Wikimania

Wikimania
Logo Wikimania
StatusActive
LokasiFrankfurt, Jerman (2005)
Cambridge, Massachusetts (2006)
Taipei, Taiwan (2007)
Iskandariah, Mesir (2008)
Buenos Aires, Argentina (2009)
Dirasmikan2005
Dianjurkan oleh
Yayasan Wikimedia
Status pemfailan
Bukan keuntungan
Laman sesawang
http://wikimania2008.wikimedia.org/wiki/Main_Page
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Wikimania merupakan sebuah persidangan untuk pengguna projek wiki yang dijalankan oleh Yayasan Wikimedia. Persidangan pertama diadakan di Frankfurt, Jerman pada Ogos 2005, Persidangan yang kedua dilaksanakan di Boston, Amerika Syarikat pada bulan Ogos 2006 kali ketiga diadakan pada 3–8 Ogos 2007 di Taipei, Taiwan dan kali keempat pula diadakan Iskandariah, Mesir dari 17-19 Julai 2008. Topik yang dibincangkan termasuklah penelitian dan eksperimen tentang Wikipedia dan projek lain yang dijalankan oleh Yayasan Wikimedia, tentang budaya dan teknologi wiki, dan juga tentang dunia pengetahuan bebas.

Kebanyakan sesi dan percakapan menggunakan Bahasa Inggeris, tetapi bahan dari perbincangan juga diterjemahkan ke beberapa bahasa rasmi.

Persidangan

Persidangan Wikimania
Logo Persidangan Tarikh Tempat Kehadiran Arkib pembentangan
Logo persidangan Wikimania 2005, diadakan di Frankfurt, Jerman
Wikimania 2005 Ogos 4–8 Frankfurt, Jerman 380[1] slay, video
Logo persidangan Wikimania 2006, diadakan di Cambridge, Massachusetts
Wikimania 2006 Ogos 4–6 Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat 400[2] slay dan kertas kerja, video
Logo persidangan Wikimania 2007, diadakan di Taipei, Taiwan
Wikimania 2007 Ogos 3–5 Taipei, Taiwan 440[3] Galeri Commons
Logo persidangan Wikimania 2008, diadakan di Iskandariah, Mesir
Wikimania 2008 Julai 17–19 Iskandariah, Mesir 650[4] abstrak, slay, video
Logo persidangan Wikimania 2009, diadakan di Buenos Aires, Argentina
Wikimania 2009 Ogos 26–28 Buenos Aires, Argentina 559[5] slay, video
Logo persidangan Wikimania 2010, diadakan di Gdańsk, Poland
Wikimania 2010 Julai 9–11 Gdańsk, Poland sekitar 500[6] slay
Logo persidangan Wikimania 2011, diadakan di Haifa, Israel
Wikimania 2011 Ogos 4–7 Haifa, Israel 720[7] pembentangan, video
Logo persidangan Wikimania 2012, diadakan di Washington DC, AS
Wikimania 2012 Julai 12–15 Washington, D.C., Amerika Syarikat 1,400[8][9] pembentangan, video
Logo Wikimania 2013
Wikimania 2013 Ogos 7–11 Hong Kong, China 700[10] pembentangan, video
Logo Wikimania 2014
Wikimania 2014 Ogos 6–10 London, United Kingdom 1,762[11] pembentangan, video
Logo Wikimania 2015
Wikimania 2015 Julai 15–19 Bandar Mexico, Mexico 800[perlu rujukan] pembentangan, video
Logo Wikimania 2016
Wikimania 2016 Jun 21–28 Esino Lario, Itali 1,365[12] pembentangan, video
Logo Wikimania 2017
Wikimania 2017 Ogos 9–13 Montreal, Quebec, Kanada 915[13][14] pembentangan, video
Logo Wikimania Cape Town
Wikimania 2018 Julai 18–22 Cape Town, Afrika Selatan lebih 700[15] pembentangan, video
Logo Wikimania Stockholm
Wikimania 2019 Ogos 14–18 Stockholm, Sweden lebih 800[16] pembentangan, video
Wikimania 2020 (dibatalkan) Ogos 5–9 Bangkok, Thailand Dibatalkan berikutan pandemik COVID-19
Logo Wikimania 2021
Wikimania 2021 Ogos 13–17 Persekitaran maya Tidak diketahui pembentangan, video
Logo Wikimania 2022 Wikimania 2022 Ogos 11–14 pembentangan, video
Logo Wikimania Singapura Wikimania 2023 Ogos 15–20 Singapura dan Persekitaran maya 761 secara bersemuka dan lebih 2,105 secara maya[17] pembentangan, video
Logo Wikimania 2024 Wikimania 2024 Ogos 6–10 Katowice, Poland Dianggarkan 1,150 secara bersemuka, lebih 2,200 keseluruhan[18] pembentangan, video
Logo Wikimania 2025 Wikimania 2025 Ogos 5–9 Nairobi, Kenya[19] 776 secara bersemuka dan lebih 1,900 secara maya[20] pembentangan, video
Logo Wikimania 2026
Wikimania 2026 Julai 21–25 Paris, Perancis[21] 1250 secara bersemuka, dan lebih 2,000 secara maya[22] pembentangan, video
Wikimania 2027 Akan diumumkan Santiago, Chile[23]
Peta dunia yang menunjukkan bandar-bandar tuan rumah Wikimania dan negara mereka

2005

Wikimania – the Wikimentary, dokumentari mengenai Wikimania 2005, menampilkan Jimmy Wales dan Ward Cunningham

Wikimania 2005, persidangan Wikimania yang pertama, telah diadakan dari 4 hingga 8 Ogos 2005 di Haus der Jugend di Frankfurt, Jerman, menarik kira-kira 380 peserta.[1]

Minggu persidangan tersebut merangkumi empat "Hari Penggodaman" (Hacking Days), dari 1 hingga 4 Ogos, apabila kira-kira 25 pembangun berkumpul untuk mengusahakan kod dan membincangkan aspek teknikal MediaWiki serta pengurusan projek-projek Wikimedia. Hari-hari utama persidangan tersebut, walaupun dijadualkan dari "4–8 Ogos", adalah pada hari Jumaat hingga Ahad pada minggu berkenaan, iaitu dari 5 hingga 7 Ogos. Sesi pembentangan dijadualkan sepanjang hari dalam tempoh tiga hari tersebut.

Penceramah utama termasuk Jimmy Wales, Ross Mayfield, Ward Cunningham, dan Richard Stallman (yang bercakap mengenai "Hak cipta dan komuniti dalam era rangkaian komputer"). Majoriti sesi dan perbualan dijalankan dalam bahasa Inggeris, walaupun terdapat beberapa sesi dalam bahasa Jerman.

Penaung acara tersebut termasuk Answers.com, SocialText, Sun Microsystems, DocCheck,[24] dan Logos Group.

2006

Peserta berehat untuk makan tengah hari, 2006

Wikimania 2006, persidangan Wikimania yang kedua, telah diadakan dari 6 hingga 8 Ogos 2006 di Pusat Berkman untuk Internet & Masyarakat, Harvard Law School di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat, dengan kira-kira 400[2]–500[25] peserta.

Penceramah termasuk Wales, Lawrence Lessig, Brewster Kahle, Yochai Benkler, Mitch Kapor, Ward Cunningham, dan David Weinberger. Dan Gillmor telah mengendalikan sebuah unconference kewartawanan rakyat pada hari berikutnya.

Ucap utama Wales telah diliput oleh Associated Press, dan dicetak dalam pelbagai akhbar di seluruh dunia. Beliau menceritakan bagaimana Yayasan itu berkembang daripada beliau yang "duduk memakai baju tidur" kepada struktur korporat yang semakin matang; dorongan berterusan untuk kualiti berbanding kuantiti; Wikipedia akan disertakan pada komputer yang diedarkan melalui One Laptop per Child; kedua-dua Wikiversity dan penubuhan lembaga penasihat telah diluluskan oleh lembaga Yayasan; serta Wiki-WYG sedang dalam pembangunan hasil pelaburan swasta oleh Wikia, Inc. dan Socialtext.[26]

Answers.com merupakan penaja utama Wikimania 2006, manakala Amazon.com, Berkman Center for Internet & Society di Harvard Law School, Nokia, WikiHow menjadi penaja peringkat Dermawan (Benefactors), Wetpaint, Ask.com, Yahoo!, dan Socialtext sebagai penaja peringkat Rakan (Friends), manakala IBM, FAQ Farm, Elevation Partners, One Laptop per Child, dan Sunlight Foundation menjadi penaja peringkat Penyokong persidangan tersebut.[27]

Tiga pasukan lain telah mengemukakan bidaan tuan rumah bagi bandar London, Milan, Boston, dan Toronto; hanya Toronto dan Boston yang diluluskan ke pusingan pertimbangan kedua oleh penganjur Wikimania. Bagi kes Toronto, acara tersebut sepatutnya dihoskan di Bahen Centre, Universiti Toronto.

2007

Sidang akhbar Chunghwa Telecom, penaja Wikimania 2007

Seperti yang diumumkan pada 25 September 2006, Wikimania 2007,[28] persidangan Wikimania yang ketiga, telah diadakan dari 3 hingga 5 Ogos 2007 di Taipei, Taiwan. Ia merupakan acara Wikimania pertama yang menganjurkan kursus latihan sukarelawan.[29]

Tiga pasukan lain telah mengemukakan bidaan tuan rumah bagi bandar London, Iskandariah, dan Turin. Bidaan untuk Hong Kong, Singapura, Istanbul, dan Orlando gagal masuk ke senarai pendek.[30] Pemenang telah diumumkan pada 25 September 2006.[28]

Pada 3 Ogos 2007, wartawan New York Times, Noam Cohen menulis: "Persidangan ini telah menarik kira-kira 440 peserta, lebih sedikit separuh daripadanya dari Taiwan, yang ingin mendalami idea dan isu yang timbul semasa menghasilkan ensiklopedia yang ditulis sepenuhnya oleh sukarelawan selama tiga hari.[3] Bengkel yang dijalankan merangkumi topik praktikal seperti cara bekerjasama secara aman; sejauh mana kepentingan yang perlu diberikan kepada 'kepakaran' dalam projek yang diraikan kerana membenarkan sesiapa sahaja menyumbang, termasuk penyunting tanpa nama".[3]

2008

Gambar kumpulan 2008

Wikimania 2008, persidangan Wikimania yang keempat, telah diadakan dari 17 hingga 19 Julai 2008 di Bibliotheca Alexandrina di Iskandariah, Mesir, dengan 650 peserta dari 45 buah negara.[4] Iskandariah merupakan lokasi perpustakaan antik Perpustakaan Iskandariah.[31] Tiga bandar yang dicadangkan bertanding pada peringkat akhir, di mana dua lagi ialah Atlanta dan Cape Town. Cadangan untuk Karlsruhe, London dan Toronto juga telah dikemukakan tetapi ditarik balik kemudiannya. Terdapat kontroversi mengenai persidangan itu, serta gertakan untuk memulaukan Wikimania 2008 disebabkan dakwaan penapisan oleh kerajaan Mesir dan pemenjaraan pematut (blogger) pada zaman Mubarak.[32][33] Mohamed Ibrahim, seorang graduan Universiti Iskandariah yang berusaha membawa persidangan tersebut ke Iskandariah, memberitahu BBC, "Saya fikir kita berhak untuk berkembang dan mewujudkan kebebasan bersuara dalam skala yang lebih besar."[34] Salah satu matlamat beliau adalah untuk membantu membesarkan Wikipedia Bahasa Arab yang disumbanginya sejak awal tahun 2005. Seorang menteri kabinet Mesir telah berucap pada majlis pembukaan mewakili Mubarak.[31]

2009

Gambar kumpulan 2009

Persidangan Wikimania kelima telah diadakan di Centro Cultural General San Martín dari 26 hingga 28 Ogos 2009 di Buenos Aires, Argentina, dengan 559 peserta.[35] Bandar tersebut dipilih berbanding bidaan lain dari Brisbane, Karlsruhe, dan Toronto.

Dengan ucaptama daripada Richard Stallman dan Jimmy Wales, persidangan itu turut merangkumi Kodaton Wikimania (hackathon) serta mesyuarat tidak rasmi cawangan-cawangan Wikimedia (Chapters). Ia dianjurkan dalam dua skop: trek Kasual dan Akademik, di mana setiap satu merangkumi empat tema yang sama: Komuniti Wikimedia, Pengetahuan Bebas, Cabaran Amerika Latin, dan Infrastruktur Teknologikal.

2010

Jimmy Wales menyampaikan ucapan utama, 2010.

Persidangan Wikimania keenam telah diadakan dari 9 hingga 11 Julai di Filharmonik Baltik Poland di Gdańsk, Poland. Hari permulaan pada 9 Julai bertembung dengan penamat persidangan akademik WikiSym. Bidaan untuk Amsterdam dan Oxford tewas dengan jurang yang kecil.[6] Wikimania 2010 merupakan persidangan pertama yang memberi fokus besar kepada aspek kebudayaan negara tuan rumah, terutamanya konsert orkestra filharmonik bagi merayakan ulang tahun ke-10 kematian komposer kontemporari Poland yang terkemuka Władysław Szpilman dan tayangan perdana filem Truth in Numbers?. Pada persidangan tersebut, pengarah eksekutif WMF Sue Gardner menyatakan bahawa yayasan itu menyasarkan untuk meningkatkan jumlah pelawat ke laman-laman Wikimedia daripada 371 juta kepada 680 juta sebulan dalam tempoh lima tahun akan datang.

2011

Gambar kumpulan 2011

Wikimania 2011, persidangan Wikimania ketujuh, telah diadakan dari 4 hingga 7 Ogos 2011 di Haifa, Israel.[36] Lokasi persidangan tersebut ialah Auditorium Haifa dan pusat kebudayaan Beit Hecht bersebelahan di Gunung Carmel. Penceramah utama persidangan itu termasuk Yochai Benkler, ahli felo di Pusat Berkman untuk Internet dan Masyarakat di Universiti Harvard dan Joseph M. Reagle Jr. dari MIT, pengarang Good Faith Collaboration: The Culture of Wikipedia.[37] Ketua Jawatankuasa Sains dan Teknologi di Knesset, Meir Sheetrit, turut berucap pada persidangan itu, begitu juga Yonah Yahav, Datuk Bandar Haifa.[38] Salah satu penaja acara tersebut ialah Universiti Haifa.[39] Persidangan itu menampilkan 125 sesi dalam lima trek serentak dan dihadiri oleh 720 ahli Wikimedia[36] dari 56 buah negara berbeza,[38] termasuk beberapa negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.[40]

Dalam satu temu bual dengan Haaretz, Wales menyedari terdapat gesaan pemulauan terhadap persidangan di Israel itu, sepertimana yang pernah berlaku semasa penganjuran di Mesir pada tahun 2008. Beliau berkata bahawa walaupun terdapat konflik dalam kalangan penyunting berkenaan konflik Israel-Palestin, dan usaha oleh kumpulan pro-Israel untuk merekrut lebih ramai penyunting Wikipedia, beliau percaya rencana-rencana Wikipedia secara keseluruhannya kekal berkecuali dalam topik tersebut; beliau menyatakan "NPOV (sudut pandang berkecuali) adalah tidak boleh dirunding."[41]

Pengarah Eksekutif Wikimedia Foundation, Sue Gardner bercakap pada persidangan itu mengenai minda bersifat Kebarat-baratan dan didominasi lelaki yang mencirikan Wikipedia.[42] Pada penghujung majlis penutupan 7 Ogos, Wales telah dihadiahkan sampul surat hari pertama bagi setem pos berkaitan Wikimedia yang pertama dalam sejarah,[36] yang dikeluarkan oleh perkhidmatan pos Israel sempena meraikan acara tersebut.[43] Antara projek baharu yang dibincangkan ialah kerjasama dengan institusi kebudayaan seperti galeri, perpustakaan, arkib dan muzium (GLAM).[44]

Selepas persidangan itu, para peserta telah ditawarkan lawatan percuma ke Haifa, Baitulmuqaddis, Nazaret atau Acre. Shay Yakir, pengerusi Wikimedia Israel yang bakal tamat tempoh perkhidmatan, berkata bahawa bagi Israel, menganjurkan persidangan di Haifa adalah seperti menjadi tuan rumah Sukan Olimpik.[45]

Rujukan

  1. ^ a b Halaman Utama – Wikimania 2005. wikimedia.org
  2. ^ a b "The Many Voices of Wikipedia, Heard in One Place". New York Times. Ogos 7, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada April 20, 2017. Dicapai pada Februari 23, 2017.
  3. ^ a b c "In Taipei, Wikipedians Talk Wiki Fatigue, Wikiwars and Wiki Bucks" Diarkibkan 2011-07-24 di Wayback Machine. New York Times. Noam Cohen, Saul Hansell (ed). Ogos 3, 2007.
  4. ^ a b James Gleick, Wikipedians Leave Cyberspace, Meet in Egypt Diarkibkan Mac 8, 2018, di Wayback Machine, Wall Street Journal, Ogos 8, 2008.
  5. ^ 2009 Wikimedia.org
  6. ^ a b Laman Wikimania 2010 – Peserta. wikimedia.org.
  7. ^ "Wikimania 2011 in Haifa". Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 7, 2010. Dicapai pada September 19, 2011.
  8. ^ "Annual Report for Fiscal Year 2011–12". WikimediaDC. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 30, 2013. Dicapai pada April 30, 2013.
  9. ^ "Wikimania 2012". groundreport. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 6, 2013. Dicapai pada April 30, 2013.
  10. ^ "[Wikimania-l] 2013 attendance figures?". wikimedia.org. Diarkibkan daripada yang asal pada November 22, 2018. Dicapai pada Mac 29, 2015.
  11. ^ "[Wikimania-l] Wikimania 2014". wikimedia.org. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 25, 2016. Dicapai pada Mac 29, 2015.
  12. ^ "Il bilancio di Wikimania a Esino: Oltre 1200 presenze, di 70 nazioni". La Provincia di Lecco (dalam bahasa Itali). Jun 27, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 28, 2016. Dicapai pada Jun 28, 2016. Laporan Wikimania Esino Lario https://meta.wikimedia.org/wiki/Wikimania_2016_bids/Esino_Lario Diarkibkan April 29, 2015, di Wayback Machine.
  13. ^ "Wikipedia founder kicks off Montreal Wikimania by urging net neutrality". Ogos 11, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 15, 2017. Dicapai pada September 26, 2017.
  14. ^ "Wikipedia conference comes to Montreal for first time". Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 20, 2017. Dicapai pada September 26, 2017.
  15. ^ "#Wikimania2018 Conference: One on one with Wikipedia Founder Jimmy Wales". www.iol.co.za. Diarkibkan daripada yang asal pada November 9, 2020. Dicapai pada November 10, 2020.
  16. ^ Harrison, Stephen (Ogos 16, 2019). "Wikipedia's Parent Organization Wants to Save the World". Slate Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 16, 2019. Dicapai pada November 10, 2020.
  17. ^ Wikimania Core Organizing Team and Wikimedia Foundation Movement Communications (Januari 30, 2024). "Wikimania 2023: Evaluation". Wikimania wiki (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Ogos 20, 2023.
  18. ^ "Coverage of Wikimania Katowice travels around the world". Diff (dalam bahasa Inggeris). 2024-09-24. Dicapai pada 2025-07-31.
  19. ^ COT, Wikimania 2025; Committee, Wikimania Steering (Julai 24, 2024). "Wikimania East Africa – 2025 in Nairobi, Kenya". Diff. Dicapai pada Julai 31, 2024.
  20. ^ AEira-WMF, Movement Communications Specialist (2025-10-01). "Coverage of Wikimania Nairobi: From East Africa to the World". Diff (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-12.
  21. ^ Committee, Wikimania Steering; Pourzaki, Mehrdad (September 24, 2023). "Announcing the Locations of Wikimania 2025 and 2026". Diff. Dicapai pada Juli 31, 2024. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  22. ^ Foundation, Wikimedia (2026-07-25). "Wikimania 2026: The joy of contributing". Diff (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-07-28.
  23. ^ Committee, Wikimania Steering (November 4, 2025). "Wikimania 2027 location announcement". Dicapai pada November 4, 2025.
  24. ^ DocCheck Medical Services GmbH. "Europe's biggest community for healthcare professionals – DocCheck". DocCheck. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 30, 2008. Dicapai pada Jun 4, 2008.
  25. ^ "The neutrality of this article is disputed". Reason Magazine. Ogos 15, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada September 3, 2009. Dicapai pada Juli 19, 2011. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  26. ^ Jimmy Wales' plenary speech at Wikimania 2006 Diarkibkan Oktober 20, 2013, di Wayback Machine (MP3). supload.com.
  27. ^ Wikimania 2006: Sponsors. wikimedia.org.
  28. ^ a b Wikimania 2007. wikimedia.org.
  29. ^ "Volunteer Training 2006". wikimedia.org.
  30. ^ "Talk:Wikimania 2007 Bid List". Wikimedia.org.
  31. ^ a b Noam Cohen, Wikipedia Goes to Alexandria, Home of Other Great Reference Works Diarkibkan Jun 4, 2012, di Wayback Machine, New York Times, Juli 17, 2008.
  32. ^ "Is there a boycott of Wikimania 2008?" Diarkibkan Mei 19, 2011, di Wayback Machine. Los Angeles Times. Juli 2008.
  33. ^ "In Egypt, Wikipedia is more than hobby" Diarkibkan Ogos 3, 2008, di Wayback Machine. International Herald Tribune. Juli 21, 2008.
  34. ^ Spreading the wiki footprint , BBC, Juli 23, 2008.
  35. ^ "Wikimania". wikimedia.org. Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 14, 2015. Dicapai pada Oktober 25, 2015.
  36. ^ a b c Wikimania 2011. wikimedia.org.
  37. ^ Avigayil Kadesh (Juli 14, 2011). "Israel hosts Wikimania 2011". mfa.gov.il. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Israel. Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 16, 2012. Dicapai pada Oktober 2, 2011. Check date values in: |date= (bantuan)
  38. ^ a b Levin, Verony (Ogos 5, 2011). "Wikimania Conference at Its Peak; Founder Jimmy Wales to Speak Tomorrow". TheMarker (dalam bahasa Ibrani). Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 6, 2011. Dicapai pada Ogos 12, 2011.
  39. ^ "Wikimania 2011-Haifa". University of Haifa. Ogos 7, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 31, 2012. Dicapai pada Oktober 29, 2012.
  40. ^ Wikimania hits Israel as conference opens Diarkibkan 2015-07-12 di Wayback Machine. The Jewish Chronicle (Ogos 5, 2011). Dicapai pada April 20, 2012.
  41. ^ Aliyana Traison, Wikipedia founder: Israel-Palestine is heavily debated, but we're vigilant on neutrality Diarkibkan Mei 29, 2012, di Wayback Machine, Haaretz, Ogos 5, 2011.
  42. ^ "When Knowledge Isn't Written, Does It Still Count?". The New York Times. Ogos 8, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada September 4, 2017. Dicapai pada Februari 17, 2017.
  43. ^ "Israel Philatelic Federation". Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 20, 2013. Dicapai pada Juli 11, 2015. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  44. ^ Yaron, Oded. (April 2, 2008) Wikipedia leaders outline their vision as conference opens in Haifa Diarkibkan Ogos 12, 2011, di Wayback Machine. Haaretz.com. Dicapai pada April 20, 2012.
  45. ^ El-Chai, Lior (Mei 8, 2011). "Haifa hosts Wikimania conference". Ynetnews. Diarkibkan daripada yang asal pada Juli 14, 2017. Dicapai pada Februari 17, 2017. Check date values in: |archive-date= (bantuan)

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.