Bidaah
| Sebahagian daripada siri berkaitan Islam |
| Usul al-Fiqh |
|---|
| Kaedah penetapan hukum Islam |
| Sumber hukum |
| Fiqah |
| Hukum |
| Gelaran |
|
Bid‘ah (Arab: بدعة) atau bidaah ialah apa-apa jenis pembaharuan dalam Islam. Walaupun pembaharuan atau inovasi dalam hal keduniaan, seperti sains, perubatan dan teknologi dibolehkan dan digalakkan, bid'ah dalam hal keagamaan dianggap sebagai dosa atau innuendo, dan Muhammad telah menyatakan sedemikian:
Saidatina Aisyah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Barangsiapa yang membuat sesuatu urusan yang berlainan daripada urusan kami yang tiada (sebab) untuknya, maka ia hendaklah ditolak.
Riwayat Saidatina Aisyah: Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang membuat sesuatu urusan yang berlainan daripada urusan kami ataupun tidak berasal daripadanya, maka ia adalah ditolak."
— Aisyah, Terjemahan Sahih Bukhari, Buku 49: Hadith 861[2]
Mohammad Baqir Majlisi dalam definisi bidaah mengatakan:
Apa yang disampaikan setelah Nabi sebagai kepercayaan atau praktik agama, sementara tidak ada pernyataan khusus yang dibuat mengenainya dan itu tidak dianggap sebagai contoh peraturan umum atau praktik itu dilarang secara eksplisit.
Definisi ini bermaksud bahawa inovasi mesti dilakukan atas nama agama untuk dianggap bidaah.[3]
Bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukan semua bidaah membawa ke neraka.
Imam Syafie membahagikan bidaah kepada dua jenis, iaitu bidaah dipuji dan bidaah dikeji, iaitu apa yang selari dengan sunnah, maka ia dipuji, manakala perkara yang bertentangan dengannya, maka ia dikeji.
Malah ramai ulama yang bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh Imam Syafie seperti Imam Ibnu Abd al-Barr dalam kitabnya, al-Istizkar; Imam Ghazali (Ihya’ ‘Ulum ad-Din) dan Imam Nawawi (Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat).
Bidaah hasanah ialah perkara atau amalan baharu yang tidak ada contoh daripada Muhammad tetapi ia mempunyai dalil yang umum atau tidak bertentangan dengan syarak, manakala bidaah dhalalah pula ialah perkara atau amalan baharu yang tidak ada contoh daripada Baginda serta tidak mempunyai dalil yang umum atau bertentangan dengan syarak.
Muhammad bersabda: “Sesiapa yang mengadakan dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya, diberikan kepadanya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barang siapa membuat sunnah yang buruk, kemudian sunnah itu menjadi teladan, maka ia akan mendapatkan dosa dari perbuatannya secara sempurna berserta dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun.” (HR Ibnu Majah)[1]
Rujukan
- ^ Sahih Muslim, 18:4266
- ^ Sahih Bukhari, 3:49:861
- ^ https://www.noormags.ir/view/fa/articlepage/1033465/%d9%85%d9%81%d9%87%d9%88%d9%85-%d8%b4%d9%86%d8%a7%d8%b3%db%8c-%d8%a8%d8%af%d8%b9%d8%aa-%d9%88-%d8%a8%d8%af%d8%b9%d8%aa-%da%af%d8%b0%d8%a7%d8%b1%d8%a7%d9%86-%d9%86%d8%b2%d8%af-%d8%b9%d8%a7%d9%84%d9%85%d8%a7%d9%86-%d8%b4%db%8c%d8%b9%db%8c-%d9%88-%d8%b3%d9%86%db%8c
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.