Dubuk

Dubuk
Julat zaman: 26–0 Ma
Miosen Awal-kini
Seekor dubuk
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Hyaenidae

Gray, 1821
Genera
Sinonim

Dubuk (serapan Arab: ضَبُع, rumi: ḍabu` atau ضُبُعḍubu`[1]) ialah mamalia pemakan daging dalam keluarga Hyaenidae bertaburan asal dari Afrika dan Asia; ia terdiri dari empat spesies hidup iaitu dubuk belang dan dubuk perang (genus Hyaena), dubuk bintik (genus Crocuta) dan serigala tanah (genus Proteles).

Ia terkenal kerana pemakanan sisa bangkai yang tetap memainkan peranan penting dalam penjagaan ekosistem serata benua Afrika.[2]

Anatomi

Hampir semua spesies dubuk mempunyai jantan lebih bersaiz besar dari betina kecuali dubuk bintik.[3]

Dubuk-dubuk mempunyai bukaan dogol berhampiran dubur yang mengandungi kelenjar berminyak[4] merembes cecair berbau yang boleh digunakan dubuk untuk menandakan kawasan masing-masing.[5]

Tabiat

Dubuk bintik khususnya menonjol kerana mampu menghasilkan bunyi mirip pekikan, lolongan atau tawa seperti yang dihasilkan manusia.[6]

Pemakanan

Kekerapan dubuk memakan bangkai bergantung kepada spesies: dubuk bintik lebih memburu 95% makanan sendiri[7] berbanding dubuk belang,[8] namun dubuk belang boleh sahaja membaham haiwan yang mengganggu[8] jika mahu bahkan juga makan buah-buahan sebagai bahan sampingan.[9]

Pembiakan

Rujukan

  1. ^ "Ḍabuʿ". The Encyclopedia of Islam. 3–4. Leiden: Brill. 1981. m/s. 173–6. ISBN 90 04 06383 8.
  2. ^ Mills & Hofer 1998, halaman iv
  3. ^ Mills & Hofer 1998, halaman 21
  4. ^ Pocock 1941, halaman 62–63
  5. ^ Kruuk 1972, halaman 222
  6. ^ Kruuk 1972, halaman 220
  7. ^ Hyaena Specialist Group - Spotted Hyena: Diet and Foraging Diarkibkan 2011-02-04 di Wayback Machine. Hyaenidae.org. Retrieved on 2015-11-06.
  8. ^ a b Pocock 1941, halaman 72
  9. ^ Heptner & Sludskii 1992, halaman 31–33
Sumber utama

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.