Mehit

Mehit
Nama dalam hieroglif
mHHiit
H8
B1
Pusat kultus utamaNekhen
Thinis
Maklumat peribadi
IsteriOnuris

Mehit (juga Mehyt, Mekhit) merupakan dewi singa Mesir purba dan Nubia yang berasal dari Nubia.

Sejarah

Pada zaman Dinasti Awal, dia digambarkan sebagai singa betina berbaring dengan tiga batang melengkung yang menonjol dari belakangnya. Pada era itu, dia muncul dalam banyak meterai dan artifak gading zaman dinasti awal, biasanya bersama dengan gambaran kuil Mesir Hulu.[1] Tempat pemujaan utamanya ialah Hierakonpolis dan Thinis.[2]

Kepercayaan

Mehit merupakan pasangan Onuris, atau Anhur, dewa pemburu yang disembah di Thinis. Pelbagai teks merujuk kepada mitos Onuris menjejaki Mehit di Nubia dan membawanya ke Mesir sebagai isterinya. Peristiwa ini menjadi asas nama Onuris, yang bermaksud "pembawa pulang si jauh". Sumber-sumber lewat mengenal pasti kisah ini sebagai mitos "Dewi Jauh", yang mana Mata Ra—dewa suria yang boleh mengambil bentuk beberapa dewi—melarikan diri daripada ayahnya Ra, yang menghantar salah satu dewa untuk mengambilnya. Dalam versi dengan Onuris dan Mehit, Onuris disinkretismekan dengan Shu dan Mehit dengan Hathor-Tefnut, saudara dan isteri mitologis Shu. Oleh sebab Shu dan Tefnut kadangkala mewakili matahari dan bulan, Mehit juga boleh mewakili bulan purnama. Kepulangannya ke tempat yang sepatutnya boleh melambangkan pemulihan Mata Horus, simbol bulan dan tatanan kosmos para dewa.[3]

Geraldine Pinch mencadangkan bahawa Dewi Jauh mungkin pada asalnya merupakan personifikasi gurun liar Nubia, yang mitosnya diserap ke dalam kompleks mitos yang berkisar tentang Mata Ra.[3] Toby Wilkinson mengatakan bahawa pada Zaman Dinasti Awal, dia mungkin merupakan dewi pelindung, dikaitkan dengan tempat-tempat suci.[1]

Rujukan

  1. ^ a b Toby A. H. Wilkinson: Early Dynastic Egypt, Routledge; (2001), ISBN 0415260116, p. 290
  2. ^ Emery, W.B. (1961) Archaic Egypt, Harmondsworth: Penguin, p. 125
  3. ^ a b Pinch, Geraldine (2004). Egyptian Mythology: A Guide to the Gods, Goddesses, and Traditions of Ancient Egypt. Oxford University Press. pp. 71–73, 177

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.