Wikibuku
Jenis tapak | wiki buku teks |
|---|---|
| Tersedia dalam | Nekabahasa (77 aktif)[1] |
| Pemilik | Yayasan Wikimedia |
| Dicipta oleh | Pengguna Karl Wick dan Komuniti Wikimedia |
| URL | wikibooks |
| Komersial | Tidak |
| Pendaftaran | Pilihan |
| Dilancarkan | 10 Julai 2003 |
| Status semasa | Aktif |
Wikibuku (bahasa Inggeris: Wikibooks, sebelum ini dipanggil Projek Buku Teks Bebas Wikimedia (bahasa Inggeris: Wikimedia Free Textbook Project) dan Wikimedia-Buku Teks (bahasa Inggeris: Wikimedia-Textbooks)) ialah sebuah projek Wikimedia berasaskan wiki yang dikelola oleh Yayasan Wikimedia bagi penciptaan buku teks dan teks beranotasi digital kandungan bebas yang boleh disunting oleh sesiapa.[2]
Pada mulanya, projek ini dicipta sepenuhnya dalam bahasa Inggeris pada Julai 2003; kemudian berkembang untuk memasukkan penambahan bahasa bermula Julai 2004.[3] Setakat Jun 2024[kemas kini], terdapat laman aktif Wikibuku bagi 77 bahasa[1] merangkumi sejumlah 362,811 rencana dan 1,437 orang penyunting aktif semasa
Sejarah
Domain wikibooks.org didaftarkan pada 19 Julai 2003.[4] Ia dilancarkan untuk menjadi tapak dan membina buku teks bebas bagi bidang-bidang seperti kimia organik dan fizik, sebagai maklum balas kepada permintaan seorang penyumbang Wikipedia Karl Wick.[5][6] Dua subprojek utama, Wikijunior dan Wikiversiti, dicipta di Wikibuku sebelum dasar rasminya kemudian berubah yang akan datang menjadi projek jenis pengeram dimulakan mengikut dasar projek baharu Yayasan Wikimedia.[penjelasan diperlukan]
Pada Ogos 2006, Wikiversiti menjadi projek Yayasan Wikimedia yang mandiri.[7]
Sejak 2008, Wikibuku termasuk dalam BASE.[8]
Pada Jun 2016, Compete.com menganggarkan Wikibuku mempunyai 1,478,812 pengunjung tersendiri.[9]
Kandungan buku
Sesetengah buku ialah asli, sesetengah yang lain dimulakan sebagai sebuah teks yang disalin daripada sumber buku teks kandungan bebas yang lain yang ditemui di Internet. Semua kandungan laman tersebut dikeluarkan di bawah Lesen Atribusi Perkongsian Serupa Creative Commons (atau sebuah lesen seumpamanya). Ini bermakna, semaseperti projek kembarnya yang lain, Wikipedia, sumbangan kekal berhakmilik kepada penciptanya, sementara perlesenan ini bagi memastikan ia bebas disebarkan dan digunakan mengikut syarat-syarat tertentuز.

Wikibuku berbeza daripada Wikisumber, dengan maksud Wikisumber mengumpul salinan dan terjemahan asli sesebuah karya kandungan bebas yang ada, seperti teks asal pementasan Shakespeare, sementara Wikibuku bertumpu pada karya asli, versi pindaan karya sedia ada, atau olahan atau anotasi karya asli.
Statistik nekabahasa
Setakat Jun 2024[kemas kini], terdapat laman Wikibuku bagi 122 bahasa dengan 77 laman aktif dan 45 telah ditutup.[10] Laman aktif mempunyai 362,811 rencana dan laman ditutup mempunyai 671 rencana.[11] Terdapat 4,930,194 pengguna berdaftar dengan 1,437 yang aktif.[11]
Sepuluh laman projek bahasa Wikibuku teratas mengikut pengiaraan rencana utama:[11]
| No. | Bahasa | Wiki | Baik | Jumlah | Suntingan | Penyelia | Pengguna | Pengguna aktif | Fail |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2 | Vietnam | vi | 49,900 | 90,620 | 509,758 | 2 | 18,353 | 14 | 1,009 |
| 3 | Hungary | hu | 41,653 | 100,065 | 470,395 | 3 | 14,958 | 20 | 21,358 |
| 4 | Jerman | de | 31,529 | 77,957 | 1,031,195 | 8 | 112,049 | 76 | 7,825 |
| 5 | Perancis | fr | 20,069 | 57,561 | 718,808 | 7 | 118,053 | 48 | 169 |
| 6 | Itali | it | 17,379 | 38,482 | 455,068 | 3 | 51,207 | 166 | 774 |
| 7 | Jepun | ja | 14,934 | 28,465 | 249,837 | 4 | 83,318 | 53 | 430 |
| 8 | Portugis | pt | 13,637 | 80,478 | 493,857 | 3 | 69,325 | 38 | 1,031 |
| 9 | Sepanyol | es | 9,282 | 39,123 | 415,599 | 9 | 123,756 | 48 | 0 |
| 10 | Belanda | nl | 9,095 | 29,455 | 387,773 | 8 | 28,397 | 21 | 21 |
Untuk senarai lengkap bersama jumlah, lihat Sttaistik Wikimedia.[12]
Baca juga
Rujukan
- ^ a b Wikimedia's MediaWiki API:Sitematrix. Retrieved Ogos 2026 from Data:Wikipedia statistics/meta.tab
- ^ Wikimedia's MediaWiki API:Siteinfo. Retrieved Ogos 2026 from Data:Wikipedia statistics/data.tab
- ^ "Wikibooks Statistics - Article count (official)". Wikimedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2019. Dicapai pada 28 January 2018.
- ^ "Wikibooks.org Whois Record". DomainTools, LLC. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 January 2022. Dicapai pada 22 January 2013.
- ^ "Talk:Science Hypertextbook project". Wikimedia Meta-Wiki. Wikimedia Foundation. June 23, 2003. Dicapai pada October 1, 2022.
- ^ Wick, Karl (June 17, 2003). "a spot for WP textbook devel". Wikimedia Foundation. https://lists.wikimedia.org/hyperkitty/list/[email protected]/thread/CYNWNQMHZTBDWXLJEGEARN3AAQAP2V4L/. Diperolehi October 1, 2022.
- ^ "Wikipedia, now serving K-12 and over". Mental Floss (dalam bahasa Inggeris). 2006-08-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-28. Dicapai pada 2019-09-28.
- ^ "Wikibooks: Viquillibres: Portada". Bielefeld Academic Search Engine. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2022. Dicapai pada 15 January 2018.
- ^ "Site Profile for wikibooks.org". compete. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-08. Dicapai pada July 19, 2016.
- ^ Wikimedia's MediaWiki API:Sitematrix. Retrieved Ogos 2026 from Data:Wikipedia statistics/meta.tab
- ^ a b c Wikimedia's MediaWiki API:Siteinfo. Retrieved Ogos 2026 from Data:Wikipedia statistics/data.tab
- ^ "Wikibooks Statistics". Meta.Wikimedia.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 11 September 2020.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.