Chiang Kai-shekChiang Kai-shek (31 Oktober 1887 – 5 April 1975) ialah pemimpin politik dan pemimpin tentera di China abad ke-20. Beliau juga anggota berpengaruh Kuomintang (KMT) serta sekutu rapat Sun Yat-sen. Chiang kemudian menjadi komandan Akademi Tentera Whampoa Kuomintang lalu mengambil alih jawatan Sun di dalam parti apabila Sun meninggal dunia pada 1925. Beliau menjadi pengerusi Majlis Tentera Negara kepada Pemerintahan Nasionalis Republik China (ROC) antara 1928 hingga 1948 lalu mengetuai Ekspedisi Utara pada 1928 bagi menyatukan negara dan justera, menjadi ketua seluruh China.[2] Chiang juga mengetuai China dalam Perang China-Jepun Kedua tetapi dalam tempoh itu, kuasa Pemerintahan Nasionalis merosot dengan amat ketara, meskipun kemasyhurannya semakin meningkat. Pada April 1927, tentera Nasionalis Chiang terlibat dalam perang saudara yang berpanjangan dengan Parti Komunis China (CCP). Selepas Jepun menyerah pada 1945, Chiang mencuba menghapuskan Parti Komunis China. Malangnya, disokong oleh Rusia Soviet, pihak komunis menewaskan Chiang yang terpaksa mengundurkan pemerintahannya ke Taiwan, dengan pemerintahan tentera diteruskan di sana sementara mencuba mengembalikan tanah besar China. Sebagai Presiden Republik China dan Ketua Pengarah Kuomintang, Chiang memerintahkan pulau Taiwan dengan kuku besi sehingga kematiannya pada 1975. Perasaan terhadap Chiang bercampur baur di Taiwan. Sedangkan sesetengah orang masih memperlihatkannya sebagai wira, yang lain mempunyai perasaan yang buruk terhadapnya dan hendak mengasingkan zamannya. Ini terbukti daripada penghilangan beratus-ratus arca Chiang di seluruh pulau.[3]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
|