Enver Hoxha
Enver Halil Hoxha (disebut [ɛnˈvɛɾ ˈhɔdʒa (bantuan·maklumat)], terdekat [én.vér ha.lil ho.ja]; 16 Oktober 1908—11 April 1985)[1] adalah seorang ahli politik Albania berfahaman komunis yang merupakan ketua negara tersebut dari tahun 1944 sehinggalah kematiannya pada tahun 1985, sebagai Setiausaha Agung Parti Buruh Albania. Beliau turut berkhidmat sebagai Panglima Tertinggi serta Perdana Menteri (1944 hingga 1954) negara tersebut pada tempoh masa yang tertentu. Pemerintahan beliau banyak merubah aspek masyarakat Albania yang dianggap terkekang adat budaya tempatan yang patriarkal serta agama, malah dapat bangkit semula daripada kesengsaraan hasil Perang-Perang Dunia. Walau bagaimanapun, beliau juga berkuku besi dari percubaan membandung sebarang suara-suara yang membantah pemerintahannya dengan pelbagai hukuman yang dahsyat. Dasar-dasar Hoxha banyak mengasingkan Albania daripada dunia luar. Meskipun ada juga kemajuan ekonomi yang terhasil daripada dasar-dasar ini,[2] ekonomi negara tersebut langsung tidak membangun sehingga ia sendirinya menjadi negara termiskin di benua Eropah sepanjang berlakunya Perang Dingin. Peninggalan Hoxha mengurang sehingga tidak banyak yang dikesan di Albania kini sejak awal abad ke-21. Awal hidupHoxha dilahirkan di Gjirokastër, sebuah kota di selatan Albania (dahulunya dalam Empayar Uthmaniyah) Halil Hoxha - seorang saudagar kain Muslim Tosk - dan Gjylihan (Gjylo) Çuçi. Zaman kepimpinan awalHoxha menganggap dirinya berfahaman Marxis–Leninis dan sangat menyanjungi Joseph Stalin. Dalam tempoh 1945-1950, pemerintah menggubal dasar-dasar yang bertujuan menuntut kuasa memerintah. Pemilikan tanah dari bey dirampas lalu dikembalikan kepada petani sebarang pampasan. Kebutahurufan dalam kalangan masyarakat luar bandar menurun mendadak dari 90-95% pada tahun 1939 ke 30% pada tahun 1950.[3] Hubungan bersama ChinaZaman pemerintahan kemudianPenindasan politikSesiapa sahaja yang disyaki bertindak mencabar atau mengkhianati kediktatoran akan disoal siasat polis rasmi Sigurimi mahupun ditahan dalam ribuan kem buruh paksa. Perjalanan ke luar negara dilarang selepas tahun 1968 untuk semua rakyat kecuali mereka yang berada dalam urusan rasmi. Sistem keadilan yang diadakan cenderung merosot menjadi pembicaraan tunjukan untuk menghukum pihak tertuduh. Saudara-mara dan keluarga pihak tertuduh turut ditangkap dan dipulau sebagai "musuh-musuh rakyat" bagi mengurangkan ancaman tentangan politik.[4] Hukuman mati bermotifkan politik turut menjadi kebiasaan; sekurang-kurangnya 5,000 orang—mungkin juga seberapa banyak 25,000—dihukum bunuh oleh rejim Hoxha.[5][6][7] Penyingkiran agamaParti Buruh pimpinannya mula giat menghapuskan anutan agama dalam kalangan rakyat Albania. Hal ini kerana Hoxha percaya bahawa kewujudan agama-agama bisa memecahbelahkan rakyat melalui perkaitannya kepada bangsa-bangsa tertentu seperti sewaktu zaman Uthmaniyah - umat Islam dikaitkan dengan bangsa Turki manakala umat-umat Kristian mazhab Orotdoks dan Katolik masing-masing dikaitkan kepada bangsa-bangsa Yunani dan Latin; perkara tersebut dikhuatiri akan dipergunakan puak pemisah Yunani di selatan Albania. Para penganut Katolik merupakan sasaran terdahulu Hoxha kerana Takhta Suci yang merupakan kuasa utama dalam Gereja Katolik dianggapnya sebagai ejen fasisme dan anti-komunisme.[8] Pendidikan ateisme diajar di sekolah-sekolah. Pengagihan makanan yang diharamkan juga digalakkan di sekolah dan kilang terutamanya pada "tempoh-tempoh suci" seperti Lent dan Ramadan, di mana mereka yang menolak pemberian sedemikian akan dimalukan atau dikecam. Penolakan budaya BaratPemerintahan Hoxha sangat memusuhi budaya popular Barat (yakni daripada Amerika Syarikat dan Britain) yang ditunjukkan di media massa kerana dianggap sebagai cerminan kepada nilai-nilai konsumerisme dan liberalisme sosial yang berkaitan dengan itu. Hoxha sendiri mendesak agar rakyat Albania dibendung daripada media sebegitu yang dianggap sebagai "keborjuisan" dan "mundur",[9] serta "bertentangan dengan etika sosialis dan tradisi positif tradisi rakyat".[9] Senja hidupHoxha menghidap suatu serangan jantung pada tahun 1973 di mana beliau tidak pulih sepenuhnya daripada kejadian tersebut. Keadaan kesihatannya yang semakin rapuh sejak lewat dekad ini memaksa beliau menyerahkan banyak tugasan memerintah beliau kepada Ramiz Alia. Beliau turut menghidap komplikasi diabetes sejak tahun 1940-an. Pada 9 April 1985, beliau diserang penyakit fibrilasi ventrikular. Beliau minggal dunia akibat komplilasi penyakit jantung ini pada usia 76 tahun awal pagi 11 April 1985.[10] Rujukan
Pautan luar
|