2026
| Tahun |
|---|
| Milenia |
| milenium ke-3 |
| Abad |
| Dekad |
| Tahun |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan 2026
2026 (MMXXVI) adalah tahun semasa, dan adalah satu tahun biasa bermula pada hari Khamis pada takwim Gregorius, tahun ke-2026 penggunaan Common Era (CE) dan Tahun Masihi (AD), tahun ke-26 untuk milenium ke-3, tahun ke-26 untuk abad ke-21, dan tahun ke- 7 untuk dekad 2020-an.
Peristiwa
Januari
- Perkhidmatan kenderaan rekreasi (recreational vehicles (RV)) dibenarkan untuk dilesenkan dan dikawal selia bagi kegunaan komersial, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. Langkah itu diambil bagi menyokong minat yang semakin meningkat terhadap segmen pelancongan berasaskan penggunaan kenderaan rekreasi (RV) yang semakin mendapat tempat di seluruh Malaysia.
- Syarikat penerbangan awam milik penuh Sarawak, AirBorneo bakal memulakan operasi penerbangan secara menyeluruh mulai bulan Januari 2026. Selaras dengan slogan utamanya iaitu "Borneo For You", AirBorneo kini sedang merancang untuk memulakan perkhidmatan penerbangan domestik (melibatkan Sibu, Bintulu, Miri, Bario, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Lumpur, dan Pontianak) dan juga perkhidmatan penerbangan serantau (melibatkan Singapura, Jakarta, Bandar Seri Begawan, Manila, Hanoi, Ho Chi Minh City, dan Hong Kong).
Februari
- Pelaksanaan menyeluruh kempen pelancongan dalam negara Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026) yang bermula mulai 1 Februari 2026. Ini merangkumi pelancongan tradisi dan budaya, warisan sejarah negara dan negeri, pelancongan berasaskan perayaan dan sambutan pelbagai kaum, aktiviti pelancongan riadah dan percutian, aktiviti pelancongan yang melibatkan penganjuran acara-acara yang berskala besar, serta penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.
Mac
- Projek pembinaan Jambatan Batang Lupar 2 (Batang Lupar Bridge 2) yang bernilai RM223.6 juta sekaligus bakal menghubungkan antara kawasan bandar Simanggang dengan kawasan Bahagian Betong berjalan lancar, dan dijangka siap sepenuhnya mengikut jadual pada 31 Mac 2026. Jambatan sepanjang 870 meter dengan tinggi pylon 145.5 meter dan ruang pelayaran selebar 200 meter x 23 meter itu akan menjadi mercu tanda baharu di Sri Aman serta mengukuhkan jaringan jalan raya di Koridor Sri Aman–Betong.[1]
- Penaiktarafan Stesen KTM Seremban dijangka siap dalam masa 3 bulan lagi iaitu pada Mac 2026.
April
Mei
Jun
- Kejohanan bola sepak berprestij antarabangsa Piala Dunia FIFA 2026 yang bakal berlangsung serentak di tiga buah negara iaitu Kanada, Amerika Syarikat, dan Mexico. Kejohanan bola sepak ini akan berlangsung mulai 11 Jun 2026 sehingga 19 Julai 2026.
Julai
- Sambutan dan perayaan Hari Sarawak yang ke–63.
Ogos
- Sambutan dan perayaan Hari Kebangsaan yang ke–69.
September
- Sambutan Hari Malaysia yang ke–63.
Oktober
November
- Penganjuran acara perlumbaan motosikal bertaraf antarabangsa MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 30 Oktober 2026 hingga 1 November 2026.
Disember
Peristiwa yang diramalkan dan dijadualkan
Kematian
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
- Oliver Tree
- Gaspi
- Lucas Frota
- Lucas A. Vignale
- Claude Guillemot
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
Rujukan
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.