1900
Deer
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1900. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1900 (nombor).
| Tahun |
|---|
| Milenia |
| milenium ke-2 |
| Abad |
| Dekad |
| Tahun |
1900 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Isnin. Ia berlangsung dari 28 Syaaban 1317 hingga 9 Ramadan 1318.
Peristiwa
Januari
- 1 Januari - Nigeria menjadi sebuah negeri naungan British.
- 2 Januari - John Hay mengumumkan Dasar Pintu Terbuka untuk menggalakkan perdagangan dengan China.
- 5 Januari - John Edward Redmond, pemimpin Ireland, menyeru pemberontakan terhadap pemerintahan Britishe.
- 5 Januari - Dr Henry A. Rowland dari Johns Hopkins University menemui punca kemagnetan Bumi
- 8 Januari - William McKinley, Presiden Amerika Syarikat, mengenakan pemerintahan tentera terhadap Alaska.
- 12 Januari - Di India, tiga juta sesuku orang menerima bantuan kebuluran.
- 13 Januari - Kaiser Wilhelm II dari Jerman mengisytiharkan bahasa Jerman sebagai bahasa perintah dalam tentera Jerman.
- 16 Januari - Senat Amerika Syarikat menerima perjanjian Inggeris-Jerman 1899 yang menetapkan bahawa United Kingdom melepaskan tuntutannya terhadap kepulauan Samoa.
- 24 Januari - Permulaan Pertempuran Spion Kop dalam Perang Boer Kedua.
- 24 Januari - Pemerintahan di London dan Pretoria mula berunding penamatan Perang Boer Kedua.
- 27 Januari - Pemberontakan Boxer: Diplomat asing di Beijing, China mendesak bahawa pemberontak Boxer dikenakan tindakan disiplin.
Februari

- 6 Februari - Mahkamah timbang tara antarabangsa dibentuk di The Hague apabila Senat Belanda meratifikasi dekri persidangan perdamaian 1899.
- 7 Februari - Parti Buruh British dibentuk.
- 8 Februari - Askar British ditewaskan oleh orang Boer di Ladysmith, Afrika Selatan.
- 14 Februari - Rusia membalas kepada tekanan antarabangsa untuk membebaskan Finland dengan mengetatkan kawalan empayarnya terhadap negara itu.
- 14 Februari - Perang Boer Kedua: Di Afrika Selatan, 20,000 askar British menyerang Negara Merdeka Orange.
- 17 Februari - Permulaan Pertempuran Paardeberg dalam Perang Boer Kedua.
- 22 Februari - Hawaii menjadi sebuah wilayah Amerika Syarikat secara rasmi.
- 27 Februari - Perang Boer: Di Afrika Selatan, pemimpin tentera British menerima pemberitahuan penyerahan tanpa syarat daripada Jeneral Boer, Piet Cronje.
- 27 Februari - Ramsay MacDonald dilantik sebagai setiausaha untuk Parti Buruh British yang baru dibentuk.
Mac
- 11 Mac - Perang Boer Kedua: Percubaan perdamaian Paul Kruger, ketua orang Boer, ditolak oleh Perdana Menteri United Kingdom, Lord Salisbury.
- 13 Mac - Perang Boer Kedua: Askar British menduduki Bloemfontein, Negara Merdeka Orange.
- 13 Mac - Di Perancis, panjang hari kerja untuk wanita dan kanak-kanak dibataskan kepada 11 jam, mengikut undang-undang.
- 14 Mac - Akta Piawai Emas diratifikasi dan dengan itu, mata wang Amerika Syarikat dimasukkan ke dalam piawai emas.
- 16 Mac - Sir Arthur Evans menemui puing Knossos di Crete.
April
- April 1 - Pengawal Ireland dibentuk oleh Ratu Victoria
- April 14 - Pameran Sedunia Paris dibuka.
Mei
- 18 Mei - United Kingdom mengisytiharkan Tonga sebagai sebuah negeri naungan.
- 21 Mei - Rusia menyerang Manchuria.
- 23 Mei - Sarjan William Harvey Carney menjadi orang Amerika Afrika yang pertama untuk dianugerahkan dengan Pingat Kehormatan kerana kepahlawanannya dalam Pertempuran Kubu Wagner semasa Perang Saudara Amerika.
- 30 Mei - Pemberontak Boxer menduduki Tientsin.
- 31 Mei - Askar British di bawah perintah Lord Robert menduduki Johannesburg.
Jun
- 5 Jun - Perang Boer: Askar British menawan Pretoria, Afrika Selatan.
- 20 Jun - Pemberontak Boxer mengumpulkan sekitar 20,000 orang berhampiran Beijing lalu membunuh beratus-ratus warga Eropah, termasuk duta besar Jerman.
Julai

- 2 Julai - Penerbangan zepelin pertama di Tasik Constance, berhampiran Friedrichshafen, Jerman.
- 5 Julai - Akta Perlembagaan Komanwel Australia diluluskan oleh Parlimen British.
- 9 Julai - Ratu Victoria memberi perkenan diraja terhadap Akta Perlembagaan Komanwel Australia
- 13 Julai - Pemberontakan Boxer: Di China, Tientsin ditawan semula daripada pemberontak Boxer oleh Sekutu Eropah.
- 29 Julai - Di Itali, Raja Umberto I dari Itali dibunuh oleh Gaetano Bresci, penganut faham anarki kelahiran Itali.
Ogos
- 14 Ogos - Satu kontinjen tentera antarabangsa di bawah perintah British menyerang Beijing dan membebaskan orang Eropah yang telah ditahan sebagai tebusan.
September
- 17 September - Perang Filipina-Amerika: Askar Filipina di bawah perintah Juan Cailles menewaskan askar Amerika di bawah perintah Kolonel Benjamin F. Cheatham di Mabitac.
Oktober
- Johann Vaaler, pereka Norway, menuntut paten untuk klip kertas, rekaannya.
November
- 3 November - Pertunjukan automobil pertama di Amerika Syarikat dibuka di Madison Square Garden, New York di bawah naungan Automobile Club of America (Kelab Automobil Amerika).
- November 6 - Pilihan raya presiden Amerika Syarikat: William McKinley, penjawat kini Republikan, dipilih semula selepas menewaskan pencabar Demokrat, William Jennings Bryan.
Tarikh tepat tidak pasti
- International Time Recording Company (ITR: Syarikat Perakaman Waktu Antarabangsa) dibentuk.
Kelahiran
- 25 April - Wolfgang Ernst Pauli, ahli fizik kelahiran Austria serta pemenang Hadiah Nobel Fizik (maut 1958)
- 30 April - Cecily Lefort, pahlawan wanita Inggeris dalam Perang Dunia II (dihukum mati 1945)
- 3 Jun - Rolland Fisher, ketua gerakan hapus arak Amerika (maut 1982)
- 5 Jun - Dennis Gabor, ahil fizik Hungary serta pemenang Hadiah Nobel Fizik (maut 1979)
- 13 Julai - George Lewis, pemain klarinet jaz Amerika (maut 1969)
- 29 Julai - Eyvind Johnson, penulis Sweden serta pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan (maut 1976)
- 4 Ogos - Elizabeth Bowes-Lyon, permaisuri Raja George VI dari United Kingdom (maut 2002)
- 7 Oktober - Heinrich Himmler, pegawai Nazi dan ketua SS (maut 1945)
- 30 Oktober - Ragnar Granit, ahli neurosains Finland serta pemenang Hadiah Nobel Fisiologi atau Perubatan(maut 1991)
- 8 November - Margaret Mitchell, penulis Amerika (maut 1949)
- 3 Disember - Richard Kuhn, pemenang Hadiah Nobel Kimia Austria (maut 1967)
Kematian
- 6 Mac: Gottlieb Daimler, pereka dan perintis automobil Jerman (lahir 1834)
- 29 Julai: Umberto I, Raja Itali (dibunuh 1844)
- 25 Ogos: Friedrich Nietzsche, ahli falsafah dan penulis Jerman (lahir 1844)
- 22 November: Sir Arthur Sullivan, penggubah British (lahir 1842)
- 30 November: Oscar Wilde, penulis Ireland (lahir 1854)
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.