Bater

Bater [ba-tĕr] (Jawi: باتر) atau adunan (Jawi: ادونن) merupakan satu bancuhan campuran adunan gabungan tepung bersama bahan cecair, seperti air, susu, santan malah juga bir. Telur juga merupakan komponen biasa digunakan. Selalunya bahan penaik juga digunakan untuk menjadikan adunan kelihatan ringan dan berangin.[1] Adunan ini boleh diubah kelikatan ia menjadi pekat atau cair mengikut citarasa sendiri.
Kelikatan atau kadar kecairan adunan mengikut kadar sukatan cecair yang digunakan. Bagi mendapatkan hasil untuk dimakan, bater boleh dimasak dengan cara goreng, bakar dan kukus. Satu adunan cair boleh dijadikan satu bahan yang manis ataupun berherba. Bahan masakan seperti garam juga kadang-kadang ditambah sebagai bahan perisa. Buah-buahan, rempah-ratus dan sayur-sayuran boleh juga ditambah sebagai bahan perisa adunan sedemikian.
Bater boleh dipukul dengan tangan beralat tertentu (seperti senduk atau sudu besar) ataupun menggunakan pengisar.
Etimologi
Perkataan ini pinjaman bahasa Inggeris: batter yang sendiri datang dari perkataan bahasa Perancis lama batre yang muncul sekitar awal kurun ke-14 merujuk kepada perbuatan "memukul"; perkataan ini lama-kelamaan berubah bentuk sebagai batteure pada akhir kurun ke-14. Ia sendirinya berakar daripada perkataan bahasa Latin battuere bermaksud perbuatan "mengetuk" atau "memukul".[2]
Jenis
Bater cair
Sukatan cecair adalah agak tinggi,bersamaan 250ml atau 1 cawan. Konsistensi adunan agak berkrim dan cair. Mudah dituang dan disebarkan. Bila dituang ke kuali ia cepat merebak menjadi lapisan nipis. Ia boleh digunakan sebagai tepung sadur, seperti makanan Jepun iaitu tempura. Di Malaysia, bater jenis ini dijadikan kuih seperti kek, apam, lempeng, roti jala atau roti kirai, kuih serabai.
Bater pekat
Sukatan cecair adalah rendah, bersamaan 125ml atau 1/2 cawan.[3] Konsistensi adunan berkrim dan lebih pekat. Adunan agak likat dan sukar dituang kerana agak likat. Sukar merebak dalam kuali kerana agak likat. Juga boleh dijadikan bahan penyadur. Di Malaysia, bater jenis ini boleh dibuat kuih seperti kuih rengas (kuih kacang/kuih kasturi), cucur udang, cucur bawang dan lempeng kelapa.
Lihat juga
Rujukan
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.