Serigala Itali

Serigala Itali
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Caniformia
Keluarga: Canidae
Genus: Canis
Spesies:
Subspesies:
C. l. italicus
Nama trinomial
Canis lupus italicus
Altobello, 1921[2]
Julat wilayah serigala Itali: merah: kehadiran stabil; kuning: kehadiran tidak nalar

Serigala Itali (Canis lupus italicus[2][3][4][1][5] atau Canis lupus lupus[6]), yang juga dikenali sebagai serigala Appennino,[7][8] ialah satu subspesies serigala kelabu yang asli di Semenanjung Itali. Ia menghuni Pergunungan Appennino dan Pergunungan Alp Barat, walaupun ia sedang mengalami perluasan ke arah utara dan timur. Setakat tahun 2022, populasi serigala di dalam Itali dianggarkan berjumlah sebanyak 3,307 ekor individu.[9] Walaupun tidak diiktiraf secara sejagat sebagai subspesies tersendiri,[6] ia tetap memiliki haplotip mtDNA unik[10][11][12] dan morfologi tengkorak berbeza.[3]

Ia telah dilindungi dengan ketat di Itali sejak tahun 1970-an, ketika populasinya mencapai paras terendah sebanyak 70–100 ekor individu. Populasinya semakin meningkat dari segi bilangan, walaupun pemburuan haram dan penindasan masih menjadi ancaman. Sejak tahun 1990-an, julat wilayah serigala Itali telah berkembang ke Perancis tenggara[13] dan ke Switzerland.[14]

Serigala Itali ditampilkan dengan menonjol dalam budaya Latin dan budaya Itali, seperti Serigala Betina dalam pengasasan Rom yang menjadi legenda.[15] Atas sebab ini, ia secara tidak rasmi dianggap sebagai haiwan kebangsaan bagi Itali.[16][17]

Taksonomi

Ilustrasi bandingan Giuseppe Altobello tentang tengkorak dan kegigian C. l. lupus (a) dan C. l. italicus (b)
Kawanan serigala Itali di Taman Negara Abruzzo, Lazio, dan Molise

Serigala Itali moden pertama kali diiktiraf sebagai subspesies tersendiri pada tahun 1921 oleh ahli zoologi Giuseppe Altobello,[2] yang mencatatkan bahawa warna dan tengkoraknya berbeza daripada yang pada serigala Eropah biasa. Beliau menerangkan tengkorak populasi Itali sebagai tengkorak yang lebih bulat dari segi bentuk berbanding dengan yang pada serigala Eropah biasa, dengan gigi lebih kecil yang dekat-dekat menghampiri tengkorak pada anjing dan jakal keemasan dari segi penampilan.[18] Pengelasan Altobello kemudiannya ditolak oleh beberapa pengarang, termasuk Reginald Innes Pocock, yang mensinonimkan C. l. italicus dengan C. l. lupus.[3] Pada tahun 2002, ahli paleontologi terkemuka R. M. Nowak menegaskan kedistingtifan morfologi bagi serigala Itali semula dalam sebuah kajian tentang tengkorak serigala kelabu dari Itali, tempat lain di Eurasia, dan tengkorak anjing. Hasil keputusan daripada pentaksiran ini menunjukkan bahawa tiada pertindihan dari segi morfologi tengkorak bagi serigala Itali dan serigala kelabu lain dan anjing. Antara ciri yang ditemukan yang membezakan serigala Itali merupakan lelangit agak sempitnya di antara geraham-geraham kecil pertama, perisai frontal lebar, dan tulang jugal cetek. Kajian ini mengesyorkan pengiktirafan Canis lupus italicus.[3]

Setakat tahun 2005,[6] ia dikelaskan oleh edisi ketiga Mammal Species of the World secara bersinonim dengan C. l. lupus. Walau bagaimanapun, Pusat Maklumat Bioteknologi Kebangsaan sememangnya menyenaraikan dan menerbitkan kertas penyelidikan yang mengiktiraf kedistingtifannya.[19][20][21]

Zuriat

Spesimen terakhir bagi serigala Mosbach Canis mosbachensis di Eropah bertarikh ke 456–416 ribu tahun lalu, ketika ia membawa kepada kebangkitan serigala Canis lupus. Tinggalan-tinggalan terawal daripada serigala di Eropah ditemukan di tapak Pleistosen Pertengahan La Polledrara di Cecanibbio, 20 km (12 bt) ke barat laut Rom di dalam endapan yang bertarikh 406 ribu tahun lalu.[22][23] Analisis genetik bagi serigala Appennino menunjukkan bahawa ia mengalami penurunan populasi sebanyak 100–1,000 kali ganda pada 4,700–23,800 tahun lalu, yang menunjukkan pengasingan genetik di selatan Pergunungan Alp daripada populasi serigala lain selama beribu-ribu tahun.[24]

Pada tahun 1992, pemeriksaan terhadap DNA mitokondrion (mDNA) bagi 26 populasi serigala kelabu di seluruh dunia mendedahkan bahawa serigala Itali mempunyai satu haplotip (mutasi) mitokondrion unik yang tidak dikongsi oleh mana-mana populasi serigala kelabu lain.[10] Ujian lanjut terhadap mDNA serigala kelabu mendedahkan bahawa, tidak seperti beberapa populasi serigala kelabu Eropah, serigala Itali tidak mengongsi haplotip dengan sama ada serigala kelabu lain atau anjing bela jinak.[11][24] Pada tahun 2010, sebuah kajian membandingkan haplotip mDNA bagi 24 spesimen serigala purba dari Eropah Barat yang bertarikh antara 44,000 dengan 1,200 tahun sebelum kini dengan haplotip mDNA bagi serigala kelabu moden. Pokok filogenetik menunjukkan bahawa haplotip berkenaan mewakili dua kelompok haplo yang dipisahkan oleh lima langkah mutasi. Sampel serigala purba dari Eropah Barat kesemuanya tergolong dalam kelompok haplo 2, yang menunjukkan keketaraan kelompok haplo 2 di rantau ini selama melebihi 40,000 tahun sebelum dan selepas Maksimum Glasier Terakhir. Perbandingan frekuensi semasa dan frekuensi masa lampau menunjukkan bahawa, di Eropah, kelompok haplo 2 diatasi dari segi bilangan oleh kelompok haplo 1 sepanjang beberapa ribu tahun lalu, tetapi, di Amerika Utara, kelompok haplo 2 menjadi pupus dan digantikan oleh kelompok haplo 1 selepas Maksimum Glasier Terakhir. Serigala Itali ialah satu-satunya subspesies serigala kelabu tersisa yang termasuk dalam kelompok haplo purba ini[25] sejak kepupusan serigala Honshu.[26]

Pada tahun 2016, sebuah kajian tentang jujukan mDNA bagi serigala moden dan serigala purba menunjukkan bahawa, di Eropah, dua haplotip paling berbeza secara genetik membentuk serigala Iberia dan secara berasingan serigala Itali. Pokok filogenetik yang dijana daripada jujukan tersebut menunjukkan serigala Itali yang berkedudukan dekat dengan serigala purba dari Pleistosen Akhir.[27] Pada tahun 2017, sebuah kajian mendapati haplotip mDNA kedua yang dimiliki oleh serigala Itali dan menyeru agar serigala Itali yang berbeza secara morfologi dan secara genetik dianggap sebagai subspesies.[28]

Pada tahun 2019, sebuah kajian mDNA tentang 19 sampel serigala Pleistosen Akhir-Holosen dari Itali utara mendapati bahawa sampel-sampel ini tergolong dalam kelompok haplo mitokondrion 2 kecuali satu sampel. Empat daripada enam haplotip terkesan memadani serigala Bering purba, serigala purba dari Eropah utara, sesetengah populasi serigala Eropah dan populasi serigala China moden, dan berkait rapat dengan dua haplotip yang buat masa ini terdapat pada serigala Itali. Haplotip serigala Itali hanya sejauh satu atau dua mutasi daripada haplotip serigala Pleistosen, yang menunjukkan mutasi di suaka glasier Itali-nya. Populasi serigala Itali mewakili keunikan genetik yang disoroti dalam beberapa kajian DNA mitokondrion dan kajian DNA nukleus. Ia merupakan satu-satunya populasi serigala tersisa di Eropah yang tergolong secara eksklusif dalam kelompok haplo mDNA yang pernah tersebar luas di Eropah tengah dan barat selama melebihi 40,000 tahun dan di Amerika Utara sehingga Maksimum Glasier Terakhir. Tambahan pula, satu spesimen kanid dari tapak arkeologi Cava Filo di San Lazzaro di Savena, Bologna, tergolong dalam haplotip klad A anjing bela jinak — melalui pentarikhan radiokarbon, ia berusia 24,700 tahun.[29]

Pada tahun 2020, sebuah kajian genomik tentang serigala Eurasia mendapati bahawa populasi di rantau Pergunungan Alp Dinara-Balkan, di semenanjung Iberia, dan di Itali mencapah daripada satu sama lain pada 10,500 tahun lalu disusuli oleh aliran gen boleh abai sesama populasi-populasi ini. Pengasingan jangka panjang mungkin menjelaskan perbezaan morfologi dan perbezaan genetik sesama populasi-populasi ini.

Gambar rajah mandibel serigala menunjukkan nama dan kedudukan gigi
Ukuran gigi pencabik min serigala Itali (milimeter) merentasi tahun (ribuan) sebelum kini[30]
Pemboleh ubah gigi 90 55 50 45 40 30 20 Kini
panjang m1 bawah 24.5 24.0 28.0 28.5 27.5 28.0 29.0 27.0
lebar m1 bawah 10.0 9.5 11.25 11.75 11.25 11.5 12.0 11.0
panjang P4 atas 22.0 25.0 24.75 26.0 24.5 24.0 25.5 24.0
lebar P4 atas 8.75 8.9 9.5 10.0 10.5 9.5 10.0 9.75
Canis

Jakal keemasan 1.9 juta tahun sebelum kini[31]




Koyote 1.1 juta tahun sebelum kini[31]


Canis lupus

Serigala Himalaya 630,000 tahun sebelum kini[32]




Serigala kelabu India 270,000 tahun sebelum kini[32]



Kelompok haplo 2

Serigala Itali (Semenanjung Appennino sahaja)[25]



klad B (kawasan-kawasan terpencil di Eurasia sahaja)[25]



klad C (kawasan-kawasan terpencil di Eurasia sahaja)[25]





Anjing 40,000 tahun sebelum kini[33]


Kelompok haplo 1

Serigala kelabu Holartik 40,000 tahun sebelum kini[33]








Canis lupus maximus

Canis lupus maximus (Boudadi-Maligne, 2012) ialah satu subspesies yang lebih besar berbanding dengan semua fosil lain yang diketahui dan serigala ekstan dari Eropah Barat. Tinggalan-tinggalan terfosil bagi subspesies Pleistosen Akhir ini ditemukan di serata kawasan luas di Perancis barat daya di gua Jaurens, Nespouls, Corrèze, yang bertarikh 31,000 tahun sebelum kini; di gua Maldidier, La Roque-Gageac, Dordogne, yang bertarikh 22,500 tahun sebelum kini; dan di lubang perangkap Gral, Sauliac-sur-Célé, Lot, yang bertarikh 16,000 tahun sebelum kini. Tulang panjang serigala ini adalah 10% lebih panjang berbanding dengan yang pada serigala Eropah ekstan dan 20% lebih panjang berbanding dengan leluhur barang kalinya, iaitu C. l. lunellensis. Giginya tegap, dentikul posterior pada geraham kecil bawah p2, p3, p4 dan P2 dan P3 atas adalah sangat berkembang, dan garis pusat gigi pencabik bawah (m1) adalah lebih besar berbanding dengan mana-mana serigala Eropah yang diketahui. Saiz badan serigala di Eropah telah mengikuti peningkatan mantap dari kemunculan pertamanya sehingga puncak Maksimum Glasier Terakhir. Saiz bagi serigala ini dianggap sebagai penyesuaian terhadap persekitaran sejuk (hukum Bergmann) dan banyak buruan, kerana tinggalan-tinggalannya telah ditemukan dalam perkaitan dengan fosil rusa kutub.[34]

Dalam sebuah kajian tahun 2017, dimensi bagi gigi pencabik atas dan bawah bagi serigala Itali adalah hampir dengan yang pada C. l. maximus. Naik turun dari segi saiz bagi gigi pencabik C. lupus berkorelasi dengan persebaran megafauna. Serigala Itali mengalami pengurangan dari segi saiz badan dengan kelenyapan rusa merah semasa Renaisans Itali hanya beberapa abad lalu.[7]

Rujukan

  1. ^ a b Boitani, Luigi; Phillips, Michael K.; Jhala, Yadvendradev Vikramsinh (2023). "Grey Wolf" [Serigala Kelabu]. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN (dalam bahasa Inggeris). 2023. doi:10.2305/IUCN.UK.2023-1.RLTS.T3746A247624660.en.
  2. ^ a b c Altobello, Giuseppe Carlo Emilio (1921). Fauna dell'Abruzzo e del Molise - Mammiferi - I Carnivori (Carnivora) [Fauna di Abruzzo dan di Molise: Mamalia: Karnivor (Carnivora)] (dalam bahasa Itali). 4. Campobasso, Itali: Colitti e Figlio. m/s. 38–45.
  3. ^ a b c d Nowak, Ronald M.; Federoff, Nicholas E. (September 2002). "The systematic status of the Italian wolf Canis lupus" [Status sistematik bagi serigala Itali Canis lupus]. Acta Theriologica (dalam bahasa Inggeris). Springer Science+Business Media. 47 (3): 333–338. Bibcode:2002AcTh...47..333N. doi:10.1007/BF03194151. ISSN 2199-241X. S2CID 366077.
  4. ^ Castelló, José R. (11 September 2018). "Ch.2 - Wolf-like Canids" [Bab 2 - Kanid Mirip Serigala]. Canids of the World: Wolves, Wild Dogs, Foxes, Jackals, Coyotes, and Their Relatives [Kanid di Dunia: Serigala, Anjing Liar, Rubah, Jakal, Koyote, dan Kerabat] (dalam bahasa Inggeris). Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat: Princeton University Press. m/s. 76. ISBN 9780691183725. OCLC 1028165215.
  5. ^ "Grey wolf" [Serigala kelabu] (dalam bahasa Inggeris). Kumpulan Pakar Kanid IUCN/SSC. Dicapai pada 8 Ogos 2026.
  6. ^ a b c Wozencraft, W. C. (2005). "Canis lupus lupus". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 575–577. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  7. ^ a b Salari, Leonardo; Achino, Katia Francesca; Gatta, Maurizio; Petronio, Carmelo; Rolfo, Mario Federico; Silvestri, Letizia; Pandolfi, Luca (25 Mac 2017). "The wolf from Grotta Mora Cavorso (Simbruini mountains, Latium) within the evolution of Canis lupus L., 1758 in the Quaternary of Italy" [Serigala dari Grotta Mora Cavorso (Pergunungan Simbruini, Latium) dalam evolusi Canis lupus L., 1758 pada Kuaterner di Itali]. Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 476: 90–105. Bibcode:2017PPP...476...90S. doi:10.1016/j.palaeo.2017.03.023. hdl:2108/209304. ISSN 1872-616X. S2CID 133102248.
  8. ^ Sardella, Raffaele; Bertè, Davide Federico; Iurino, Dawid Adam; Cherin, Marco; Tagliacozzo, Antonio Jakov (2 Disember 2013). "The wolf from Grotta Romanelli (Apulia, Italy) and its implications in the evolutionary history of Canis lupus in the Late Pleistocene of Southern Italy" [Serigala dari Grotta Romanelli (Apulia, Itali) dan implikasinya dalam sejarah evolusi bagi Canis lupus pada Pleistosen Akhir di Itali Selatan]. Quaternary International (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 328–329: 179–195. Bibcode:2014QuInt.328..179S. doi:10.1016/j.quaint.2013.11.016. hdl:11573/552726. ISSN 1873-4553. S2CID 128820453.
  9. ^ "Risultati" [Hasil keputusan] (dalam bahasa Itali). Istituto Superiore per la Protezione e la Ricerca Ambientale. Dicapai pada 8 Ogos 2026.
  10. ^ a b Wayne, Robert Keith; Lehman, Niles; Allard, Marc W.; Honeycutt, Rodney L. (Disember 1992). "Mitochondrial DNA Variability of the Gray Wolf: Genetic Consequences of Population Decline and Habitat Fragmentation = Variabilidad del ADN mitocondrial del lobo gris: concecuencias genéticas de la declinación poblacional y fragmentación del hábitat" [Kebolehubahan DNA Mitokondrion bagi Serigala Kelabu: Akibat Genetik daripada Penurunan Populasi dan Pemecahan Habitat]. Conservation Biology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 6 (4): 559–569. Bibcode:1992ConBi...6..559W. doi:10.1046/j.1523-1739.1992.06040559.x. ISSN 1523-1739. JSTOR 2386366. S2CID 85293539.
  11. ^ a b Randi, Ettore; Lucchini, Vittorio; Christensen, Mads Fjeldsø; Mucci, Nadia; Funk, Stephan Michael; Dolf, Gaudenz Jürg; Loeschcke, Volker (April 2000). "Mitochondrial DNA Variability in Italian and East European Wolves: Detecting the Consequences of Small Population Size and Hybridization = Variabilidad en el ADN Mitocondrial de Lobos Italianos y de Europa Oriental: Detección de las Consecuencias de un Tamaño Poblacional Pequeño y de la Hibridización" [Kebolehubahan DNA Mitokondrion pada Serigala Itali dan Serigala Eropah Timur: Pengesanan Akibat daripada Saiz Populasi Kecil dan Penghibridan]. Conservation Biology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 14 (2): 464–473. Bibcode:2000ConBi..14..464R. doi:10.1046/j.1523-1739.2000.98280.x. ISSN 1523-1739. JSTOR 2641612. S2CID 86614655.
  12. ^ Imbert, Camille; Caniglia, Romolo; Fabbri, Elena; Milanesi, Pietro; Randi, Ettore; Serafini, Matteo; Torretta, Elisa; Meriggi, Alberto (16 Januari 2016). "Why do wolves eat livestock?: Factors influencing wolf diet in northern Italy" [Mengapakah serigala memakan haiwan ternakan?: Faktor-faktor yang mempengaruhi diet serigala di Itali utara]. Biological Conservation (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 195: 156–168. Bibcode:2016BCons.195..156I. doi:10.1016/j.biocon.2016.01.003. hdl:11571/1111209. ISSN 1873-2917. S2CID 87399626.
  13. ^ "PLAN D'ACTION NATIONAL SUR LE LOUP 2008-2012" [RANCANGAN TINDAKAN KEBANGSAAN MENGENAI SERIGALA 2008–2012] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Majlis Umum Makanan, Pertanian, dan Kawasan Luar Bandar. 2013. m/s. 78. Dicapai pada 8 Ogos 2026.
  14. ^ Glenz, Christian; Massolo, Alessandro; Kuonen, Diego; Schlaepfer, Rodolphe (8 Jun 2001). "A wolf habitat suitability prediction study in Valais (Switzerland)" [Kajian ramalan kesesuaian habitat serigala di Valais (Switzerland)]. Landscape and Urban Planning (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 55 (1): 55–65. Bibcode:2001LUrbP..55...55G. doi:10.1016/S0169-2046(01)00119-0. hdl:11568/833042. ISSN 1872-6062. S2CID 85360826.
  15. ^ Livius, Titus (1797). The History of Rome [Sejarah Rom] (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Baker, George Melville.
  16. ^ Minahan, James B. (23 Disember 2009). The Complete Guide to National Symbols and Emblems [Panduan Lengkap untuk Lambang dan Jata Kebangsaan] (dalam bahasa Inggeris). Santa Barbara, California, Amerika Syarikat: Greenwood Publishing Group. m/s. 436. ISBN 9780313344978. OCLC 993656725.
  17. ^ Blashfield, Jean F. (September 2008). Italy [Itali] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Scholastic Corporation. m/s. 33. ISBN 9780531120996. OCLC 760051393.
  18. ^ Altobello, Giuseppe Carlo Emilio (1925). Vertebrati del Molise e dell'Abruzzo [Vertebrat di Molise dan di Abruzzo] (dalam bahasa Itali). Campobasso, Itali. m/s. 231–255.
  19. ^ "Canis lupus italicus - Search Results" [Canis lupus italicus - Hasil Gelintar] (dalam bahasa Inggeris). PubMed. Dicapai pada 8 Ogos 2026.
  20. ^ Zeira, Offer; Briola, Chiara; Konar, Martin; Płonek, Marta; Papa, Valentina (31 Disember 2013). "CLINICAL AND DIAGNOSTIC IMAGING FINDINGS IN AN ITALIAN WOLF (CANIS LUPUS ITALICUS) WITH DISCOSPONDYLITIS" [PENEMUAN PENGIMEJAN KLINIKAL DAN DIAGNOSTIK PADA SEEKOR SERIGALA ITALI (CANIS LUPUS ITALICUS) DENGAN DISKOSPONDILITIS]. Journal of Zoo and Wildlife Medicine (dalam bahasa Inggeris). American Association of Zoo Veterinarians. 44 (4): 1086–1089. doi:10.1638/2013-0007R1.1. ISSN 1937-2825. JSTOR 24550113. PMID 24450075. S2CID 39344874.
  21. ^ Gori, Francesca; Armua-Fernandez, Maria Teresa; Milanesi, Pietro; Serafini, Matteo; Magi, Marta; Deplazes, Peter; Macchioni, Fabio (15 Mei 2015). "The occurrence of taeniids of wolves in Liguria (northern Italy)" [Kehadiran teniid serigala di Liguria (Itali utara)]. International Journal for Parasitology: Parasites and Wildlife (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 4 (2): 252–255. Bibcode:2015IJPPW...4..252G. doi:10.1016/j.ijppaw.2015.04.005. hdl:11568/821989. ISSN 2213-2244. PMC 4443502. PMID 26042204. S2CID 14848460.
  22. ^ Iurino, Dawid Adam; Mecozzi, Beniamino; Iannucci, Alessio; Moscarella, Alfio; Strani, Flavia; Bona, Fabio; Gaeta, Mario; Sardella, Raffaele (25 Februari 2022). "A Middle Pleistocene wolf from central Italy provides insights on the first occurrence of Canis lupus in Europe" [Seekor serigala Pleistosen Pertengahan dari Itali tengah memberikan pandangan tentang kehadiran pertama Canis lupus di Eropah]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 12 (1). Bibcode:2022NatSR..12.2882I. doi:10.1038/s41598-022-06812-5. hdl:11573/1616892. ISSN 2045-2322. PMC 8881584 Check |pmc= value (bantuan). PMID 35217686 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 247129642 Check |s2cid= value (bantuan). Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  23. ^ Anzidei, Anna Paola; Bulgarelli, Grazia Maria; Catalano, Paola; Cerilli, Eugenio; Gallotti, Rosalia; Lemorini, Cristina; Milli, Salvatore; Palombo, Maria Rita; Pantano, Walter Benedetto; Santucci, Ernesto (17 Jun 2011). "Ongoing research at the late Middle Pleistocene site of La Polledrara di Cecanibbio (central Italy), with emphasis on human–elephant relationships" [Penyelidikan berlangsung di tapak Pleistosen Pertengahan akhir La Polledrara di Cecanibbio (Itali tengah), dengan tekanan terhadap hubungan manusia–gajah]. Quaternary International (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 255: 171–187. Bibcode:2012QuInt.255..171A. doi:10.1016/j.quaint.2011.06.005. hdl:11573/380519. ISSN 1873-4553. S2CID 140549297.
  24. ^ a b Randi, Ettore (26 Oktober 2006). "Population genetics of wolves (Canis lupus)" [Genetik populasi serigala (Canis lupus)]. Dalam Weiss, Steven; Ferrand de Almeida, Nuno Miguel dos Santos (penyunting). Phylogeography of Southern European Refugia [Filogeografi Suaka Eropah Selatan] (dalam bahasa Inggeris). Dordrecht, Belanda: Springer Science+Business Media. m/s. 118–121. doi:10.1007/1-4020-4904-8_3. ISBN 9781402049033. OCLC 76809081.
  25. ^ a b c d Pilot, Małgorzata; Branicki, Wojciech; Jędrzejewski, Włodzimierz; Goszczyński, Jacek; Jędrzejewska, Bogumiła Ewa; Dykyy, Ihor Vasylʹovich; Shkvyria, Maryna; Tsingarska-Sedefcheva, Elena (21 April 2010). "Phylogeographic history of grey wolves in Europe" [Sejarah filogeografi serigala kelabu di Eropah]. BMC Evolutionary Biology (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 10 (1). Bibcode:2010BMCEE..10..104P. doi:10.1186/1471-2148-10-104. hdl:10779/lincoln.24404275. ISSN 2730-7182. PMC 2873414. PMID 20409299. S2CID 4816214. Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  26. ^ Matsumura, Shuichi; Inoshima, Yasuo; Ishiguro, Naotaka (12 Ogos 2014). "Reconstructing the colonization history of lost wolf lineages by the analysis of the mitochondrial genome" [Membina sejarah kolonisasi semula bagi zuriat-zuriat serigala lenyap melalui analisis genom mitokondrion]. Molecular Phylogenetics and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Academic Press. 80: 105–112. Bibcode:2014MolPE..80..105M. doi:10.1016/j.ympev.2014.08.004. ISSN 1095-9513. PMID 25132126. S2CID 5136355.
  27. ^ Ersmark, Erik Ivar; Klütsch, Cornelya F. C.; Chan, Yvonne L.; Sinding, Mikkel Holger Strander; Fain, Steven R.; Illarionova, Natalia A.; Oskarsson, Mattias C. R.; Uhlén, Carl Erik Mathias; Zhang, Yaping; Dalén, Love; Savolainen, Carl Peter Olavi (2 Disember 2016). Padhukasahasram, Badri K. (penyunting). "From the Past to the Present: Wolf Phylogeography and Demographic History Based on the Mitochondrial Control Region" [Dari Masa Lalu hingga Kini: Filogeografi dan Sejarah Demografi Serigala Berdasarkan Kawasan Kawalan Mitokondrion]. Frontiers in Ecology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Frontiers Media. 4. Bibcode:2016FrEEv...4..134E. doi:10.3389/fevo.2016.00134. ISSN 2296-701X. S2CID 19954938. Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  28. ^ Montana, Luca; Caniglia, Romolo; Galaverni, Marco; Fabbri, Elena; Randi, Ettore (22 Januari 2017). "A new mitochondrial haplotype confirms the distinctiveness of the Italian wolf (Canis lupus) population" [Satu haplotip mitokondrion baharu mengesahkan kedistingtifan bagi populasi serigala Itali (Canis lupus)]. Mammalian Biology (dalam bahasa Inggeris). Springer Science+Business Media. 84: 30–34. Bibcode:2017MamBi..84...30M. doi:10.1016/j.mambio.2017.01.005. ISSN 1618-1476. S2CID 89760751.
  29. ^ Ciucani, Marta Maria; Palumbo, Davide; Galaverni, Marco; Serventi, Patrizia; Fabbri, Elena; Ravegnini, Gloria; Angelini, Sabrina; Maini, Elena; Persico, Davide; Caniglia, Romolo; Cilli, Elisabetta (27 Mac 2019). Amorim dos Santos, António Manuel (penyunting). "Old wild wolves: ancient DNA survey unveils population dynamics in Late Pleistocene and Holocene Italian remains" [Serigala liar tua: tinjauan DNA purba mendedahkan dinamik populasi pada tinggalan-tinggalan Pleistosen Akhir dan Holosen dari Itali]. PeerJ (dalam bahasa Inggeris). PeerJ. 7. Bibcode:2019PeerJ...7e6424C. doi:10.7717/peerj.6424. hdl:11585/684572. ISSN 2167-8359. PMC 6441319. PMID 30944772. S2CID 92994269. Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  30. ^ Sansalone, Gabriele; Bertè, Davide Federico; Maiorino, Leonardo; Pandolfi, Luca (14 Januari 2015). "Evolutionary trends and stasis in carnassial teeth of European Pleistocene wolf Canis lupus (Mammalia, Canidae)" [Trend dan stasis evolusi pada gigi pencabik bagi serigala Pleistosen Eropah Canis lupus (Mammalia, Canidae)]. Quaternary Science Reviews (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 110: 36–48. doi:10.1016/j.quascirev.2014.12.009. hdl:11380/1318343. ISSN 1873-457X. S2CID 129889350.
  31. ^ a b Koepfli, Klaus-Peter; Pollinger, John P.; Barata Godinho, Maria Raquel; Robinson, Jacqueline Anita; Lea, Amanda Jeanne; Hendricks, Sarah A.; Schweizer, Rena M.; Thalmann, Olaf; da Silva, Pedro Manuel Soares; Fan, Zhenxin; Yurchenko, Andrey Aleksandrovich; Dobrynin, Pavel Vladimirovich; Makunin, Aleksey Igorevich; Cahill, James Andrew; Shapiro, Beth Alison; Álvares, Francisco Jorge; Alcobia Rogado de Brito, José Carlos; Geffen, Eli; Leonard, Jennifer A.; Helgen, Kristofer Michael; Johnson, Warren E.; O'Brien, Stephen James; Van Valkenburgh, Blaire; Wayne, Robert Keith (30 Julai 2015). "Genome-wide Evidence Reveals that African and Eurasian Golden Jackals Are Distinct Species" [Bukti Rentas Genom Mendedahkan bahawa Jakal Keemasan Afrika dan Eurasia Merupakan Spesies Berlainan]. Current Biology (dalam bahasa Inggeris). Cell Press. 25 (16): 2158–2165. Bibcode:2015CBio...25.2158K. doi:10.1016/j.cub.2015.06.060. hdl:10088/26889. ISSN 0960-9822. PMID 26234211. S2CID 16379927.
  32. ^ a b Aggarwal, Ramesh Kumar; Kivisild, Toomas; Ramadevi, Jetty; Singh, Lalji (11 April 2007). "Mitochondrial DNA coding region sequences support the phylogenetic distinction of two Indian wolf species = Des séquences de la région codante de l'ADNmt supportent la distinction phylogénétique de deux espéces de loups indiennes" [Jujukan-jujukan kawasan pengekodan DNA mitonkondrion menyokong pembezaan filogenetik bagi dua spesies serigala India]. Journal of Zoological Systematics and Evolutionary Research (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 45: 163–172. doi:10.1111/j.1439-0469.2006.00400.x. ISSN 1439-0469. S2CID 86139210.
  33. ^ a b Skoglund, Pontus; Ersmark, Erik Ivar; Palkopoulou, Eleftheria; Dalén, Love (21 Mei 2015). "Ancient Wolf Genome Reveals an Early Divergence of Domestic Dog Ancestors and Admixture into High-Latitude Breeds" [Genom Serigala Purba Mendedahkan Pencapahan Awal Leluhur Anjing Bela Jinak dan Percampuran ke Dalam Baka Latitud Tinggi]. Current Biology (dalam bahasa Inggeris). Cell Press. 25 (11): 1515–1519. Bibcode:2015CBio...25.1515S. doi:10.1016/j.cub.2015.04.019. ISSN 0960-9822. PMID 26004765. S2CID 15117630.
  34. ^ Boudadi-Maligne, Myriam (31 Oktober 2012). "Une nouvelle sous-espèce de loup ( Canis lupus maximus nov. subsp.) dans le Pléistocène supérieur d'Europe occidentale = A new subspecies of wolf (Canis lupus maximus nov. subsp.) from the upper Pleistocene of Western Europe" [Subspesies baharu serigala (Canis lupus maximus nov subsp.) dari Pleistosen Atas di Eropah Barat]. Comptes Rendus Palévol (dalam bahasa Perancis dan Inggeris). Akademi Sains Perancis. 11 (7): 475–484. Bibcode:2012CRPal..11..475B. doi:10.1016/j.crpv.2012.04.003. ISSN 1631-0683. S2CID 128421298.

Bacaan lanjut

  • Apollonio, Marco; Mattioli, Luca, penyunting (2006). Il lupo in provincia di Arezzo [Serigala di wilayah Arezzo] (dalam bahasa Itali). Montepulciano, Itali: Editrice Le Balze. ISBN 9788875391232. OCLC 224390501.
  • Boitani, Luigi (1988). Dalla parte del lupo - La riscoperta scientifica e culturale del mitico predatore [Di sisi serigala: penemuan semula saintifik dan kebudayaan pemangsa mitos] (dalam bahasa Itali) (ed. ke-2). Milan, Itali: Mondadori. ISBN 9788837409920. OCLC 1603363594.
  • Campora, Massimo; Cottalasso, Renato; Diviacco, Giovanni (2009). Sulle tracce del lupo in Liguria [Di Denai Serigala di Liguria] (dalam bahasa Itali). Imperia, Itali: Grafiche Amadeo. ISBN 9788889104569. OCLC 860589312.
  • Comincini, Mario, penyunting (2002). L'uomo e la "bestia antropofaga" - Storia del lupo nell'Italia settentrionale dal XV al XIX secolo [Manusia dan "Binatang Pemakan Manusia": Cerita Serigala di Itali Utara dari Abad Ke-15 hingga Abad Ke-19] (dalam bahasa Itali). Milan, Itali: Unicopli. ISBN 9788840007748. OCLC 50779677.
  • Ferrari, Marco Albino (2012). La via del lupo - Nella natura selvaggia dall'Appennino alle Alpi [Jalan Serigala: Di Alam Liar dari Appennino ke Alp] (dalam bahasa Itali) (ed. ke-1). Rom, Itali: Editori Laterza. ISBN 9788842056003. OCLC 817538038.
  • Genovesi, Piero, penyunting (2002). "Piano d'azione nazionale per la conservazione del Lupo (Canis lupus)" [Rancangan tindakan kebangsaan untuk pemuliharaan Serigala (Canis lupus)] (pdf) (dalam bahasa Itali). Kementerian Alam Sekitar dan Perlindungan Wilayah dan Laut. Dicapai pada 8 Ogos 2026.
  • Marucco, Francesca (2014). Il lupo - Biologia e gestione sulle Alpi e in Europa [Serigala: Biologi dan Pengurusan di Pergunungan Alp dan di Eropah] (dalam bahasa Itali). Gavi, Itali: Il Piviere. ISBN 9788896348239. OCLC 898740519.
  • Marucco, Francesca (2015). I lupi delle Alpi Marittime - Storie e curiosità sui branchi che per primi hanno ricolonizzato le Alpi [Serigala di Pergunungan Alp Pesisir: Cerita dan Keanehan tentang Kawanan yang Mula-mula Mengkolonisasi Pergunungan Alp Semula] (dalam bahasa Itali). Blu Edizioni. ISBN 9788879042000. OCLC 953791397.
  • Meriggi, Alberto; Brangi, Anna; Matteucci, Carlo; Sacchi, Oreste (Januari 1996). "The feeding habits of wolves in relation to large prey availability in northern Italy" [Tabiat pemakanan bagi serigala sehubungan dengan ketersediaan mangsa besar di Itali utara]. Ecography (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 19 (3): 287–295. Bibcode:1996Ecogr..19..287M. doi:10.1111/j.1600-0587.1996.tb01256.x. hdl:11571/574139. ISSN 1600-0587. JSTOR 3682915. S2CID 84714636.
  • Rissanen, Mika (2012). "The Hirpi Sorani and the Wolf Cults of Central Italy" [Hirpi Sorani dan Kultus Serigala di Itali Tengah]. Arctos: Acta Philologica Fennica (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Klasik Finland. 46: 115–135. doi:10.71390/arctos.85100 Check |doi= value (bantuan). ISSN 2814-855X. S2CID 279131238 Check |s2cid= value (bantuan).

Templat:Lambang kebangsaan Itali

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.