untuk cip keselamatan Titan M yang terbina di dalam Pixel 3, Pixel 3a dan Pixel 4.[16]
Google telah mengumumkan Pixel 4a pada 3 Ogos 2020, dan Pixel 4a (5G) pada 30 September 2020, sebagai alternatif mampu milik kepada dua peranti asal siri Pixel 4.
Paparan: Paparan OLED 5.8 inci (4a), paparan OLED 6.2 inci (4a 5G), 60 Hz, dengan resolusi piksel 2340×1080 (19.5:9); paparan menggunakan kaca Corning Gorilla Glass 3. Kedua-dua peranti mempunyai potongan tebuk lubang (hole punch) untuk kamera hadapan.
Kamera: Penderia dwi-piksel belakang 12.2MP dengan lensa f/1.7, autofokus dengan pengesanan fasa dwi-piksel, serta penstabilan imej optik dan elektronik. Selain itu, model 4a 5G turut dilengkapi penderia ultralebar 16 MP dengan lensa f/2.2. Kedua-duanya mempunyai kamera hadapan 8 MP dengan lensa f/2.0.
Bateri: 3,140 mAh (4a); Tipikal - 3,885 mAh, Minimum - 3,800 mAh (4a 5G); kedua-duanya jenis tidak boleh dikeluarkan dan menawarkan ciri jangka hayat bateri sepanjang hari serta pengecasan pantas
Bicu fon kepala 3.5 mm
Bahan binaan: Badan polikarbonat
Pilihan warna: Just Black atau Barely Blue (Edisi Terhad) (Pixel 4a); Just Black atau Clearly White (Pixel 4a 5G)
Kamera: Penderia belakang 12.2 MP dengan lensa f/1.7 dan penderia ultralebar 16 MP dengan lensa f/2.2, autofokus dengan pengesanan fasa dwi-piksel, serta penstabilan imej optik dan elektronik; Kamera hadapan 8 MP dengan lensa f/2.0.
Bateri: 4,080 mAh; jenis tidak boleh dikeluarkan dan dilengkapi ciri pengecasan pantas serta pengecasan tanpa wayar, jangka hayat bateri sepanjang hari, dan ciri Perkongsian Bateri (Battery Share).
Bahan binaan: Badan aluminium berus (brushed aluminum), serta penarafan kalis air dan habuk IP68
Kamera: Penderia belakang 12.2 MP dengan lensa f/1.7 dan penderia ultralebar 16 MP dengan lensa f/2.2, autofokus dengan pengesanan fasa dwi-piksel, serta penstabilan imej optik dan elektronik; Kamera hadapan 8 MP dengan lensa f/2.0.
Bateri: 4,680 mAh; jenis tidak boleh dikeluarkan dan menawarkan ciri jangka hayat bateri sepanjang hari serta pengecasan pantas
Bahan binaan: Badan aluminium berus (brushed aluminum), serta penarafan kalis air dan habuk IP67
Pixel 6: Penderia belakang 50 MP dengan lensa f/1.85, autofokus pengesanan laser, penstabilan imej optik; Penderia ultralebar belakang 12 MP dengan lensa f/2.2; Penderia hadapan 8 MP dengan lensa f/2.0 dan medan pandangan 84°;
Pixel 6 Pro: Penderia belakang 50 MP dengan lensa f/1.85, autofokus pengesanan laser, penstabilan imej optik; Penderia ultralebar belakang 12 MP dengan lensa f/2.2; Penderia telefoto belakang 48 MP dengan lensa f/3.5; Kamera hadapan 11.1 MP dengan lensa f/2.2 dan medan pandangan 94°.
Bateri: 4,614 mAh (Pixel 6); 5,003 mAh (Pixel 6 Pro); kedua-duanya jenis tidak boleh dikeluarkan serta menyokong pengecasan pantas, pengecasan tanpa wayar dan pengecasan tanpa wayar berbalik
Bahan binaan: Bingkai aluminium, bahagian belakang kaca, serta penarafan kalis air dan habuk IP68
Pilihan warna: Stormy Black , Kinda Coral dan Sorta Seafoam (Pixel 6); Stormy Black , Cloudy White dan Sorta Sunny (Pixel 6 Pro)
Sistem operasi: Android 12, boleh dinaik taraf sehingga Android 16, berserta sokongan kemas kini OS utama/keselamatan sekurang-kurangnya selama 5 tahun.[21][22]
Kamera: Penderia belakang 12.2 MP dengan lensa f/1.7 dan penderia ultralebar 12 MP dengan lensa f/2.2, autofokus dengan pengesanan fasa dwi-piksel, serta penstabilan imej optik dan elektronik; Kamera hadapan 8 MP dengan lensa f/2.0.
Bateri: 4,410 mAh; jenis tidak boleh dikeluarkan dengan kuasa pengecasan 18 W
Bahan binaan: Bingkai aluminium, bahagian belakang plastik, serta penarafan kalis air dan habuk IP67
Pilihan warna: Charcoal , Chalk dan Sage
Sistem operasi: Android 12, boleh dinaik taraf sehingga Android 16, berserta sokongan kemas kini OS utama/keselamatan sekurang-kurangnya selama 5 tahun.[23]
Pixel 7: Penderia belakang 50 MP dengan lensa f/1.85 dan penderia ultralebar 12 MP dengan lensa f/2.2, penderia hadapan 8 MP dengan lensa f/2.2 dan medan pandangan 92.8°;
Pixel 7 Pro: Penderia belakang 50 MP dengan lensa f/1.85, penderia ultralebar 12 MP dengan lensa f/2.2 dan penderia telefoto 48 MP dengan lensa f/3.5, penderia hadapan 11.1 MP dengan lensa f/2.2 dan medan pandangan 92.8°; Kedua-dua model dilengkapi autofokus pengesanan laser serta penstabilan imej optik.
Bateri: 4,355 mAh (Pixel 7); 5,000 mAh (Pixel 7 Pro); kedua-duanya jenis tidak boleh dikeluarkan serta menyokong pengecasan pantas, pengecasan tanpa wayar dan pengecasan tanpa wayar berbalik
Bahan binaan: Bingkai aluminium, bahagian belakang kaca, serta penarafan kalis air dan habuk IP68
Pilihan warna: Pixel 7: Obsidian , Snow dan Lemongrass ; Pixel 7 Pro: Obsidian , Snow dan Hazel
Sistem operasi: Android 13, berserta sokongan kemas kini OS utama/keselamatan sekurang-kurangnya selama 5 tahun.[24][25]
Google telah mengumumkan Pixel 8 dan 8 Pro di acara #MadeByGoogle pada 4 Oktober 2023. Peranti ini dilancarkan 8 hari kemudian pada 12 Oktober 2023.[27]
Kamera: Utama belakang 50 MP Octa PD (f/1.68); ultralebar belakang 48 MP Quad PD (f/1.7); Kamera hadapan 10.5 MP (f/2.2)
Bateri: Berkapasiti 4,558 mAh, berserta pengecasan pantas dan tanpa wayar
Bahan binaan: Bingkai 100% aluminium dikitar semula, kaca penutup Corning Gorilla Glass Victus 2 kalis calar, bahagian belakang berkilat Corning Gorilla Glass Victus 2 dengan bingkai logam kemasan satin, serta penarafan kalis air dan habuk IP68
Pilihan warna: Peony , Wintergreen , Porcelain dan Obsidian
Sistem operasi: Android 14, berserta sokongan kemas kini OS/keselamatan selama 7 tahun[31]
Google telah mengumumkan Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL di acara Made by Google, bersama-sama dengan Pixel 9 dan Pixel 9 Pro Fold pada 13 Ogos 2024.[30]
Kamera: Utama belakang 50 MP Octa PD (f/1.68); ultralebar belakang 48 MP Quad PD (f/1.7); telefoto belakang 48 MP Quad PD (f/2.8); Kamera swafoto hadapan 42 MP Dual PD (f/2.2)
Bateri: Berkapasiti 4,558 mAh (Pro) dan 4,942 mAh (Pro XL), kedua-duanya berserta pengecasan pantas dan tanpa wayar
Bahan binaan: Bingkai 100% aluminium dikitar semula, kaca penutup Corning Gorilla Glass Victus 2 kalis calar, bahagian belakang kaca mat sutera (silky matte) Corning Gorilla Glass Victus 2 dengan bingkai logam kemasan berkilat, serta penarafan kalis air dan habuk IP68
Pilihan warna: Rose Quartz , Porcelain , Hazel dan Obsidian
Sistem operasi: Android 14, berserta sokongan kemas kini OS/keselamatan selama 7 tahun[32]
Bateri: Berkapasiti 4,560 mAh, berserta pengecasan pantas dan tanpa wayar
Bahan binaan: Bingkai 100% aluminium dikitar semula, kaca penutup Corning Gorilla Glass Victus 2 kalis calar, bahagian belakang kaca mat sutera (silky matte) Corning Gorilla Glass Victus 2 dengan bingkai logam kemasan berkilat, serta penarafan kalis air IPX8
Pilihan warna: Porcelain dan Obsidian
Sistem operasi: Android 14, berserta sokongan kemas kini OS/keselamatan selama 7 tahun[33]
Kamera: Utama belakang 48 MP Quad PD (f/1.7); ultralebar belakang 13 MP (f/2.2); Kamera hadapan 13 MP (f/2.2)
Bateri: Berkapasiti 5,100 mAh, dengan pengecasan pantas 23 W dan pengecasan tanpa wayar Qi 7.5 W
Bahan binaan: Bingkai 100% aluminium dikitar semula, kaca penutup Corning Gorilla Glass 3 kalis calar, bahagian belakang plastik, serta penarafan kalis air dan habuk IP68
Pilihan warna: Iris , Peony , Porcelain dan Obsidian
Sistem operasi: Android 15, berserta sokongan kemas kini OS/keselamatan selama 7 tahun[35]
Bateri: Berkapasiti 4,970 mAh berserta pengecasan pantas dan pengecasan tanpa wayar yang disahkan Qi2
Bahan binaan: Bingkai 100% aluminium dikitar semula, kaca penutup Corning Gorilla Glass Victus 2 kalis calar, bahagian belakang kaca, serta penarafan kalis air dan habuk IP68
Pilihan warna: Indigo , Frost , Lemongrass dan Obsidian
Sistem operasi: Android 16, berserta sokongan kemas kini OS/keselamatan selama 7 tahun[37]
Pro: Berkapasiti 4,870 mAh dengan pengecasan pantas 30 W dan pengecasan tanpa wayar disahkan Qi2 15 W;
Pro XL: Berkapasiti 5,200 mAh dengan pengecasan pantas 45 W dan pengecasan tanpa wayar disahkan Qi2 25 W
Bahan binaan: Bingkai 100% aluminium dikitar semula, kaca penutup Corning Gorilla Glass Victus 2 kalis calar, bahagian belakang kaca, serta penarafan kalis air dan habuk IP68
Pilihan warna: Moonstone , Jade , Porcelain dan Obsidian
Sistem operasi: Android 16, berserta sokongan kemas kini OS/keselamatan selama 7 tahun[38]
Bateri: Berkapasiti 5,015 mAh dengan pengecasan pantas 30 W dan pengecasan tanpa wayar disahkan Qi2 15 W
Bahan binaan: Bingkai 100% aluminium dikitar semula, kaca penutup Corning Gorilla Glass Victus 2 kalis calar, bahagian belakang kaca, serta penarafan kalis air IPX8
Pilihan warna: Moonstone dan Jade
Sistem operasi: Android 16, berserta sokongan kemas kini OS/keselamatan selama 7 tahun[39]
Google telah mengumumkan Pixel 10a melalui satu hantaran di blog pada 18 Februari 2026. Ia bertindak sebagai varian kelas pertengahan bagi siri Pixel 10.
Kamera: Utama belakang 48 MP Quad PD (f/1.7); ultralebar belakang 13 MP (f/2.2); Kamera hadapan 13 MP (f/2.2)
Bateri: Berkapasiti 5,100 mAh, dengan pengecasan pantas 30 W dan pengecasan tanpa wayar Qi 10 W
Bahan binaan: Bingkai 100% aluminium dikitar semula, kaca penutup Corning Gorilla Glass 7i kalis calar, bahagian belakang plastik, serta penarafan kalis air dan habuk IP68
Pilihan warna: Lavender , Berry , Fog dan Obsidian
Sistem operasi: Android 16, berserta sokongan kemas kini OS/keselamatan selama 7 tahun[40]
Pixel C telah diumumkan oleh Google di satu acara pada 29 September 2015,[41] bersama-sama dengan telefon Nexus 5X dan Nexus 6P (antara produk yang lain). Pixel C dilengkapi dengan satu port USB-C dan bicu fon telinga 3.5 mm.[42] Peranti ini dilancarkan bersama sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow, dan kemudiannya menerima kemas kini Android 7.x Nougat serta Android 8.x Oreo. Google telah menghentikan jualan Pixel C pada Disember 2017.[43]
Paparan: Paparan 10.2 inci dengan resolusi piksel 2560×1800
Pixel Slate, sebuah tablet dan komputer riba 2-dalam-1 12.3 in (31 cm), telah diumumkan oleh Google di Bandar Raya New York pada 9 Oktober 2018,[44] bersama-sama dengan Pixel 3 dan 3 XL. Pixel Slate mempunyai dua port USB-C tetapi tidak dilengkapi bicu fon telinga. Peranti ini menjalankan sistem operasi ChromeOS dengan pemproses IntelKaby Lake, menawarkan pilihan daripada Celeron bagi kelas bawahan sehinggalah i7 untuk kelas atasan. Pada Jun 2019, Google mengumumkan bahawa mereka tidak akan meneruskan pembangunan barisan produk ini lagi, serta membatalkan dua model yang sedang dalam fasa pembangunan ketika itu.[45]
Pixel Tablet telah diumumkan oleh Google di persidangan I/O 2022. Ia didatangkan sekali bersama dok tapak pemegang (stand), hampir sama dengan dok Home Hub; walau bagaimanapun, tablet ini boleh ditanggalkan daripada dok tersebut.[46] Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2023.[47]
Storan: Pilihan 128 GB atau 256 GB; jenis tidak boleh diperluaskan
Memori (RAM): 8 GB LPDDR5 RAM
Kamera: Belakang dan hadapan: 8 MP (ƒ/2.0, penderia 1/4", 1.12 μm, medan pandangan 84°) fokus tetap
Bateri: Jenis tidak boleh dikeluarkan berkapasiti 7,020 mAh; menyokong pengecasan pada kuasa 15 W sama ada melalui kabel mahupun dok; tidak menyokong pengecasan tanpa wayar.
Bahan binaan: Bingkai aluminium, bahagian belakang nano seramik, tiada penarafan kalis air/habuk
Pilihan warna: Hazel , Porcelain dan Rose ; tidak tersedia di sesetengah kawasan.
Sistem operasi: Android 13 dengan Pixel UI, berserta sokongan kemas kini perisian sekurang-kurangnya selama 3 tahun dan kemas kini keselamatan selama 5 tahun
Google telah mengumumkan generasi pertama Chromebook Pixel melalui satu hantaran di blog pada 21 Februari 2013.[48] Komputer riba ini dilengkapi pembaca kad SD/multi-kad, Mini DisplayPort, bicu gabungan fon telinga/mikrofon, serta dua port USB 2.0. Antara ciri lain peranti ini termasuklah papan kekunci berlampu latar (backlit), "pad sentuh kaca terukir yang boleh diklik sepenuhnya," pembesar suara stereo bersepadu, dan dua mikrofon terbina dalam.[49]
Paparan: Paparan 12.85 inci dengan resolusi piksel 2560×1700
Pada 11 Mac 2015, Google telah mengumumkan generasi kedua Chromebook Pixel melalui satu hantaran di blog.[50] Komputer riba ini dilengkapi dua port USB-C, dua port USB 3.0, slot kad SD, serta bicu gabungan fon telinga/mikrofon. Peranti ini juga membawakan ciri papan kekunci berlampu latar, "pad sentuh kaca boleh diklik dengan fungsi multi-sentuh," pembesar suara stereo terbina dalam, dan dua mikrofon terbina dalam, antara ciri-ciri yang lain.[51]
Google telah menghentikan jualan Chromebook Pixel 2015 pada 29 Ogos 2016.[52][53]
Paparan: Paparan 12.85 inci dengan resolusi piksel 2560×1700
Pemproses: Pemproses Intel Core i5 atau i7 generasi ke-5 (Broadwell)
Storan: Pilihan storan dalaman 32 atau 64 GB dan storan Google Drive sebanyak 1 TB untuk tempoh 3 tahun
Pada 15 Oktober 2019, Google telah mengumumkan versi kelas pertengahan bagi Pixelbook yang dinamakan sebagai Pixelbook Go di acara Made by Google 2019.[55]
Paparan: Paparan 13.3 inci dengan resolusi piksel 1920×1080 (166 ppi) atau "Molecular Display" dengan resolusi piksel 3840×2160 (331 PPI)
Google Pixel Watch merupakan peranti boleh pakai generasi pertama buatan Google yang dilancarkan pada Oktober 2022. Ia membawakan reka bentuk paparan bulat. Pelbagai pilihan tali jam tangan (wristband) disediakan di Google Store untuk pembelian.
Pixel Watch 2 merupakan peranti boleh pakai generasi kedua buatan Google yang dilancarkan pada Oktober 2023. Ia menampilkan reka bentuk paparan bulat yang hampir sama dengan generasi pertama Pixel Watch. Pelbagai pilihan tali jam tangan disediakan di Google Store untuk pembelian.
Di acara perkakasan Google pada Oktober 2017, satu set fon telinga tanpa wayar telah diperkenalkan bersama-sama dengan telefon pintar Pixel 2.[56] Fon telinga ini direka untuk telefon yang menjalankan Android Marshmallow atau versi lebih tinggi, serta berfungsi dengan Google Assistant.[57] Selain daripada memainkan audio dan menjawab panggilan, fon telinga ini juga menyokong terjemahan dalam 40 bahasa melalui Google Translate.[58] Ia boleh digandingkan secara automatik (auto-pair) dengan Pixel 2 dengan bantuan Google Assistant dan ciri "Nearby".[59] Pixel Buds ditawarkan dalam pilihan warna Just Black, Clearly White dan Kinda Blue. Fon telinga ini mempunyai kapasiti bateri sebanyak 120 mAh, manakala bekas pengecasnya mempunyai kapasiti bateri sebanyak 620 mAh.[60] Fon telinga ini dijual pada harga $159.[60]
Generasi kedua Pixel Buds telah dilancarkan pada tahun 2020 dengan membuang terus kabel penghubung di antara kedua-dua belah fon telinga. Pada Jun 2021, varian kelas pertengahan bagi generasi kedua ini telah dilancarkan sebagai Pixel Buds A-Series.
Di persidangan Google I/O 2022, versi premium bagi fon telinga generasi kedua telah diumumkan dan dilancarkan kemudiannya pada Mei 2022 sebagai Pixel Buds Pro. Ia membawakan mod Pembatalan Hingar Aktif (ANC), mod ketelusan (transparency mode), serta audio spatial (ditambah melalui kemas kini perisian kemudiannya). Fon telinga versi "Pro" ini dijual pada harga $199.
Di acara Made by Google 2025, Pixel Buds 2a pula telah diumumkan.
Pixelbook Pen
Siri dengan pelancaran Pixelbook pada Oktober 2017, Google turut mengumumkan Pixelbook Pen, iaitu sebuah stilus untuk digunakan bersama Pixelbook. Ia mempunyai kepekaan tekanan serta sokongan untuk Google Assistant. Pen ini dikuasakan oleh sebuah Bateri AAAA yang boleh diganti dan dijual pada harga AS$99.[61]
Pixel Stand
Pada Oktober 2018, Google telah mengumumkan Pixel Stand bersama-sama dengan telefon pintar Pixel 3.[62] Selain daripada pengecasan tanpa wayar Qi standard 5 watt, Pixel Stand turut menyokong pengecasan tanpa wayar 10 watt dengan menggunakan teknologi hak milik Google.[63] Aksesori ini juga mengaktifkan mod perisian khas pada Pixel 3 yang membolehkannya bertindak sebagai paparan pintar seumpama Google Home Hub. Pada Oktober 2021, siri dengan pelancaran telefon pintar Pixel 6 dan Pixel 6 Pro, Pixel Stand generasi kedua telah dihasilkan untuk menyokong kelajuan pengecasan tanpa wayar baharu peranti tersebut sehingga 23 watt.[64]
Google Pixel UI[65] merupakan satu kemasan antaramuka (skin) Android untuk telefon Pixel dan Pixel Tablet yang dibangunkan oleh Google. Bermula dengan generasi pertama telefon Google Pixel,[66][67] Google telah menggantikan pelancar telefon pintar mereka dengan Pixel Launcher bagi menggantikan Google Now Launcher yang menjadi pelancar lalai untuk siri Nexus.
Berbeza dengan telefon Nexus yang dibekalkan oleh Google dengan Android "asli" (AOSP), Pixel UI yang didatangkan bersama telefon Pixel generasi pertama telah diubah suai sedikit berbanding Android "asli". Pada masa ini, Pixel UI dan pelancar utamanya hanya tersedia pada peranti dalam keluarga Pixel sahaja. (Walau bagaimanapun, pengubahsuaian pihak ketiga membolehkan telefon pintar bukan Pixel untuk memasang Pixel Launcher yang disepadukan bersama suapan Google Now).[68]
Semasa pelancaran Android 4.x "Ice Cream Sandwich", Google telah mula menggantikan beberapa aplikasi Android asli dengan aplikasi Google, termasuk aplikasi muzik Android asli kepada Google Play Music, dan pelayar web Android kepada Google Chrome. Menjelang pelancaran Android 4.4.x "KitKat", sebahagian besar aplikasi Android asli telah digantikan dengan aplikasi Google, seperti aplikasi galeri Android asli yang digantikan dengan Google Photos, dan sebagainya.[69] Ini termasuklah pelancar utama Android yang digantikan dengan Google Now Launcher, sekali gus memudahkan pengguna untuk mengakses suapan Google Now mereka.[70] Walau bagaimanapun, bahagian antaramuka yang lain masih menyerupai Android asli, termasuklah menu tetapan dan warna butang togol.[71]
Google telah melancarkan Pixel Launcher dan Pixel UI secara rasmi bersama-sama di dalam telefon Pixel; berbeza dengan Google Now Launcher yang boleh dipasang pada telefon bukan Nexus, Pixel Launcher hanya tersedia secara eksklusif untuk telefon Pixel sahaja. Kebanyakan telefon pintar Android termasuk telefon Nexus tidak serasi dengan pelancar ini.[72] Antara pengubahsuaian yang dilakukan oleh Google untuk membezakan Pixel UI dengan Android asli termasuklah warna butang togol tetapan, serta sokongan dalam talian 24/7 yang membolehkan pengguna mendapat bantuan terus daripada khidmat pelanggan Google.[73]
Pixel Camera merupakan perisian kamera yang dimuatkan sekali di dalam peranti Pixel. Aplikasi ini menampilkan antaramuka kamera asas berserta beberapa ciri lain seperti Night Vision, Super Res Zoom, dan Motion Photos. Pada asalnya dilancarkan pada 16 April 2014 sebagai Google Camera, aplikasi ini boleh digunakan pada telefon Google Pixel sehinggalah Oktober 2023, apabila perisian tersebut dijenamakan semula dan dikeluarkan daripada senarai Google Play. Pelbagai port (pindahan perisian) tidak rasmi telah dibangunkan untuk membolehkan ciri-ciri Pixel Camera dipasang pada peranti bukan jenama Google atau model telefon yang lebih lama.[74][75]
^Bagi peranti yang tidak disokong, jangka hayat menerangkan masa antara pelancaran awal dan kemas kini perisian terakhir. Bagi peranti yang disokong, ia merupakan masa dari pelancaran awal hingga tarikh semasa dalam ukuran tahun dan bulan.
Rujukan
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "pixel-eol"
^"Google Pixel 3 review". GSMArena.com. October 31, 2018. m/s. 5. Audio is recorded in stereo at 192 kbps - a new development after the Pixel 2's mono audio
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.