Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

 

Frederik Willem de Klerk

Frederik Willem de Klerk
De Klerk pada tahun 2012
Presiden Negara Afrika Selatan ke-7
Dalam jawatan
15 Ogos 1989 (1989-08-15) – 10 Mei 1994 (1994-05-10)
Didahului olehP. W. Botha
Digantikan olehNelson Mandela
sebagai Presiden
Naib Presiden Afrika Selatan
Dalam jawatan
10 Mei 1994 (1994-05-10) – 30 Jun 1996 (1996-06-30)
Berkhidmat with Thabo Mbeki
PresidenNelson Mandela
Didahului olehAlwyn Schlebusch
sebagai Naib Presiden Negara
Digantikan olehThabo Mbeki (semata-mata)
Maklumat peribadi
Lahir
Frederik Willem de Klerk

(1936-03-18)18 Mac 1936
Johannesburg, Transvaal, Afrika Selatan
Mati11 November 2021(2021-11-11) (umur 85)
Fresnaye, Cape Town, Afrika Selatan
Parti politikKebangsaan
Gabungan politik
lain
Kebangsaan Baru
Pasangan
PertalianJohannes de Klerk (bapa)
Anak
  • Jan
  • Willem
  • Susan
KediamanCape Town, Western Cape
Tempat belajarPotchefstroom University (BA, LLB)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam
TandatanganTandatangan

Frederik Willem de Klerk (18 Mac 1936 – 11 November 2021) ialah seorang ahli poliitk dari Afrika Selatan. Beliau merupakan Presiden Afrika Selatan kulit putih yang terakhir memerintah pada zaman aparteid dari September 1989 hingga Mei 1994 selain juga memimpin Parti Kebangsaan dari Februari 1989 hingga September 1997.

De Klerk terkenal di dalam sejarah antarabangsa sebagai pemimpin yang berjaya mengakhiri era aparteid, suatu dasar perkauman di Afrika Selatan yang menindas kaum majoriti kulit hitam. Dia juga telah mengubah sistem pentadbiran negara dari sebuah regim kuku besi ke sistem demokrasi, dimana penduduk kulit hitam (yang melebihi 90% penduduk Afrika Selatan) diberikan hak mengundi.

Kehidupan awal

Frederik lahir pada 18 Mac1936 di kawasan luar bandar Mayfair di Johannesburg,[1] beliau anak kedua dalam sebuah keluarga penutur bahasa Afrikaans.[1] Keturunan nenek moyangnya yang sebahagiannya Huguenot (berdasarkan nama keluarganya yang bermaksud "paderi" dalam bahasa Perancis) dicatat tiba berhijrah ke selatan benua Afrika pada tahun 1866,[2] ibunya pula berketurunan orang Austria.[3][4]

Keluarganya memainkan peranan penting dalam masyarakat Afrikaner;[5] datuknya seorang paderi yang pernah terlibat dalam Perang Boer Pertama[2] serta pernah bertanding sebagai calon dalam Parti Kebangsaan sebanyak dua kali.[6] Bapa saudaranya, J. G. Strijdom, Perdana Menteri Afrika Selatan antara 1954 dan 1958.[7] Ayahnya, Jan de Klerk, seorang senator serta setiausaha dalam cawangan Transvaal Parti Kebangsaan selama 15 tahun.[8] Dalam persekitaran inilah Frederik didedahkan kepada ehwal politik sejak kecil.[9]

Selepas menamatkan pendidikan tingginya di Krugersdorp, De Klerk mendapat ijazah sarjana mudanya dalam bidang perniagaan dan kemudiannya dalam bidang undang-undang pada tahun 1958 dari Universiti Potchefstroom . Pada tahun 1969 dia berkahwin dengan Marike Willemse, dan kemudiannya dianugerahi dengan tiga cahaya mata, dua anak lelaki dan dan seorang anak perempuan.

Kerjaya politik awal

De Klerk yang lebih dikenali sebagai "F.W." telah menjadi ahli kabinet pada 1978. Pada 1982, dia menjadi pemimpin Parti Kebangsaan untuk daerah Transvaal. Selepas kerjaya politik yang agak lama, beliau mengetuai kumpulan verligte ("bercahaya") dalam parti kerajaan pada tahun 1989. Hasilnya, pada Februari 1989 dia dilantik ketua Parti Kebangsaan dan menggantikan P.W. Botha sebagai Presiden apabila Botha terpaksa meletak jawatan setelah diserang penyakit angin ahmar.

Sebagai Presiden

Ke arah demokrasi

Tindakan beliau menarik balik pengharaman ke atas Kongres Kebangsaan Afrika dan organisasi kaum kulit hitam yang lain pada Februari 1990 merupakan titik permulaan perundingan yang menuju kearah berakhirnya Aparteid dan pentadbiran minoriti kulit putih. Pada 10 Februari tahun yang sama, de Klerk mengumumkan pembebasan Nelson Mandela pada hari yang berikutnya. Kedua-dua De Klerk serta Mandela kemudiannya dianugerahkan dengan Hadiah Nobel untuk keamanan pada 1993 atas usaha gigih mereka menamatkan regim aparteid secara aman dan meletakkan asas yang kukuh bagi membina Afrika Selatan baru yang demokratik.

Pada April 1994, pilihan raya semua bangsa yang pertama telah diadakan dan Mandela telah dipilih dengan majoriti yang besMANDELA ma dua tahun. Pada 1997, beliau telah meletak jawatan supaya Parti Kebangsaan tidak lagi dikaitkan dengan polisinya yang lampau.

Zaman pasca-apartheid dan persaraan

Penceraiannya dengan isterinya, Marike pada Oktober 1998 dan perkahwinan semula dengan Elita Georgiades telah mencetuskan skandal di Afrika Selatan. Negara juga dikejutkan dengan pembunuhan bekas isterinya semasa suatu perompakan, ditangan seorang pengawal keselamatan.

Pada 2004, de Klerk telah keluar dari parti Parti Kebangsaan Baru setelah parti tersebut mengumumkan penggabungan dengan parti kerajaan ANC.

Kematian

Pada 19 Mac 2021, diumumkan bahawa De Klerk telah didiagnosis dengan penyakit Mesothelioma.[10] Beberapa bulan kemudian, pada 11 November, beliau meninggal akibat komplikasi dari penyakit itu di rumahnya di Cape Town, pada usia 85 tahun.[11][12][13]

Rujukan

  1. ^ a b de Klerk 1991, m/s. 149.
  2. ^ a b "The Last Trek: A New Beginning". Washington Journal. C-SPAN. 11 June 1999. Dicapai pada 7 September 2018. Yes, I'm an African, born and bred. My forebears arrived in South Africa in 1688. My later forebears fought the first modern anti-colonial war on the continent of Africa, against Great Britain. I'm an African, through and through, and the fact that I'm white does not detract from my total commitment to my country and through my country, to our continent.
  3. ^ Johannes (Jan) de Klerk | South African History Online Diarkibkan 13 Ogos 2012 di Wayback Machine
  4. ^ A. Kamsteeg, E. Van Dijk, F.W. de Klerk, man of the moment. 1990
  5. ^ de Klerk 1991, m/s. 81.
  6. ^ de Klerk 1991, m/s. 139.
  7. ^ de Klerk 1991, m/s. 140; Glad & Blanton 1997, m/s. 579.
  8. ^ de Klerk 1991, m/s. 139, 140.
  9. ^ de Klerk 1991, m/s. 140.
  10. ^ Rondganger, Lee (19 March 2021). "FW de Klerk diagnosed with cancer, undergoes treatment". Independent Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2021. Dicapai pada 11 November 2021.
  11. ^ Nyambar, Nickyson (11 November 2021). "Bekas Presiden Afrika Selatan, FW de Klerk meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 18 November 2021=url-status=live. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  12. ^ Lacey, Marc (11 November 2021). "F.W. de Klerk, Last President of Apartheid South Africa, Dies at 85". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2021. Dicapai pada 11 November 2021.
  13. ^ Frankel, Glenn (11 November 2021). "F.W. de Klerk, South African Nobel Prize winner for opening government, dies at 85". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2021. Dicapai pada 11 November 2021.

Pautan luar

Didahalui oleh:
P.W. Botha
(Presiden Negara Afrika Selatan)
Presiden Negara Afrika Selatan ke-9 Digantikan oleh:
Nelson Mandela
Kembali kehalaman sebelumnya


Index: pl ar de en es fr it arz nl ja pt ceb sv uk vi war zh ru af ast az bg zh-min-nan bn be ca cs cy da et el eo eu fa gl ko hi hr id he ka la lv lt hu mk ms min no nn ce uz kk ro simple sk sl sr sh fi ta tt th tg azb tr ur zh-yue hy my ace als am an hyw ban bjn map-bms ba be-tarask bcl bpy bar bs br cv nv eml hif fo fy ga gd gu hak ha hsb io ig ilo ia ie os is jv kn ht ku ckb ky mrj lb lij li lmo mai mg ml zh-classical mr xmf mzn cdo mn nap new ne frr oc mhr or as pa pnb ps pms nds crh qu sa sah sco sq scn si sd szl su sw tl shn te bug vec vo wa wuu yi yo diq bat-smg zu lad kbd ang smn ab roa-rup frp arc gn av ay bh bi bo bxr cbk-zam co za dag ary se pdc dv dsb myv ext fur gv gag inh ki glk gan guw xal haw rw kbp pam csb kw km kv koi kg gom ks gcr lo lbe ltg lez nia ln jbo lg mt mi tw mwl mdf mnw nqo fj nah na nds-nl nrm nov om pi pag pap pfl pcd krc kaa ksh rm rue sm sat sc trv stq nso sn cu so srn kab roa-tara tet tpi to chr tum tk tyv udm ug vep fiu-vro vls wo xh zea ty ak bm ch ny ee ff got iu ik kl mad cr pih ami pwn pnt dz rmy rn sg st tn ss ti din chy ts kcg ve 
Prefix: a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9