Bukit Tagar
Bukit Tagar
بوکيت تاݢر | |
|---|---|
Persimpangan Bukit Tagar | |
![]() Peta interaktif bagi Bukit Tagar | |
| Koordinat: 3°30′5.51″U 101°28′9.75″T / 3.5015306°U 101.4693750°T | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Selangor |
| Daerah | Hulu Selangor |
| Mukim | Sungai Tinggi |
Bukit Tagar ialah sebuah kawasan di daerah Hulu Selangor. Bukit Tagar telah dijadikan tapak pelupusan sampah sejak 2005 seluas 800 hektar (8.0 km2). Kawasan ini boleh dilalui melalui Persimpangan Bukit Tagar EXIT 119 dari Lebuhraya Utara-Selatan.
Oleh kerana kedudukannya di hulu Sungai Selangor, sisa dari tapak pelupusan sampah telah mencemari bekalan air Sungai Selangor. Bekalan air berbau najis di Kuala Lumpur, Gombak, Petaling Jaya, Klang, Shah Alam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Hulu Langat pada 26 Februari 2006.
Proses "leachate" (air larut resap) berlaku di tapak pelupusan sampah dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) cuba mengesahkannya. JAS melakukan ujian sampel air di setiap 1 km sungai itu bagi mengenalpasti punca pencemaran. Leachate akan meningkatkan kandungan amonia di Sungai Selangor dan Sungai Karang berhampiran.
Tapak pelupusan sampah Bukit Tagar dikendalikan oleh KUB-Berjaya Sdn. Bhd (KBE), yang mendapat konsesi daripada Kerajaan Persekutuan bagi membangun, mentadbir dan mengurus tapak itu. Kajian syarikat itu mendapati sifar "leachate discharge".
Pada 2026, Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk menjadikan kira-kira 202 hektar (2.02 km2) Bukit Tagar sebagai ladang ternakan babi berpusat di Selangor dengan sistem sifar pelepasan bermula 2030.[1] Namun, rancangan tersebut dibatalkan berikutan bantahan orang awam.[2]
Rujukan
- ^ "Kerajaan Negeri Selangor Rancang Ternakan Babi Berpusat Di Bukit Tagar". BERNAMA. 8 Januari 2026. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2026. Dicapai pada 24 Januari 2026.
- ^ "Kerajaan Selangor batal projek ternakan babi Bukit Tagar - MB". Astro Awani. 26 Januari 2026. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Januari 2026. Dicapai pada 27 Januari 2026.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
