Wikijunior

Wikijunior merupakan sebuah subprojek Wikibooks yang mengkhusus dalam buku kanak-kanak.[1] Usaha ini terdiri daripada kedua-duanya sebuah tapak web dan juga sebuah majalah. Tapak web ini kini sedang diusahakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Denmark, Bahasa Finland, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Itali, Bahasa Jepun, dan Bahasa Sepanyol, tetapi dijangka dalam sekurang-kurangnya 12 bahasa. Wikijunior dibiayai oleh Yayasan John dan Frances Beck.
Kini projek ini sedang mengusahakan tiga siri buku cetakan:
- The Natural World (Dunia Semulajadi)
- Siri Biologi/Geografi. Siri ini mengandungi tajuk-tajuk: "Big Cats" (Kucing Besar) dan "Dinosaurs".
- Our World of People
- Siri Budaya/Sejarah/Kehidupan/Masyarakat. Siri ini termasuk: "South America" (Amerika Selatan), "Languages" (Bahasa-bahasa), "Kings and Queens of England" (Raja-raja dan Ratu-ratu England), dan "Ancient Civilizations" (Tamadun Awal).
- A World of Discovery and Innovation (Dunia Penemuan dan Inovasi)
- Siri Mathematik/Sains/Teknologi. Termasuk: "Solar System" (Sistem Suria), "How Things Work", dan "The Elements" (Unsur-unsur).
Sejarah Projek
Yayasan Beck menemui Wikimedia untuk mencipta satu set buku wiki untuk golongan muda, dengan menawarkan bantuan mulaan untuknya. Konsep ini diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia pada 16 Oktober 2004. Wikijunior dimulakan pada 24 Oktober di Meta-Wiki oleh kakitangan Wikimedia Danny Wool. Pengusahaan kandungan sebenar bermula pada 7 November 2004 di Wikibooks.
Bantuan Yayasan Beck hanya untuk menyokong projek ini dengan ruangan pelayan, bukan untuk menerbit atau mengagihkan buku-buku. Perundingan untuk mendapatkan lebih bantuan untuk penciptaan versi cetak sedang berlangsung sejak Julai 2006.[2]
Criticism
Pada tahun 2006 Wikijunior didapati mempunyai purata pembolehbacaan tahap gred 8.[3]
Rujukan
- ^ "TAGorg Participates in 2007 Wikimania Conference in Taiwan". ag-IP-news (23/8/2007). Dicapai pada 2007-08-25.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-03. Dicapai pada 2007-12-05.
- ^ McPherson, Keith (2006-10-01). "Wikis and literacy development". Teacher Librarian. Scarecrow Press, Inc. Check date values in:
|date=(bantuan)
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.