Techichi

Techichi
Orang-orangan seekor techichi dari Colima, Mexico. Bertarikh 100 SM–300 M.
Negara asalMexico
Pengelasan dan piawaian
Pupus
Anjing (Canis lupus familiaris)

Techichi[a] ialah satu baka anjing kecil pupus yang dibiakbakakan oleh budaya Toltek pada abad ke-9 Masihi. Ia dianggap sebagai leluhur kepada anjing Chihuahua moden.[1][2][3][4][5]

Perihal

Techichi berbeza-beza dari segi penampilan, dengan lapis bulunya yang berkisar daripada perang, perang dan putih, hitam dan putih, hingga hitam. Telinganya kadang-kadang dipotong dekat dengan kepala, tetapi ekornya dibiarkan tidak terpotong dalam keadaan semula jadi.[6] Techichi adalah bisu dan tidak dapat menyalak.[1][7]

Sejarah

Techichi adalah lebih besar daripada anjing Chihuahua moden, tetapi dibiakbakakan menjadi anjing lebih kecil dan lebih ringan yang dikenali kini oleh orang Aztek.[3][8] Orang Eropah pertama yang menghadap baka anjing ini ialah penjelajah Sepanyol Francisco Hernández, yang melaporkan kewujudannya pada tahun 1578. Beliau menulis bahawa orang asli memakannya sama seperti mereka memakan arnab. Pihak Sepanyol, yang kerap kekurangan makanan, memakannya dalam ekspedisi mereka juga. Terdapat anggaran bahawa penjelajah Sepanyol memakan sebanyak 100,000 ekor techichi dan, menjelang abad ke-19, ia telah lenyap sama sekali.[6] Mulai pertengahan tahun 1800-an, orang di luar Mexico menanam minat pada baka ini dan mendapati banyak keturunan modennya di negeri Chihuahua di Mexico, yang daripadanya baka moden ini mendapat namanya.[9][10]

Dalam kebudayaan manusia

Untuk orang Toltek, techichi dipercayai mempunyai kuasa ghaib, seperti melihat masa hadapan, dan ia kerap dikorbankan supaya dapat membimbing pemiliknya di akhirat.[11] Seperti orang Toltek, orang Aztek juga percaya bahawa techichi dapat membimbing roh manusia selepas kematian dan bahawa ia dapat menjaga piramid jika dikebumikan di bawah piramid berkenaan.[12] Beberapa artifak pra-Columbus telah ditemukan yang menggambarkan anjing, termasuk mainan beroda[13] dan periuk orang-orangan.[14] Ia dimakan sebagai makanan oleh manusia dan jantan pembaka dan betina induk tertentu disimpan untuk menghasilkan sebanyak-banyak perinduk.[6]

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: تيچيچي

Rujukan

  1. ^ a b Coile, D. Caroline (17 Mei 2025). "Chihuahua dog" [Anjing Chihuahua]. Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 25 Mei 2025.
  2. ^ von Humboldt, Friedrich Wilhelm Heinrich Alexander (25 Disember 2003). Aspects of Nature in Different Lands and Different Climates [Aspek Alam di Tanah Berlainan dan dalam Iklim Berlainan] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Routledge. ISBN 9780415289337. OCLC 68966230.
  3. ^ a b Cooley, Mackenzie (26 Oktober 2022). The Perfection of Nature: Animals, Breeding, and Race in the Renaissance [Penyempurnaan Alam Semula Jadi: Haiwan, Pembiakbakaan, dan Baka pada Zaman Renaisans] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. ISBN 9780226822280. OCLC 1300756651.
  4. ^ Smith, Charles Hamilton (1840). The Naturalist's Library [Perpustakaan Ahli Alamiah] (dalam bahasa Inggeris). 10. Edinburgh, United Kingdom: William Home Lizars. OCLC 860931.
  5. ^ Reed, Charles A., penyunting (3 Jun 2011). Origins of Agriculture [Asal Usul Agriculture] (dalam bahasa Inggeris). Berlin, Jerman: De Gruyter Brill. doi:10.1515/9783110813487. ISBN 9783110813487. OCLC 979627549.
  6. ^ a b c Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 591–592. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
  7. ^ Segura Gago, Alda Valentina; Geiger, Madeleine; Monson, Tesla A.; Flores, David Alfredo; Sánchez Villagra, Marcelo Ricardo (20 Ogos 2020), The History of Domesticated Dogs in the Americas [Sejarah Anjing Bela Jinak di Benua Amerika] (dalam bahasa Inggeris), doi:10.20944/preprints202008.0453.v1
  8. ^ Reisen, Jan (5 Mei 2018). "An Introduction to Mexican Dog Breeds: Meet the Xoloitzcuintli and the Chihuahua" [Pengenalan kepada Baka Anjing Mexico: Kenali Xoloitzcuintli dan Anjing Chihuahua] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 25 Mei 2025.
  9. ^ "Chihuahua" [Anjing Chihuahua] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 25 Mei 2025.
  10. ^ Millward, Adam (3 April 2019). "A history of the biggest and smallest dog breeds – from giant Great Danes to tiny Chihuahuas" [Sejarah baka anjing terbesar dan terkecil – daripada anjing besar Denmark yang gergasi hingga anjing Chihuahua yang kenit] (dalam bahasa Inggeris). Rekod Dunia Guinness. Dicapai pada 25 Mei 2025.
  11. ^ Adkins, Frankie (28 Mei 2021). "20 Dog Breeds That No Longer Exist" [20 Baka Anjing yang Tidak Wujud Lagi] (dalam bahasa Inggeris). Newsweek. Dicapai pada 25 Mei 2025.
  12. ^ Rodriguez, Olga R. (15 Februari 2014). "Aztec dog burial site found in Mexico City" [Tapak pengebumian anjing Aztek ditemukan di Bandar Raya Mexico] (dalam bahasa Inggeris). Phys.org. Dicapai pada 25 Mei 2025.
  13. ^ Cheesman, Paul Robert (Musim Sejuk 1969). "The Wheel in Ancient America" [Roda di Amerika Kuno]. BYU Studies (dalam bahasa Inggeris). Universiti Brigham Young. 9 (2): 185–197. ISSN 2837-004X. JSTOR 43044922. S2CID 56004382.
  14. ^ "Dog Effigy" [Orang-orangan Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Muzium Seni Walters. Dicapai pada 25 Mei 2025.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.