Protein

Gambaran 3D protein mioglobin berstruktur α-heliks (diberi warna toska). Mioglobin adalah protein pertama yang strukturnya berhasil diketahui melalui kristalografi sinar-X. Di bahagian kanan tengah, di antara berbagai lilitan, terdapat kelompok tercantum disebut heme (kelabu) dan sebuah molekul oksigen (merah) yang diikat. kelompok prostetik

Protein (Jawi: ڤروتين) terdiri daripada karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Terdapat sebahagian protein juga mempunyai unsur fosforus dan sulfur. Ikan, susu, daging, kekacang (kacang tanah dan kacang soya) dan putih telur kaya dengan protein. Protein dapat membina tisu badan, enzim dan hormon. Kekurangan protein dalam pemakanan membantutkan tumbesaran tubuh badan.

Protein membentuk sebahagian besar struktur di dalam sel termasuklah sebagai enzim dan pigmen pernafasan. Protein dibentuk dari percantuman unit asas yang dikenali sebagai asid amino.

Protein boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu protein serat yang banyak bergantung kepada struktur sekunder terdiri dari bentuk protein asas boleh disalin berulang kali. Manakala bentuk kedua ialah protein glob (enzim dan antibodi) yang banyak bergantung kepada interaksi struktur tertier. Terdapat 20 jenis asid amino yang digunakan untuk membentuk rantaian polipeptida (protein). Fungsi, bentuk, saiz dan jenis protein akan ditentukan oleh jenis, bilangan dan taburan asid amino yang terdapat di dalam struktur tersebut.

Percantuman beberapa asid amino dinamakan tindak balas pemeluwapan dengan dicirikan berlakunya pembentukan ikatan peptida dan pembentukan molekul air. Percantuman ini akan menghasilkan rantaian peptida yang lebih dikenali sebagai polipeptida dengan mempunyai dua hujung rantaian yang berbeza sifatnya.

Protein berhujung kumpulan amino dikenali sebagai terminal N (amino) dan hujung yang mempunyai kumpulan karboksil dikenali sebagai terminal N. penyambungan rantaian asid amino ini memerlukan tenaga yang tinggi dan ketepatan turutan asid amino dalam rantaian ini pula bergantung kepada koordinasi di antara mRNA dan tRNA.

Protein yang dibentuk dengan hanya menggunakan satu polipeptida dinamakan sebagai protein monomer dan yang dibentuk oleh beberapa polipeptida contohnya hemoglobin pula dikenali sebagai protein multimer.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.