Rimbayu

Bandar Rimbayu
Rimbayu, IJM Rimbayu
Perbandaran
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiريمبايو
 • Cina林巴尤市 (Lín bā yóu shì)
 • Tamilரிம்பாயு நகரம் (Rimpāyu nakaram)
Jalan raya di Bandar Rimbayu
Jalan raya di Bandar Rimbayu
Logo rasmi bagi Bandar Rimbayu
Etymology: Gabungan perkataan 'Rimba' dan 'Bayu'
Map
Peta interaktif bagi Bandar Rimbayu
Koordinat: 2°56′03″U 101°32′22″T / 2.934126°U 101.539507°T / 2.934126; 101.539507
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahKuala Langat
MukimTanjong Duabelas
Ditubuhkan2013
Ditubuhkan olehIJM Land
Kerajaan
 • Ditadbir olehMajlis Perbandaran Kuala Langat
Keluasan
 • Jumlah
7.6 km2 (2.9 batu persegi)
Penduduk
 (lewat 2024)
 • Jumlah
20,000 (anggaran)
Zon waktuWPM
 • Musim panas (WMP)Tidak diperhatikan
Poskod
42500
Tapak sesawangrimbayu.ijmland.com
Lokasi Bandar Rimbayu di Peta Google
Di Bandar Rimbayu.
Rimbayu Business Hub, Bandar Rimbayu.

Bandar Rimbayu (Jawi: ريمبايو, juga dikenali sebagai IJM Rimbayu atau Rimbayu) merupakan sebuah perbandaran di Mukim Tanjong Duabelas, utara Daerah Kuala Langat, negeri Selangor, Malaysia.[1] Perbandaran ini mempunyai keluasan kira-kira 1,879 ekar (760 he).[2] Ia terletak berdekatan dengan bandar-bandar utama, iaitu Kota Kemuning, Bandar Saujana Putra, Puchong dan Telok Panglima Garang. Perbandaran ini telah ditubuhkan pada tahun 2013 oleh IJM Land. Poskod bagi Bandar Rimbayu ialah 42500 Telok Panglima Garang.[3]

Perbandaran ini terbahagi kepada beberapa zon, iaitu Flora, Fauna, Bayu dan Hab Komersial (Commercial Hub).[2]

Ciri-ciri utama

  • Konsep Pembangunan: Bandar ini direka bentuk sebagai komuniti yang berpusat pada alam semula jadi, dengan banyak kawasan hijau dan kemudahan komuniti untuk menyokong kehidupan yang sihat dan aktif.
  • Lokasi: Ia terletak bersebelahan denganKota Kemuning, dan mempunyai sambungan lebuh raya yang sangat baik.
  • Pembangunan Pelbagai Guna: Rimbayu merangkumi kawasan perumahan, komersial, dan kemudahan rekreasi dalam satu kawasan pembangunan yang bersepadu.
  • Kemudahan Perniagaan: Uptown @ Rimbayu ialah pusat perniagaan dan gaya hidup yang menyediakan kedai dan pejabat perniagaan, serta mewujudkan destinasi yang meriah.
  • Kemudahan Komuniti: Terdapat juga kemudahan seperti The Club @ Rimbayu, yang menawarkan ruang untuk senaman, bersosial, dan menjamu selera.
  • Rangkaian Hijau: Rimbayu menekankan aspek kehijauan, dengan kawasan hijau yang luas dan reka bentuk yang mengutamakan alam sekitar dalam pembangunan rumah dan kawasan umum.
  • Infrastruktur: Rimbayu juga dilengkapi dengan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi 4G.

Akses

Ia mudah diakses melalui lebuh raya utama yang menghubungkan ke bandar-bandar utama seperti lebuhraya SKVE, ELITE, LKSA dan KESAS.

Akses ke Bandar Rimbayu

Residensi di Bandar Rimbayu

  • Scarlet
  • Wisteria
  • Perennia
  • Periwinkle
  • Chimes
  • Livia
  • Avela
  • Robin
  • Starling
  • Halaman 11
  • Anthea
  • Penduline
  • Swans
  • Meta[5]

Rujukan

  1. ^ "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaa". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 11 Mac 2026.
  2. ^ a b "IJM Rimbayu". IJM Rimbayu. Dicapai pada 11 Mac 2026.
  3. ^ "Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang". postcode.my. Dicapai pada 11 Mac 2026.
  4. ^ "Google Maps". Google Maps. Dicapai pada 2025-09-19.
  5. ^ Berhad, IJM Land. "IJM Rimbayu | Masterplan". rimbayu.ijmland.com. Dicapai pada 2025-09-19.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.