Klee kai Alaska

Klee kai Alaska
Seekor klee kai Alaska piawai
Nama lainKlee kai
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat Mainan: sehingga 9 lb (4.1 kg);
Katik: 10–15 lb (4.5–6.8 kg);
Piawai: 16–22 lb (7.3–10.0 kg)
Tinggi Mainan: sehingga 13 in (33 cm);
Katik: 13–15 in (33–38 cm);
Piawai: 15–17 in (38–43 cm)
Bulu Piawai atau berlapis bulu penuh
Warna Hitam dan putih, kelabu dan putih, merah dan putih, putih metah
Saiz perinduk 1–5 ekor anak anjing
Anjing (Canis lupus familiaris)

Klee kai Alaska[a] ialah satu baka anjing jenis spits Amerika yang dikembangkan pada lewat abad ke-20 sebagai anjing bersaiz pendamping yang menyerupai malamut Alaska dan husky Siberia yang lebih besar.[1] Ia merupakan anjing bertenaga dan cerdas dengan penampilan yang mencerminkan warisan utaranya. Melalui pembiakbakaan dalam tiga saiz, julat beratnya ialah 5–22 paun (2.3–10.0 kg) sebagai dewasa, bergantung pada keragamannya, sama ada piawai, mainan, atau katik.[2]

Sejarah

Nama klee kai berpunca daripada frasa Athabaska yang memaksudkan "anjing kecil".[3] Baka ini pada asalnya dikembangkan di Alaska oleh Linda Spurlin pada tahun 1970-an.[3] Baka ini diwujudkan dengan menggunakan husky Alaska, sejumlah kecil husky Siberia, sejumlah lebih besar sedikit daripada anjing Eskimo Amerika, dan sesetengah schipperke.[3] Spurlin menuruti nasihat saudaranya untuk "membiakbakakan yang terbaik dan menakai selebihnya" untuk mewujudkan baka ini.[3]

Perihal

Perangai rata-rata klee kai Alaska adalah ingin tahu, tangkas, menyendiri, dan cerdas. Ia dapat menjadi begitu cerdas sehingga dapat menjadi degil, yang dianggap sebagai trait yang tidak diingini. Ia cemerlang dalam ketangkasan dan, walaupun ia merupakan anjing kecil, ia bertulang tebal dan dapat menahan lompatan tinggi. Saiz kecilnya dapat memberikan kelebihan kepada pelatihan ketangkasan yang membolehkannya bergerak dengan mudah dan anggun.

Ia terdapat dengan sebarang cahaya warna daripada tiga warna: merah dan putih, hitam dan putih, dan kelabu dan putih. Sebarang warna padu pada klee kai Alaska mungkin menyingkirkan anjing daripada gelanggang pertunjukan dan program pembiakbakaan, seperti yang ternyata dalam piawaian baka.[4]

Ketiga-tiga saiz klee kai Alaska merupakan: mainan, katik, dan piawai.

Klee kai Alaska mainan dapat mencapai ketinggian sehingga 13 inci (33 cm) dan berukuran lebih ringan daripada 10 paun (4.5 kg). Klee kai katik dapat berukuran setinggi 13–15 inci (33–38 cm) dan seberat 10–15 paun (4.5–6.8 kg). Klee kai Alaska saiz piawai pula dapat berukuran setinggi 15–17 inci (38–43 cm) (17–17.5 inci (43–44 cm) masih dianggap sebagai klee kai Alaska saiz piawai, tetapi merupakan kecacatan) dan seberat 15–20 paun (6.8–9.1 kg). Julat berat spesifik disertakan dalam Piawaian-piawaian Asli AKKAOA 1993, tetapi semakan-semakan susulan hanya mensyaratkan berat yang berperkadaran dengan ketinggian anjing.

Klee kai Alaska terdedah kepada katarak juvenil, penyakit hati, kekurangan faktor VII, dan masalah jantung.[5] Masalah tiroid juga telah diperhatikan.[6] Oleh sebab usia agak muda baka ini pada umumnya, terdapat kemungkinan bahawa masa tidak cukup telah berlalu untuk sepenuhnya menentukan prevalens penyakit genetik pada baka ini, namun baka ini dipercayai agak sihat.[perlu rujukan]

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: کلي کاي السکا; bahasa Inggeris: Alaskan klee kai

Rujukan

  1. ^ "ALASKAN KLEE KAI" [KLEE KAI ALASKA] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. 1 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mac 2013. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  2. ^ "FAQ" [Soalan Lazim] (dalam bahasa Inggeris). Alaskan Klee Kai Association of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2013. Dicapai pada 11 Julai 2013.
  3. ^ a b c d Spurlin, Linda S. "The World of the Alaskan Klee Kai" [Dunia Klee Kai Alaska] (dalam bahasa Inggeris). Alaskan Klee Kai Association of America. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  4. ^ "Official Standard of the Alaskan Klee Kai" [Piawaian Rasmi Klee Kai Alaska] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 20 September 2025.
  5. ^ Tilley, Larry P.; Smith, Francis W. K., penyunting (21 September 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult: Canine and Feline [Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-5). Chichester, West Sussex, United Kingdom: Wiley-Blackwell. ISBN 9780813807638. OCLC 708544378.
  6. ^ "Alaskan Klee Kai Health Problems" [Masalah Kesihatan Klee Kai Alaska] (dalam bahasa Inggeris). helloBARK!. 13 November 2018. Dicapai pada 31 Mac 2024.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.