Eos

Eos
Gerbang Fajar, oleh Herbert James Draper
Yunani KunoἨώς
Tempat tinggalLangit
HaiwanRiang-riang, kuda
SimbolKoma-koma, jubah, mawar, tiara
WarnaMerah, putih, merah jambu, emas, safron
TungganganKereta kuda ditarik oleh dua ekor kuda
Maklumat peribadi
Ibu bapaHyperion dan Theia
Adik-beradikHelios dan Selene
PasanganAstraeus, Orion, Cephalus, Cleitus, Ares, Tithonus
ZuriatPara Anemoi (Boreas, Eurus, Notus dan Zephyrus), bintang-bintang, Memnon, Emathion, dan Astraea
Kesetaraan
Kesetaraan EtruskaThesan
Kesetaraan HinduUshas[1]
Kesetaraan RomAurora
Kesetaraan SlavikZorya
Kesetaraan JepunAme-no-Uzume[2]
Kesetaraan NurestanDisani[2]

Eos (Yunani Ionia and Homerik: Ἠώς, Ēōs; Attika: Ἕως, Héōs, "fajar", Error: {{AFA}}: unrecognized language tag: ɛːɔ̌ːs atau héɔːs; Aeolia: Αὔως, Aúōs; Doria: Ἀώς, Āṓs)[3] ialah dewi fajar dalam mitologi Yunani. Dia anak kepada dua Titan, Hyperion dan Theia. Dia kakak perempuan kepada Helios, dewa matahari, dan Selene, dewi bulan.

Dalam tradisi dan puisi Yunani, dia disifatkan sebagai seorang dewi dengan nafsu yang rakus, bercinta dengan ramai kekasih untuk kepuasannya dan melahirkan beberapa orang anak. Seperti bentuk setaranya dalam mitologi Rom (Aurora) dan Rigveda (Ushas), Eos merupakan dewi subuh yang diwarisi daripada agama Indo-Eropah, Hausos. Eos, atau bentuk lamanya dalam budaya Indo-Eropah Purba (IEP), turut mempunyai beberapa persamaan dengan dewi cinta Aphrodite, yang mungkin menandakan pengaruh Eos padanya ataupun asal usul yang sama bagi kedua-dua orang dewi tersebut. Dalam catatan yang masih wujud, Aphrodite ialah punca Eos mempunyai banyak hubungan cinta dengan menyumpah Eos agar berasa amat berahi yang tidak dapat dipuaskan terhadap lelaki manusia.

Dalam sastera Yunani yang kurang lazim ditemui, Eos anak kepada seorang Titan bernama Pallas. Setiap hari dia membawa kereta kudanya, menandakan bermulanya hari dan kedatangan adik lelaki dia. Disebabkan ini, gelarannya yang paling biasa ditemui dalam epik-epik Homer ialah Rododaktilos, atau "berjari merah jambu", merujuk kepada warna langit pada waktu fajar, dan Erigeneia, "yang awal dilahirkan". Biarpun banyak dikaitkan dengan fajar dan awal pagi, Eos kadangkala menemani Helios sepanjang perjalanan dia, jadi Eos sehinggakan dapat dilihat pada waktu senja.

Eos jatuh cinta dengan lelaki manusia beberapa kali, dan akan menculik mereka sama seperti sesetengah dewa lakukan pada wanita manusia. Kekasih manusia dia yang paling terkenal ialah Putera Tithonus dari Troia, yang Eos menjanjikan hidup abadi tetapi bukan awet muda, menyebabkan Tithonus menua tanpa mati selama-lamanya. Dalam cerita lain, Eos menculik Cephalus dari Athens, tetapi akhirnya melepaskan Cephalus selepas dia meminta-minta dikembalikan kepada isteri dia—namun itu selepas Eos menghina-hinanya, menyebabkan mereka berpisah. Terdapat lagi kekasih dan kisah cinta antara lelaki manusia dan dewa dengan Eos oleh pelbagai penyair merentas berabad-abad.

Eos muncul dalam pelabagai karya sastera dan puisi purba tetapi walaupun berasal daripada budaya Indo-Eropah, tidak banyak bukti yang menunjukkan Eos pernah mempunyai kumpulan pemuja khas pada zaman klasik.

Mitos

Eos dipercayai keluar rumahnya, yang terletak di pinggir sungai Okeanos untuk membawakan cahaya dan memencarkan malam pada setiap pagi untuk mengejutkan saudaranya, Helios. Eos membukakan gerbang langit supaya Helios dapat menaiki kereta kudanya merentas langit setiap hari.

Galeri

Rujukan

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ":4"
  2. ^ a b Witzel, Michael (2005). Vala and Iwato: The Myth of the Hidden Sun in India, Japan, and beyond (PDF).
  3. ^ R. S. P. Beekes, Etymological Dictionary of Greek, Brill, 2009, p. 492.


Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.