Perdana Menteri Malaysia
Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri hanya berasal daripada parti UMNO, salah satu parti politik terbesar dalam Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Parti Perikatan hingga 1974). Tetapi pada 2018, jawatan Perdana Menteri disandang oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia, salah satu parti komponen baharu dalam Pakatan Harapan apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 Kabinet Malaysia 2018 atau lebih dikenali sebagai Kabinet Mahathir Ketujuh (Mahathir VII) merupakan kabinet yang pertama dibentuk selain tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) setelah 61 tahun susulan kegagalan parti tersebut untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya ke-14. Susulan krisis politik negara 2020 atau lebih dikenali sebagai Langkah Sheraton, landskap politik telah berubah secara keseluruhan. Kabinet Malaysia 2020 atau lebih dikenali sebagai Kabinet Muhyidin Pertama (Muhyiddin I), merupakan kabinet yang pertama dibentuk melalui pertukaran kerajaan tanpa melalui pilihan raya. Peralihan kuasa ini berlaku berikutan perletakan jawatan secara tiba-tiba oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Muhamad. Kabinet dan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin mendapat tekanan dan tentangan hebat yang mengakibatkan kabinetnya terpaksa dibubarkan sewaktu negara dilanda pendemik COVID 19. Pada tahun 2021, Kabinet Muhyiddin Pertama (Muhyiddin I) telah dibubarkan selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kehilangan sokongan majoriti dari barisan kepemimpinan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Ahmad Zahid Hamidi menyebabkan wujudnya sekali lagi kabinet yang dibentuk melalui pertukaran kerajaan tanpa pilihan raya. Kabinet tersebut dikenali sebagai Kabinet Ismail Sabri Pertama (Ismail Sabri I). Kabinet tersebut tercatat sebagai kabinet kedua di Malaysia yang wujud tanpa melalui pilihan raya. Ia adalah proses normal dalam sebuah sistem demokrasi berparlimen. PelantikanSeorang Perdana Menteri dilantik dari kalangan Ahli Dewan Rakyat Malaysia. Ahli Dewan Negara Malaysia tidak layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Mengikut kelaziman, seorang presiden parti yang mempengerusikan sebuah parti politik gabungan yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya umum akan dicalonkan oleh Ahli Dewan Rakyat Malaysia untuk Yang di-Pertuan Agong memperkenankan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Namun, dalam situasi di mana tiada parti yang memenangi kerusi majoriti, para Ahli Dewan Rakyat perlu mencalonkan beberapa nama untuk dipilih oleh majoriti ahli dewan. Yang di-Pertuan Agong seterusnya akan memperkenankan pelantikan seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat. [2] Bidang kuasaSeorang Perdana Menteri mempunyai hak prerogatif untuk mencalonkan seorang Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara bagi menganggotai Jemaah Menteri yang dibentuk. Beliau akan mempersembahkan senarai nama Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda untuk dilantik sebagai anggota pentadbiran kerajaan. Beliau juga berperanan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, khususnya Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum. Memanggil atau menangguhkan sidang Parlimen juga di bawah kuasa Perdana Menteri. Begitu juga dengan pengisytiharan darurat. Selain daripada itu, beliau juga berperanan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dalam melantik 44 daripada 70 orang Senator dari kalangan Ahli Dewan Negara. Pelantikan hakim mahkamah atasan (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) juga dibuat atas nasihat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang mana beliau akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong. Peguam Negara Malaysia dan Ketua Audit Negara Malaysia juga dilantik atas nasihat seorang Perdana Menteri. Pelantikan Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya bagi Suruhanjaya Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pasukan Polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Kewangan Negara dan Majlis Angkatan Tentera. Yang di-Pertua Negeri juga dilantik atas nasihat seorang Perdana Menteri.[3] Perdana Menteri sementaraBerdasarkan Perkara 55 (3) Perlembagaan Malaysia, Dewan Rakyat, melainkan jika dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan budi bicaranya sendiri atas nasihat Perdana Menteri, boleh meneruskan selama lima tahun dari tarikh pertemuan pertamanya. Perkara 55 (4) Perlembagaan membenarkan penangguhan 60 hari pilihan raya yang akan diadakan dari tarikh pembubaran dan Parlimen hendaklah diberitahu untuk bertemu pada tarikh tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran. Secara konvensyen, antara pembubaran satu Parlimen dan perjumpaan yang akan datang, Perdana Menteri dan kabinet kekal di pejabat dalam kapasiti sementara. Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman (1955-1970)Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Baginda dibantu oleh timbalannya iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein. Era Pentadbiran Tun Abdul Razak (1970-1976)Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Dr. Ismail Al-Haj bin Dato' Haji Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Sir Onn.
Era Pentadbiran Tun Hussein Onn (1976-1981)Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Sir Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.
Era Pentadbiran I Tun Dr. Mahathir (1981-2003)Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri. Antaranya ialah Tun Musa bin Hitam kemudian digantikan oleh Allahyarham Tun Abdul Ghafar bin Baba seterusnya digantikan oleh Dato' Seri Anwar bin Dato' Ibrahim dan akhir sekali adalah digantikan oleh Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Era Pentadbiran Tun Abdullah Badawi (2003-2009)Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya iaitu, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Era Pentadbiran Najib Razak (2009-2018)Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Najib Razak dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia.[4] Beliau dibantu oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian digantikan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Haji Hamidi.
Pada 9 Mei 2018, Najib Razak gagal mempertahankan jawatan Perdana Menteri susulan kegagalan Barisan Nasional membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya ke-14, jawatan telah disandang oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia, salah satu parti komponen baharu dalam Pakatan Harapan dan menyaksikan perubahan landskap politik baharu selepas 61 tahun kerajaan ditadbir oleh parti komponen Barisan Nasional. Era Pentadbiran II Tun Dr. Mahathir (2018-2020)Perdana Menteri Malaysia ke-7 menyaksikan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad kembali menerajui kepimpinan kerajaan yang baharu di bawah parti dan nuansa yang berbeza dengan sebelum ini. Beliau juga mempunyai jumlah bilangan Kabinet Malaysia yang tertinggi daripada semua Perdana Menteri iaitu sebanyak 7 Kabinet. Kabinet Mahathir Ketujuh merupakan Kabinet Malaysia yang dibentuk pada 2018 dianggotai oleh beliau sendiri, Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu, Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail dan juga beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang terdiri daripada parti komponen Pakatan Harapan. Sebagai tambahan kepada Kabinet, pasukan penasihat yang dipanggil "Majlis Penasihat Kerajaan" (Council of Eminent Persons) telah diwujudkan (sehingga mencapai mandat pada 20 Ogos 2018) dan dianggotai oleh: 1. Mantan Menteri Kewangan Malaysia, YABhg. Tun Dr. Daim bin Zainuddin Pada 24 Februari 2020, beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta susulan hilang kepercayaan terhadap anggota kabinetnya sendiri berikutan peristiwa Langkah Sheraton. Peristiwa ini sekali lagi mengubah landskap politik negara apabila Perdana Menteri yang baharu dilantik tanpa pilihan raya umum. Era Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-2021)Perdana Menteri Malaysia ke-8, iaitu Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin. Beliau dilantik setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah selepas desakan pemimpin Pakatan Harapan untuk Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim yang menyebabkan Perdana Menteri ke-7 meletakkan jawatan. Beliau telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia yang terdiri daripada wakil rakyat dari Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Bebas menewaskan Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohamad sendiri. [5] Beliau juga mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai dua kerusi dalam dewan perundangan, iaitu di Dewan Rakyat Malaysia dan di Dewan Negeri Johor dalam masa yang sama. Beliau juga merupakan Perdana Menteri pertama yang dilantik tanpa melalui pilihan raya umum untuk membentuk Kerajaan Perikatan Nasional setelah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14. Kabinet beliau pada awalnya tidak mempunyai Timbalan Perdana Menteri sebaliknya fungsi tersebut diisi oleh 4 orang Menteri yang diberikan nama sebagai Menteri Kanan. Pada 7 Julai 2021, jawatan Timbalan Perdana Menteri diumumkan diisi oleh Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu merupakan Menteri Kanan Pertahanan.[6] Pada 8 Julai 2021, UMNO menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun, ia tidak menjejaskan majoriti sokongan terhadap beliau di Dewan Rakyat Malaysia seperti mana yang telah dijelaskan oleh Peguam Negara Malaysia.[7] Era Pentadbiran Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)Perdana Menteri Malaysia ke-9, iaitu Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Beliau dilantik setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah setelah mendapat majoriti sokongan daripada para Ahli Dewan Rakyat. Ismail juga tidak menamakan seorang Timbalan Perdana Menteri ketika mengumumkan Kabinetnya.[8] Walaupun telah dibuat perjanjian antara beliau dengan Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden BERSATU bagi melantik seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari BERSATU bagi mewakili Perikatan Nasional, namun ianya tidak ditunaikan atas alasan Pilihan Raya Umum Malaysia semakin hampir dan memberikan alasan mempunyai empat orang Menteri Kanan yang diibaratkan sebagai mempunyai empat orang Timbalan Perdana Menteri Malaysia.[9] Antara menteri kanan beliau :
Era Pentadbiran Dato' Seri Anwar Ibrahim (2022-kini)Perdana Menteri Malaysia ke-10, iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau dilantik setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah setelah mendapat majoriti sokongan daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Beliau telah melantik dua orang Timbalan Perdana Menteri, iaitu Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Sri Fadillah Yusof. [10] Sejarah & Senarai Perdana Menteri Malaysia1. Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955-1957)Parti komponen: Parti Perikatan (AP) Parti politik: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
2. Perdana Menteri Malaysia (1957 - kini)Parti komponen: Parti Perikatan (AP) Barisan Nasional (BN) Pakatan Harapan (PH) Perikatan Nasional (PN) Parti politik: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Garis masa
Senarai Pemangku Perdana Menteri MalaysiaParti politik: Parti Perikatan (AP) Barisan Nasional (BN) Perikatan Nasional (PN)
KeistimewaanBekas perdana menteriPerdana menteri biasanya diberikan keistimewaan tertentu setelah meninggalkan pejabat dengan perbelanjaan kerajaan. Bekas perdana menteri terus menjadi tokoh penting negara.
Trivia• Perdana Menteri paling baru-baru ini meninggal dunia ialah Tunku Abdul Rahman (1903–1990), yang meninggal dunia pada 6 Disember 1990. Kini, bekas Perdana Menteri paling tua ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad pada usia 99 tahun. • Mohd Najib Abdul Razak ialah bekas Perdana Menteri yang pertama dihadapkan ke mahkamah serta yang pertama dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan salah guna kuasa. [16] • Dato Sri Ismail Sabri Yaakob ialah bekas Ketua Pembangkang Malaysia pertama yang dilantik sebagai Perdana Menteri. • Dato Seri Anwar Ibrahim ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama pernah menjalani hukuman penjara sebelum kembali ke Parlimen pada tahun 2018 dan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada tahun 2022.[17] KediamanKediaman rasmi bagi Perdana Menteri Malaysia ialah Seri Perdana yang terletak di Presint 10, Putrajaya. PengangkutanKereta rasmiKereta rasmi bagi Perdana Menteri Malaysia ialah Proton Perdana Eksekutif Limousine yang berciri keselamatan dan telah digunakan sejak 2013 lalu.[18] Sejak April 2021, kenderaan bagi Perdana Menteri dan Jemaah Menteri telah ditukar kepada Toyota Vellfire 2.5l bagi menggantikan Proton Perdana Eksekutif Limousine.[19] Pengangkutan udaraTerdapat beberapa pesawat rasmi eksekutif kerajaan yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia, termasuklah Airbus ACJ319-115X (CJ), Airbus ACJ320, Boeing 737-700, Bombardier BD-700-1A10 Global Express, Dassault Falcon 900. Ia termasuk juga dengan helikopter Sikorsky S-70A-30 Blackhawk dan Sikorsky S-70A-34 Blackhawk. Kesemua pesawat rasmi kerajaan ini dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia di Pangkalan TUDM, Subang, Selangor. Disamping itu juga helikopter Agusta Westland AW139 kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia turut digunakan oleh Perdana Menteri. Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
|