Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

 

Geografi

Geografi kajian dunia

Geografi (Jawi: ڬيوڬرافي) ialah sains ruang dan tempat. Geografi juga merupakan kajian permukaan bumi sebagai ruang dan tempat masyarakat manusia hidup. Tumpuan kajiannya ialah tentang fenomena semula jadi dan budaya yang terdapat di merata tempat di dunia. Perkataan "Geografi" berasal daripada dua perkataan bahasa Yunani, iaitu kata nama "geo" yang bermaksud bumi dan kata kerja "graphon" yang bermaksud menulis. Dengan mencantumkan kedua-dua perkataan tersebut orang Yunani telah mencipta perkataan 'Geographia' yang bermakna "deskripsi tentang bumi". Ahli-ahli geografi menumpukan perhatian mereka terhadap ciri-ciri dan pola-pola tempat di dunia yang sentiasa berubah, baik melalui deskripsi dalam buku mahupun melalui persembahan visual dalam peta. Mereka sentiasa cuba menghuraikan bagaimana setiap ciri-ciri dan pola yang istimewa terhadap sesuatu tempat di permukaan bumi telah timbul. Mereka juga sentiasa mencari sebab-sebab tentang kewujudan ciri dan pola taburan sesuatu fenomena, khasnya jika dikaitkan dengan ruang dan masa. Pendek kata, objektif utama bidang geografi ialah untuk memahami bentuk-bentuk fizikal dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan unsur alam sekitar semula jadinya di atas permukaan bumi.

Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia oleh Klaudios Ptolemaios pada abad ke-2.

Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.

Cabang geografi

Geografi fizikal

Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi. ia membincangkan tentang:

  1. Bumi sebagai satu sistem
  2. Batuan
  3. Laut dan lautan
  4. Iklim
  5. Luluhawa
  6. Ekosistem
  7. Tumbuhan dan haiwan liar.

Geografi manusia

Aspek manusia pula merangkumi aspek ekonomi, politik, kebudayaan, meterologi dan ekologi bumi yang dipengaruhi oleh kegiatan manusia. Aspek manusia lebih tertumpu kepada sains kemasyarakatan. Ini memberi penerangan tentang cara-cara manusia menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan kesan-kesan kegiatan manusia.Terdapat juga kajian dijalankan mengenai Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam Penilaian Harta Tanah Kediaman[1] Terdapat beberapa bidang dalam Geografi Manusia. Antaranya ialah Geografi Bandar,Geografi Ekonomi, Geografi Politik, Geografi Sejarah, Geografi Budaya, Geografi Kesihatan, Geografi Perniagaan, Demografi, Geografi Agama dan sebagainya.

Geografi persekitaran manusia

Pada sekitar pelupur alam sekeliling (environmental determinism), geografi ditakrifkan bukan mengenai pengkajian hubungan ruang, tetapi mengenai kajian bagaimana manusia dan alam sekitar berinteraksi. Walaupun pelupur alam sekeliling berkurangan, masih terdapat tradisi geografer yang menumpukan hubungan antara manusia dan alam sekitar. Terdapat dua cabang bidang geografi alam sekitar manusia: ekologi kebudayaan dan politik (cultural and political ecology (CAPE)), dan kajian ancaman semulajadi.

Geografi sejarah

Geografi sejarah adalah ilmu yang mempelajari tentang manusia, fisik, fiksi, dan fakta geografi pada masa lampau. Ilmu displin ini memiliki bahasan yang sangat luas dan beragam. Umumnya membahas tentang geografi masa lalu dan bagaimana perubahan sebuah wilayah atau tempat berdasarkan waktu. Selain itu juga membahas tentang hubungan manusia dengan lingkungan dan menciptakan kebudayaan alam. Pembahasan geografi sejarah juga mencari bagaimana kebudayaan manusia itu muncul dan berkembang dengan pemahaman hubungan manusia dengan lingkungan.

Geografi sains maklumat

Sistem maklumat geografi (SMG atau GIS, singkatan geographic information system), sains maklumat geografi, atau kajian maklumat georuang ialah sistem yang direka untuk menangkap, menyimpan, mengolah, menganalisis, mengurus, dan mempersembahkan kesemua jenis data rujukan geografi.[1] Dalam istilah yang paling mudah, SMG ialah gabungan antara teknologi kartografi, analisis statistik, dan pangkalan data.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Universiti Teknologi Malaysia" Ismail, Suriatini and Sipan, Ibrahim @ Atan (1997) Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) .. Diarkibkan 2010-04-03 di Wayback Machine, Univesiti Teknologi Malaysia
Kembali kehalaman sebelumnya


Index: pl ar de en es fr it arz nl ja pt ceb sv uk vi war zh ru af ast az bg zh-min-nan bn be ca cs cy da et el eo eu fa gl ko hi hr id he ka la lv lt hu mk ms min no nn ce uz kk ro simple sk sl sr sh fi ta tt th tg azb tr ur zh-yue hy my ace als am an hyw ban bjn map-bms ba be-tarask bcl bpy bar bs br cv nv eml hif fo fy ga gd gu hak ha hsb io ig ilo ia ie os is jv kn ht ku ckb ky mrj lb lij li lmo mai mg ml zh-classical mr xmf mzn cdo mn nap new ne frr oc mhr or as pa pnb ps pms nds crh qu sa sah sco sq scn si sd szl su sw tl shn te bug vec vo wa wuu yi yo diq bat-smg zu lad kbd ang smn ab roa-rup frp arc gn av ay bh bi bo bxr cbk-zam co za dag ary se pdc dv dsb myv ext fur gv gag inh ki glk gan guw xal haw rw kbp pam csb kw km kv koi kg gom ks gcr lo lbe ltg lez nia ln jbo lg mt mi tw mwl mdf mnw nqo fj nah na nds-nl nrm nov om pi pag pap pfl pcd krc kaa ksh rm rue sm sat sc trv stq nso sn cu so srn kab roa-tara tet tpi to chr tum tk tyv udm ug vep fiu-vro vls wo xh zea ty ak bm ch ny ee ff got iu ik kl mad cr pih ami pwn pnt dz rmy rn sg st tn ss ti din chy ts kcg ve 
Prefix: a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9