13 Mac
| << | Mac | >> | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | ||||
| 2026 | ||||||
13 Mac merupakan hari ke-72 (hari ke-73 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 293 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa


- 1639 – Kolej Harvard dinamakan sempena paderi John Harvard.
- 1697 - Penaklukan Guatemala oleh Sepanyol: Nojpetén, ibu negara kerajaan Maya Itza, jatuh kepada konkuistador Sepanyol.
- 1781 - Ahli astronomi dan penggubah Jerman William Herschel menemui planet Uranus (gambar), namun menyangkanya sebiji komet.
- 1809 – Gustav IV Adolf dari Sweden digulingkan akibat rampasan kuasa.
- 1862 – Perang Saudara Amerika: Kerajaan persekutuan A.S. melarang semua pegawai tentera Kesatuan daripada membawa balik hamba yang melarikan diri, sekaligus membatalkan Akta Hamba Pelarian 1850 sambil menyediakan asas kepada Perisytiharan Pembebasan.
- 1881 - Tsar Aleksandr II (gambar) dari Rusia dibunuh dalam satu komplot pengeboman Narodnaya Volya oleh Ignacy Hryniewiecki dan tiga lagi.
- 1884 – Perang Mahdi: Angkatan Muhammad Ahmad yang mengaku sebagai Imam Mahdi mengepung tentera Inggeris-Mesir di Khartoum, Sudan. Ia hanya berakhir pada 26 Januari 1885.
- 1897 – Universiti Negeri San Diego ditubuhkan.
- 1900 – Perang Boer Kedua: Tentera British menduduki Bloemfontein, Negara Bebas Oranye.
- 1900 – Di Perancis, undang-undang mengehadkan tempoh waktu bekerja untuk wanita dan kanak-kanak kepada 11 jam.
- 1921 - Di bawah Roman Ungern von Sternberg, Mongolia mengisytiharkan kemerdekaannya daripada China.
- 1943 – Perang Dunia Kedua: Di Pulau Bougainville, tentera Empayar Jepun menamatkan serangan terhadap tentera Amerika di Bukit 700.
- 1943 – Holokus: Tentera Jerman membubarkan ghetto Yahudi di Kraków.
- 1954 - Angkatan Viet Minh pimpinan Vo Nguyen Giap memulakan bedilan artileri terhadap tentera Perancis untuk memulakan Pertempuran Dien Bien Phu, pertempuran terakhir dalam Perang Indochina Pertama.
- 1957 – Revolusioner mahasiswa Cuba menggempur istana presiden di Havana untuk cuba membunuh Presiden Fulgencio Batista, tetapi gagal.
- 1969 – Program Apollo: Apollo 9 selamat kembali di Bumi setelah menguji Lunar Module.
- 1986 – Microsoft melakukan tawaran awam awal.
- 1988 – Terowong Seikan, terowong terpanjang dan terdalam di dunia, dibuka di antara bandar Hakodate dan Aomori, Jepun.
- 1989 – Sebuah ribut geomagnet menyebabkan tumbangnya grid kuasa Hydro-Québec. Enam juta orang mengalami gangguan elektrik selama sembilan jam.
- 1991 – Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengumumkan bahawa Exxon akur untuk membayar $1 bilion untuk membersihkan tumpahan minyak Exxon Valdez di Alaska.
- 1992 – Gempa bumi berukuran 6.8 di skala Richter mengorbankan lebih 500 orang di Erzincan, di kawasan timur Turki.
- 1996 - Seorang pembunuh bersiri di Dunblane, Scotland menembak mati 16 orang kanak-kanak dan seorang guru di sebuah sekolah rendah, dan kemudian membunuh diri.
- 1997 – Cahaya Phoenix disaksikan di langit Phoenix, Arizona oleh beratus-ratus penduduk setempat, dan berjuta-juta lagi di kaca televisyen.
- 2002 – Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad tiba di Rusia.
- 2003 – Evolusi manusia: Jurnal Nature melaporkan penemuan kesan jejak kaki manusia berjalan tegak yang berusia 350,000 tahun di Itali.
- 2011 – Tayangan sulung kartun animasi BoBoiBoy oleh Animonsta Studios.
- 2013 – Jorge Mario Bergoglio dari Argentina terpilih sebagai Paus Francis, menjadi paus Amerika Latin pertama Gereja Roman Katolik.
Kelahiran
- 1967 - Saber Rebaï, penyanyi dan pelakon Tunisia.
- 1976 - Danny Masterson, pelakon Amerika Syarikat
Kematian
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.