Tyet

| ||
| tjt Simpul Isis dalam hieroglif Mesir | ||
|---|---|---|
Tyet (Mesir Purba: tjt), kadangkala dipanggil simpul Isis atau tali pinggang Isis, ialah simbol Mesir purba yang dikaitkan dengan dewi Isis.[1] Gambaran hieroglifnya dikatalogkan sebagai V39 dalam senarai tanda Gardiner.
Sejarah
Dalam banyak aspek, tyet menyerupai ankh, kecuali bahagian lengannya yang melengkung ke bawah. Maknanya juga serupa dengan ankh kerana ia sering diterjemahkan sebagai "kesejahteraan" atau "hidup".
Tyet menyerupai simpul kain dan mungkin asalnya merupakan pembalut yang digunakan untuk menyerap darah haid.[2]
Contoh awal tanda tyet berasal dari makam Dinasti Pertama Mesir di Helwan, yang digali oleh Zaki Saad pada tahun 1940-an. Contoh ini berasal dari sebelum rujukan bertulis pertama tentang Isis dan mungkin tidak dikaitkan dengan dewi itu pada masa itu.[3] Pada zaman kemudian, ia mula dikaitkan dengan dia dan dengan kuasa penyembuhan, ciri penting Isis.[2]
Azimat tyet mula dikebumikan bersama si mati pada awal Kerajaan Baharu Mesir (s. 1550 – 1070 SM). Contoh terawal berasal dari zaman pemerintahan Amenhotep III, dan sejak itu sehingga akhir sejarah dinasti Mesir, segelintir sahaja orang yang dikebumikan tanpa azimat ini diletakkan di dalam balutan mumianya, biasanya pada bahagian atas dada.[4] Teks pengebumian Mesir purba mengandungi banyak petikan yang menerangkan cara mengguna pelbagai jenis azimat serta jampi untuk dibacakan terhadapnya.[5] Bab 156 daripada Kitab Orang Mati, sebuah teks pengebumian zaman Kerajaan Baharu, mengarahkan azimat tyet yang diperbuat daripada batu jasper merah diletakkan di leher mumia, menyatakan "kuasa Isis akan menjadi perlindungan bagi tubuh [mumia]" dan azimat itu "akan menghalau sesiapa sahaja yang akan melakukan jenayah terhadapnya."[6] Azimat sedemikian sering diperbuat daripada jasper merah atau bahan berwarna yang serupa, seperti karnelian atau kaca merah. Walau bagaimanapun, banyak lagi yang diperbuat daripada bahan hijau seperti faience Mesir, yang warnanya melambangkan pembaharuan hidup.[4]
Satu lagi jenis simpul kadangkala dipanggil "simpul Isis": simpul besar pada jubah yang dipakai oleh wanita Mesir bermula dari Zaman Akhir Mesir purba. Ia dikaitkan dengan Isis kerana ia sering muncul pada patung-patungnya pada zaman Helenistik dan Rom, tetapi selain namanya ia tidak berkaitan dengan tyet.[7]
Tyet boleh dibandingkan dengan simpul sakral Tamadun Minos, simbol simpul dengan gelung menonjol yang ditemui di Knossos, Crete.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Allen, James Peter (2014). Middle Egyptian: An Introduction to the Language and Culture of Hieroglyphs. Cambridge University Press. m/s. 557. ISBN 978-1-139-91709-4.
- ^ a b Griffiths 2001, p. 190
- ^ Griffiths 1980, p. 41
- ^ a b Andrews 1994, pp. 44–45
- ^ Andrews 1994, p. 6
- ^ Goelet et al. 2015, pl. 32-B
- ^ Bianchi 1980, pp. 10, 22–23
Karya dipetik
- Allen, James P. (2014-07-24). Middle Egyptian: An Introduction to the Language and Culture of Hieroglyphs. Cambridge University Press. ISBN 978-1-139-91709-4.
- Andrews, Carol (1994). Amulets of Ancient Egypt. University of Texas Press. ISBN 978-0-292-70464-0.
- Bianchi, Robert S. (1980). "Not the Isis-Knot". Bulletin of the Egyptological Seminar. 2.
- Goelet, Jr., Ogden; Faulkner, Raymond O.; Andrews, Carol A. R.; Gunther, J. Daniel; Wasserman, James (2015). The Egyptian Book of the Dead: The Book of Going forth by Day, Twentieth Anniversary Edition. Chronicle Books. ISBN 978-1-4521-4438-2.
- Griffiths, J. Gwyn (1980). The Origins of Osiris and His Cult. E.J. Brill. ISBN 978-90-04-06096-8.
- Griffiths, J. Gwyn (2001). "Isis". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-510234-5.
Bacaan lanjut
- Mohamed, Ghada (2024). „Und das Isis-Blut hat seine Arme in meine Richtung gereicht“. Darstellung, Bedeutung und Funktion des anthropomorphisierten Tit-Knotens im alten Ägypten [‘Dan darah Isis telah menghulurkan lengannya ke arahku’. Perlambangan, makna dan fungsi simpul Tyet yang diantropomorfkan di Mesir purba]. Journal of the American Research Center in Egypt 60, 1, ms. 227–246, DOI:10.5913/jarce.60.2024.a010.
Pautan luar
Kategori berkaitan Knot of Isis (hieroglyph) di Wikimedia Commons
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.