31 Mac
| << | Mac | >> | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | ||||
| 2026 | ||||||
31 Mac merupakan hari ke-90 (hari ke-91 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 275 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari César Chávez di pelbagai negeri di Amerika Syarikat;
- Hari Pembebasan di Malta;
Peristiwa

- 1778 - Penjelajah Inggeris James Cook mendarat di Pulau Vancouver dan menuntutnya untuk Great Britain.
- 1854 - Laksamana Pertama Tentera Laut A.S. Matthew C. Perry dan Keshogunan Tokugawa memeterai Perjanjian Kanagawa, memaksa pembukaan pelabuhan-pelabuhan Jepun untuk perdagangan Amerika Syarikat.
- 1889 - Menara Eiffel (gambar) dibuka secara rasmi di Paris.
- 1903 - Pereka New Zealand Richard Pearse dilaporkan terbang sejauh beberapa ratus meter, di dalam salah satu mesin terbang pertama, kira-kira 9 bulan sebelum Wright bersaudara.
- 1917 - Hindia Barat Denmark menjadi Kepulauan Virgin Amerika Syarikat selepas Amerika Syarikat membayar Denmark sebanyak AS$25 juta untuk kepulauan Caribbean itu.
- 1930 - Studio-studio filem Hollywood memperkenalkan Kod Penerbitan untuk mengelakkan penapisan kerajaan.
- 1931 – Sebuah gempa bumi raksasa membinasakan Managua, Nicaragua dan meragut 2,000 nyawa.
- 1942 – Perang Dunia Kedua: Tentera Jepun menyerang Pulau Krismas naungan British.
- 1942 – Holokus di Ivano-Frankivsk (ketika itu bernama Stanislawow), Ukraine barat. Pasukan Gestapo Jerman menganjurkan pengusiran pertama 5,000 orang Yahudi dari ghetto Stanislawow ke kem maut Belzec.
- 1946 – Pilihan raya pertama diadakan di Greece selepas Perang Dunia Kedua.
- 1949 – Dominion Newfoundland menyertai Gabungan Kanada lalu menjadi wilayah ke-10 Kanada.
- 1951 – Remington Rand menghantarkan komputer UNIVAC I pertama kepada Biro Bancian Amerika Syarikat.
- 1959 – Dalai Lama ke-14, Tenzin Gyatso, menyeberangi sempadan ke India lalu diberikan perlindungan politik.
- 1964 – Bermulanya pemerintahan diktator Castello Branco di Brazil.
- 1966 – Kesatuan Soviet melancarkan Luna 10 yang menjadi bolak-balik angkasa lepas pertama yang mengorbit mengelilingi Bulan.
- 1970 – Explorer 1 memasuki semula atmosfera Bumi setelah 12 tahun mengorbit.
- 1970 – Sembilan orang pengganas daripada Tentera Merah Jepun merampas Penerbangan 351 Japan Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, dengan mengacu-acukan pedang samurai dan membawa sebutir bom.
- 1979 – Askar British terakhir meninggalkan Kepulauan Malta. Malta mengisytiharkan Hari Kebebasannya (Jum il-Helsien).
- 1985 – WrestleMania, acara gusti terbesar anjuran WWE, julung kalinya diadakan di Madison Square Garden, New York.
- 1986 – Enam majlis kaunti metropolitan dimansuhkan di England.
- 1991 – Gerakan Perlembagaan Islam, atau Hadas, diasaskan di Kuwait.
- 1991 – Pungutan suara kemerdekaan Georgia 1991: hampir 99% pengundi menyokong kemerdekaan negara mereka daripada Kesatuan Soviet.
- 1992 - USS Missouri, kapal tempur Tentera Laut Amerika Syarikat aktif terakhir, dibersarakan di Long Beach, California.
- 1994 – Evolusi manusia: Jurnal Nature melaporkan penemuan tengkorak Australopithecus afarensis lengkap yang pertama di Habsyah.
- 1995 – Di Corpus Christi, Texas, bintang nyanyian Latina Selena Quintanilla Perez ditembak sampai mati oleh presiden kelab peminat sendiri beliau, Yolanda Saldivar.
- 1998 – Netscape mengeluarkan pangkalan kod pelayarnya mengikut perjanjian lesen sumber terbuka; projek ini diberi nama kod Mozilla, lama-kelamaan menjadi Yayasan Mozilla.
- 2004 – Di Fallujah, Iraq, 4 kontraktor ketenteraan persendirian berbangsa Amerika Syarikat yang bertugas untuk Blackwater USA, diserang hendap, dibunuh lalu dicacat-cacatkan mayatnya.
- 2007 – Di Sydney, Australia, 2.2 juta orang mengambil bahagian dalam sambutan Earth Hour pertama.
- 2011 – Mayotte secara rasmi menjadi jabatan ke-101 Perancis, sebagaimana dipersetujui 95% penduduknya dalam pungutan suara 2009.
Kelahiran
- 1996 - Rayola, penyanyi Minangkabau
- 2004 -
- Redzwan Adha, pelakon lelaki Malaysia
- Putri Jannah Izwandy, pelakon wanita Malaysia
Kematian
- 1993 - Brandon Lee, pelakon dari Amerika Syarikat.
- 1995 - Selena, penyanyi-pencipta lagu A.S.
- 1997 - Stephen Kalong Ningkan, Ketua Menteri Sarawak pertama
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.