Dengkil
| Pekan Dengkil | |
|---|---|
| Geografi | |
| Status | Mukim |
| Asal nama | Dingkil |
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | Daerah Sepang |
| Mukim | Pekan Dengkil |
| Keluasan | 309.5 |
Dengkil ialah sebuah bandar kecil di Malaysia, salah satu mukim dalam daerah Sepang, Selangor yang terletak antara Cyberjaya ke utara dan Salak Tinggi ke selatan. Aktiviti ekonomi di Dengkil semakin berkembang disebabkan pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak berdekatan.
Pendidikan
Terdapat beberapa buah pusat pendidikan tinggi di Dengkil termasuk sebuah pusat asasi iaitu Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dengkil.[1]
Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang[2] turut berada di Taman Warisan Putra, Dengkil dan menyediakan Sijil Perkhidmatan Logistik.
Kolej Universiti Penerbangan Malaysia yang terletak di Jalan Kajang-Dengkil, Jenderam Hilir menyediakan pendidikan bermula peringkat asasi sehingga ke PhD.
Kemudahan Awam
Terdapat pelbagai kemudahan awam di Dengkil termasuk balai polis[3], pejabat pos, Klinik Kesihatan Dengkil[4], pasar awam dan pusat ibadat.
Kemudahan Sukan
Bukit Unggul Country Club[5] yang terletak di sebelah Kampung Sungai Buah, Dengkil merupakan kelab golf 18 lubang yang turut dilengkapi oleh lapang sasar, restoran, kolam renang, dan spa untuk kemudahan pelawat.
Rujukan
- ^ "Kampus Dengkil". UiTM Cawangan Selangor. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Sistem Kemasukan Pelajar Ke Politeknik & Kolej Komuniti". ambilan.mypolycc.edu.my. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Sepang". www.rmp.gov.my. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia". www.moh.gov.my. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2023-12-16.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
