Telok Datok

Telok Datok
Bandar
Papan tanda Telok Datok.
Papan tanda Telok Datok.
Negara Malaysia
NegeriSelangor
DaerahKuala Langat
Poskod
42700

Telok Datok (ejaan lain sebagai Teluk Datok, Teluk Datuk, Telok Datoh) (Cina: 直落拿督) terletak di Banting, Selangor. Ia merupakan pusat pentadbiran daerah Kuala Langat. Beberapa sekolah dan pejabat kerajaan ditempatkan di sini. Sebuah jambatan baru telah dibina bagi menggantikan jambatan yang lama.

Lokasi Telok Datok amat hampir dengan Sungai Langat. Oleh itu segala aktiviti ekonomi amat bergantung kepada lokasi dan rupa bumi Sungai Langat yang berliku-liku dan amat hampir dengan muara sungai.

Pekannya merupakan bandar jalan raya. Ini bermaksud, Telok Datok terletak di kiri dan kanan jalan raya antara Sungai Manggis di timur dengan Banting di barat. Pekannya hanya 50 meter dari Sungai Langat dan sangat terdedah kepada limpahan air banjir. Paras air Sungai Langat hanya 1.5 meter di bawah. Jambatan Telok Datok telah dilebarkan pada 2007. Poskod bagi bandar ini ialah 42700 iaitu Banting.[1]

Kemudahan asas

Pendidikan

  1. SMK Telok Datok
  2. SMK Methodist Telok Datok
  3. SK Methodist Telok Datok
  4. SJK(T) Pusat Telok Datok
  5. Sekolah KAFA Integrasi As-Syariff

Tempat beribadat

  1. Masjid As-Syarif
  2. Gereja Methodist Tamil
  3. Gereja Katolik St. Peter & Paul
  4. Kuil Hindu Sri Subramaniar
  5. Gurdwara Sahib Guru Ramdas

Kemudahan lain

  1. Klinik Kesihatan Telok Datok
  2. Dewan Sri Jugra
  3. Stadium Jugra

Poskod

Poskod yang digunakan di Telok Datok, Banting, Selangor ialah 42700.[2]

Rujukan

  1. ^ "Telok Datok". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). Carian Poskod Malaysia. Dicapai pada 25 Mac 2021.
  2. ^ "Teluk Datok, Banting - Postcode - 42700 - Malaysia Postcode". postcode.my. Dicapai pada 2025-10-16.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.