Haplotip


Haplotip (genotip haploid) merupakan gugusan gen dalam sebuah organisme yang diwarisi sama-sama daripada sebelah induk (sama ada ibu atau bapa).[1][2] Haplogrup ialah gugusan haplotip serupa yang berkongsi sama leluhur dengan mutasi polimorfisme neuklotid tunggal.[3][4] DNA mitokondrion menerusi keturunan saka (sebelah ibu) selama ribuan tahun.[3] Namun istilah haplotip ada beberapa definisi spesifik dalam bidang genetik. Pertama, ia merupakan kependekan bagi genotip haploid, iaitu himpunan alel tertentu (iaitu jujukan DNA spesifik) dalam gugusan gen yang berkait rapat pada kromosom yang barangkali diwarisi bersama-sama, iaitu barangkali akan dipelihara sebagai jujukan yang bermandiri dengan pembiakan turun-temurun.[5][6]
Definisi kedua: set polimorfisme neuklotid tunggal (SNP) pada satu kromosom yang sering berlaku bersama-sama, iaitu yang berasosiasi statistik. Dipercayai bahawa mengenal pasti asosiasi statistik ini serta beberapa alel bagi sesebuah jujukan haplotip tertentu boleh memudahkan pengenalpastian semua tapak polimorfik lain sebegini yang berhampiran pada kromosom berkenaan. Maklumat sebegini amat penting untuk mengkaji genetik penyakit umum yang sesungguhnya telah diselidik dalam manusia oleh International HapMap Project.[7][8]
Definisi ketiga: Banyak pertubuhan menguji genetik manusia menggunakan istilah 'haplotip' untuk memaksudkan himpunan mutasi tertentu di dalam segmen genetik yang tertentu. Istilah 'haplogrup' memaksudkan mutasi SNP/polimorfisme peristiwa unik (UEP) yang mewakili klad yang merangkumi sesebuah himpunan haplotip manusia tertentu. (Klad juga bermaksud set orang yang sama leluhur.)[9]
Kepelbagaian
Kepelbagaian haplotip mengukur keunikan sesebuah haplotip dalam sesebuah populasi. Kepelbagaian haplotip (H) dihitung seperti berikut:[10] yang mana ialah kekerapan haplotip (relatif) bagi setiap haplotip dalam sampel, dan ialah saiz sampel (bilangan organisme dalam populasi). Kepelbagaian haplotip dinyatakan untuk setiap satu sampel.
Rujukan
- ^ By C. Barry Cox, Peter D. Moore, Richard Ladle. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "cox2016" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Editorial Board, V&S Publishers, 2012, ISBN 9381588643 p137. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "editorial2012" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Arora, Devender; Singh, Ajeet; Sharma, Vikrant; Bhaduria, Harvendra Singh; Patel, Ram Bahadur (2015). Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "arora2015" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ International Society of Genetic Genealogy 2015 Genetics Glossary
- ^ BiologyPages/H/Haplotypes.html Kimball's Biology Pages (Creative Commons Attribution 3.0)
- ^ Nature SciTable
- ^ Empty citation (bantuan)
- ^ Empty citation (bantuan)
- ^ "Facts & Genes". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-09. Dicapai pada 2017-01-14.
- ^ Masatoshi Nei and Fumio Tajima, "DNA polymorphism detectable by restriction endonucleases", Genetics 97:145 (1981)
Pautan luar
- HapMap — laman utama International HapMap Project.
- Haplotype versus Haplogroup — perbezaan haplogrup dan haplotip.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.