Sayyid
Untuk kegunaan nama yang diberikan, sila lihat Syed.
Sayyid, Sayid, Sayed, Syed (lelaki) Sayyidah, Sayidah, Sayedah, Syedah (wanita) (Arab: سيد) (jamak sādah Arab: سادة) dalam bahasa beerti Tuan. Ialah gelaran kehormatan, merujuk kepada lelaki yang memiliki keturunan dari "Rasulullah", Muhammad melalui cucu baginda dari Hassan bin Ali dan Hussein bin Ali, melalui perkahwinan anak perempuan Nabi iaitu Fatimah az-Zahra dan menantu serta sepupu baginda Ali bin Abi Talib.[1]
Anak-anak perempuan golongan berketurunan sayyid diberi gelaran Sayyidah, Alawiyah, Syarifah, atau Sharifah. Anak kepada seorang wanita Sayyidah yang berkahwin dengan lelaki biasa yang tidak memiliki jurai keturunan Sayyid pula tidak layak mendapat gelaran Sayyid, walau bagaimanapun mereka berhak mendapat gelaran Mirza (lelaki) dan Mirzada (wanita) kerana berasal dari susur ibu berketurunan Sayyidah. Sayyid secara definisinya merujuk kepada cabang suku kaum Arab Bani Hashim, klan dari kaum Arab Quraisy yang bersambung terus kepada Adnan dan kemudiannya bersambung terus kepada Ismail dan bapanya Ibrahim.
Dalam Dunia Arab, Sayyid boleh disamaertikan dengan perkataan bahasa Melayu beerti Tuan atau "Kerabat Termulia, kerana golonga Sayyid ini berasal dari junjungan besar Muhammad.[2] Ini juga berkait dengan penggunaan perkataan sidi (dari bentuk kontrak sayyidī, bermaksud 'juraiku') yang digunakan dalam Dialek Arab Maghribi.[3] Sesetangah Sayyid mengambil gelaran Syeikh sebagai ganti.
Golongan Alevi menggunakan sebutan seyyid (dari bahasa Turki) sebagai gelaran kehormat sebelum menggunakan gelaran sufi mereka. El Cid, ialah nama yang diberikan kepada pahlawan Sepanyol yang terkenal pada abad ke 11 Masihi. Dipercayai nama ini berasal dari perkataan (As-Sayyid). As-Sayyid juga digunakan sebagai gelaran bagi merujuk kepada putera atau raja dalam sistem monarki Kesultanan Oman.
Sedangkan Kerajaan-Kerajaan di Nusantara ini yang berdasarkan kajian sejarah adalah keturunan Ahlul Bayt (Syarif / Syed) diantaranya adalah : Kesultanan Brunei, Kesultanan Sambas, Kesultanan Sulu, Kerajaan Perlis, Kesultanan Siak Sri Indrapura, Kesultanan Cirebon, Kesultanan Banten, Kesultanan Pontianak dan Ketuanan Kubu.
Penterjemahan
| Bahasa | Penterjemahan | Kawasan pertuturan |
|---|---|---|
| Bahasa Arab | Sayyid, Sayyidi, Sayyed, Sayid, Saiyyid, Saiyid, Sidi | Dunia Arab |
| Bahasa Azerbaijani | Seyid, Seyyid | Azerbaijan, Iran |
| Bahasa Baluchi | Sayyid, Syed, Sayeed, Sayyed, Sayid | Pakistan, Wilayah Baluchistan |
| Bahasa Kurdi | Seyid, Syed, Seyyid, Seyit | Wilayah Kurdish |
| Bahasa Melayu | Syed, Sayid | Malaysia, Brunei dan Singapura |
| Sayyid, Syed, Sayid | Indonesia | |
| Bahasa Pashto | Sayed, Syed, Said | Afghanistan dan Pakistan |
| Bahasa Parsi | Said, Sayyed, Sayed, Saeyd, Seyyed, Seyed, Saiyed, Saeid, Siyyid | Afghanistan, Iran dan Pakistan |
| Bahasa Punjabi | Sayed, Syed | Pakistan |
| Bahasa Seraiki, Bahasa Sindhi | Sayed, Syed | Pakistan |
| Bahasa Somali | Sayyid | Somalia, Djibouti |
| Bahasa Turki | Seyed, Seyit, Seyyid, Seyyed | Turki, Azerbaijan dan Asia Tengah |
| Bahasa Bosnia | Seid, Sait, Sead | Bosnia dan Herzegovina |
| Bahasa Urdu, Bahasa Marathi, Bahasa Hindi, Bahasa Assamese, Bahasa Konkani, Bahasa Kannada, Bahasa Bhojpuri, Bahasa Telugu, Bahasa Tamil, Bahasa Bengali, Bahasa Malayalam, Bahasa Gujarati | Syed, Saiyad, Saiyed, Sayyid, Saiyed, Saiyid, Sayyed, Sayid | Asia Selatan |
| Bahasa Sepanyol | Cid | Al-Andalus |
| Lain-lain | Siyyid |
Pengguna yang memakai aksara Latin dalam menerjemah perkataan "sayyid" dari bahasa Arab biasanya akan menukarnya kepada perkataan "Syed" apabila berimigrasi di wilayah Asia Selatan dan Asia Tenggara, kerana sebutan masyarakat disana lebih mudah mengadaptasi dengan bunyi "e" dalam aksara sebutannya.
Gelaran-gelaran lain
| Bahasa | Gelaran | Kawasan pertuturan |
|---|---|---|
| Bahasa Arab | Sayyid, Sharif, Habib, untuk lelaki.
Sayyidah, Sharifah, Habibah, untuk wanita. |
Dunia Arab |
| Bahasa Urdu, Saraiki, Punjabi, Hindko | Shah, Saab, Badshah | Pakistan |
| Bahasa Sindhi | Shah, Sain, Saab, Makhdoom, Mir | Sindh, Pakistan. |
| Bahasa Indonesia | Sayid, Syarif, Habib, untuk lelaki. | Indonesia |
| Bahasa Minangkabau | Sidi | Sumatera Barat, Indonesia dan Negeri Sembilan, Malaysia |
| Bahasa Palembang | Ayib | Sumatera Selatan, Indonesia |
| Bahasa Melayu | Syed, Sharif, untuk lelaki.
Sharifah, untuk wanita. Tengku, Tunku, Ungku, dengan nama belakang (Alaydrus atau Alidrus), Untuk lelaki dan wanita, keturunan Wangsa Bendahara dan Wangsa Temenggong di Malaysia. Awangku, Pengiran, untuk lelaki, dengan nama belakang (Bolkiah atau Albolkiah). Dayangku, Pengiran, untuk wanita, dengan nama belakang (Bolkiah, atau Albolkiah), keturunan Wangsa Bolkiah di Brunei. |
Malaysia, Singapura, Brunei |
| Bahasa Malayalam | Thangal [perlu rujukan] | Kerala, India |
| Bahasa Gujarati | Sayedna, Syedna, Sayednah | Barat Laut India |
| Bahasa Urdu, Punjabi, | Shah, Shah Ji, Pir, Pir Sahib | Pakistan, India |
| Bahasa Parsi | Shah, Mir, Mirza, Sayed | Iran dan Afghanistan |
| Bahasa Urdu, Bahasa Bengali, Bahasa Melayu | Shah, Agha, Saab, Mir | Asia Selatan dan Asia Tenggara |
Jurai keturunan Sayyid Hassani yang memerintah Makkah, Madinah, Iraq dan kini memerintah di Jordan, dari kalangan kerabat Wangsa Hasyimiah, mewujudkan gelaran 'Sharif' (jamak; Ashraf). 'Sharif' dikhususkan bagi keturunan Hassan bin Ali, manakala Sayyid pula dikhususkan bagi keturunan Hussein bin Ali. Walau bagaimanapun, sejak pasca era-Wangsa Hasyimiah bermula, terma Sayyid telah menjadi penanda kepada kedua-dua belah pihak keturunan Hassan dan Hussein. Arab Syiah pula menggunakan terma Sayyid dan Habib bagi merujuk kepada keturunan Hassan dan Hussein.
Lihat juga
- Azmatkhan
- Abbasi
- Sadaat-e-Bilgram
- Sayyid of Gujarat
- Hallaur
- Gardēzī Sadaat
- Sadaat Amroha
- Saadat-e-Bara
- Ba'Alawi
- Bawazir
- Sayyid Qutb
- Kohein (bersamaan dengan gelaran Yahudi)
- Mashwanis
Rujukan
Pautan luar
- Ba'Alawi Sadah of Hadhramaut Diarkibkan 2011-05-11 di Wayback Machine
- GILANI Sayyads of Masanian Sharif Diarkibkan 2010-03-09 di Wayback Machine
- Ba`alawi.com Ba'alawi.com | The definitive resource for Islam and the Alawi Ancestry
- Sayyid Trust
- Jamaiat Hanfia Qadria Mahmoodia
- The BaAlawi Genealogy
- Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty
|title=(bantuan)
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.