Tugou

Tugou
Seekor anjing desa China
Negara asalChina
Trait
Berat 25–32 kg (55–71 lb)
Tinggi 39–73 cm (15–29 in)
Warna Perang, putih, hitam
Anjing (Canis lupus familiaris)

Tugou[a] ialah kelompok anjing pelbagai yang asli di China dan masih banyak di seluruh negara ini kini. Seperti namanya, ia merujuk mana-mana daripada pelbagai baka anjing primitif jenis spits yang asli di China. Beberapa landrace serta baka beriktiraf dianggap sebagai tugou, termasuk anjing desa China atau anjing pastoral China,[b] anjing Chongqing, cau-cau, anjing pemburu Liangshan, shar pei, anjing Tang, dan anjing Xiasi.[1][2]

Sejarah

Tugou dipercayai telah ber-evolusi daripada serigala dan telah dibelajinakkan oleh orang Cina Han ikutan penghijrahan mereka, lalu tertabur secara meluas ke seluruh China.[3] Tugou mempunyai kepelbagaian genetik jelas-jelas lebih tinggi berbanding dengan populasi lain, yang menunjukkan bahawa ia mungkin merupakan kelompok basal yang berkaitan dengan pencapahan anjing daripada serigala.[4]

Nabi China Xiulan menyatakan pada tahun 400 SM bahawa tugou ialah anjing Ibu Pertiwi.[5]

Penampilan

Anjing Chongqing

Walaupun tugou berbeza-beza dalam banyak cara, ia pada umumnya mengongsi satu set perwatakan seragam: binaan sederhana tegap, telinga mencucuk, mata berbentuk badam, ekor sabit, naluri perburuan tajam, dan dikembangkan sebagai landrace.[1]

Catatan

  1. ^ Jawi: توݢو; Cina: 土狗; pinyin: tǔgǒu
  2. ^ Jawi: انجيڠ ديسا چينا, انجيڠ ڤستورل چينا; Cina ringkas: 中华田园犬; Cina tradisional: 中華田園犬; pinyin: Zhōnghuá tiányuán quǎn

Rujukan

  1. ^ a b Coggins, Christopher Reed (30 September 2002). The Tiger and the Pangolin: Nature, Culture, and Conservation in China [Harimau Belang dan Tenggiling: Alam, Budaya, dan Pemuliharaan di China] (dalam bahasa Inggeris). Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat: University of Hawaiʻi Press. m/s. 226. ISBN 9780824825065. OCLC 49375599.
  2. ^ "Chinese Dog Breeds – Top List, Origins, Specificities & Prices" [Baka Anjing China – Senarai Teratas, Asal Usul, Kekhususan, dan Harga] (dalam bahasa Inggeris). Breeding Business. 1 Januari 2020. Dicapai pada 7 Ogos 2025.
  3. ^ Wang, Jing (26 Jun 2014). "中华田园犬土得很有个性(图)" (dalam bahasa Cina). 华商报. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2018. Dicapai pada 7 Ogos 2025.
  4. ^ Wang, Guodong; Zhai, Weiwei; Yang, Hechuan; Wang, Lu; Zhong, Li; Liu, Yanhu; Fan, Ruoxi; Yin, Tingting; Zhu, Chunling; Poyarkov, Andrey Dmitrievich; Irwin, David Michael; Hytönen, Marjo Kristiina; Lohi, Hannes Tapani; Wu, Chung-I; Savolainen, Carl Peter Olavi; Zhang, Yaping (15 Disember 2015). "Out of southern East Asia: the natural history of domestic dogs across the world" [Keluar dari Asia Timur selatan: sejarah semula jadi anjing bela jinak merentasi dunia]. Cell Research (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 26 (1): 21–33. Bibcode:2016CelRe..26...21W. doi:10.1038/cr.2015.147. ISSN 1748-7838. PMC 4816135. PMID 26667385. S2CID 18577483.
  5. ^ Liu, Ying (Jun 2020). Food, workers, companions : a gendered analysis of human-dog relations in Yulin, China [Makanan, pekerja, teman: analisis bergender bagi hubungan manusia–anjing di Yulin, China] (PhD) (dalam bahasa Inggeris). Warwick, United Kingdom: Universiti Warwick.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.