Rahim Inteam

Rahim Inteam
Rahim Inteam
Kelahiran
Abdul Rahim bin Osman

(1980-09-09) 9 September 1980 (umur 45)
WarganegaraMalaysia
Nama lainRahim, Yem, Im
PendidikanIjazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan & Komunikasi
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lirik, usahawan
Tahun aktif1998-kini
PasanganSiti Hajar Mat Angsar (k. 2004)
Marina Samsuddin
Anak-anak7
Ibu bapaAllahyarham Osman Sudin (Bapa)
Kerjaya muzik
GenreNasyid
Alat muzikSuara Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat rakamanHijjaz Records (2002-2005)
Inteam Records (2005-kini)
Kegiatan berkaitan
Laman web rasmiAbdul Rahim Hj Osman
rahiminteam

Abdul Rahim bin Hj. Osman atau lebih dikenali sebagai Rahim Inteam merupakan salah seorang anggota kumpulan Inteam bersama tiga anggota lain iaitu Syah, Hazamin dan Hisyam yang terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan pada (1980-09-09) 9 September 1980 (umur 45) dan berasal dari Segamat, Johor.

Pendidikan

Rahim memulakan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat (SMKAS) dan seterusnya di Sekolah Tinggi Segamat (High School Segamat) Johor, di mana beliau membina asas akademik dan rohani yang kukuh.

Pada tahun 1998, beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Jurusan Sains Kemanusiaan, khususnya dalam bidang komunikasi.

Pada ketika itu, UIAM juga adalah tempat pengajian yang sama seperti anggota-anggota asal kumpulan Inteam yang lain. UIAM ketika itu, bukan sahaja terkenal dengan pendekatan pendidikannya yang berteraskan Islam, tetapi juga sebagai “universiti kilang nasyid” di Malaysia, kerana ramai kumpulan nasyid yang tersohor di negara ini bermula dan berkembang dari situ, menjadikan UIAM sebagai pusat bagi bakat-bakat muda yang mempunyai minat dan potensi dalam muzik nasyid di Malaysia.

Karier Nasyid & In-Team

1998-1999: Peringkat Awal

Pada tahun 1998, Rahim yang ketika itu bergelar mahasiswa di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), menyertai kumpulan nasyid Husaini yang juga kumpulan nasyid rasmi di Pusat Matrikulasi UIAM, yang turut dianggotai oleh Hisyam (kini anggota Inteam), Ariffin (kini anggota Hijjaz) dan Amin Idris (kini seorang pengacara & motivator). Pada masa yang sama, Rahim berpeluang mengenali anggota-anggota terawal In-Team, termasuk Syah dan Hazamin memandangkan mereka berada dalam "batch" yang sama. Rahim yang pada ketika itu sangat akrab dengan anggota In-Team, telah dijemput oleh mereka untuk membuat persembahan dalam sebuah konsert berskala besar, iaitu Konsert Keranamu Kosovo di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada tahun 1999.

Susulan daripada persembahan tersebut, beliau dilamar oleh In-Team untuk menghadiri sesi uji bakat yang dianjurkan oleh Hijjaz Music Entertainment. Namun, Rahim terpaksa menolak tawaran itu kerana beliau telah berpindah lebih awal ke kampus utama UIA di Gombak, satu semester lebih awal daripada rakan‑rakan In-Team pada ketika itu. Perpindahan tersebut bukan sahaja melibatkan perubahan tempat tinggal dan fokus terhadap akademik, tetapi juga mengehadkan ruangnya untuk terlibat sepenuhnya dalam proses uji bakat yang memerlukan komitmen masa dan latihan intensif. Keputusan untuk menolak tawaran itu bukanlah kerana beliau tidak berminat, tetapi lebih kepada komitmen dan keadaan yang memerlukannya untuk memilih antara pelajaran dan bidang seni. Namun begitu, beliau tetap sentiasa menyokong dan memerhatikan setiap langkah In-Team dari jauh.

2002: Menyertai In-Team

Pada pertengahan tahun 2002, pertemuan antara Rahim dengan Syah di tangga Mahallah (Kolej) Ali telah mengubah segalanya. Tawaran yang diajukan oleh Syah membuatkan Rahim termangu seketika kerana tidak menyangka bahawa In-Team kembali melamarnya untuk bersama mereka dalam album seterusnya setelah pengunduran Hisyam yang juga sahabatnya dalam kumpulan Husaini sebelum itu. Rahim sedar bukan mudah untuk beliau menggalas tanggungjawab tersebut apatah lagi In-Team ketika itu merupakan satu nama besar dalam industri nasyid tanah air.

Namun setelah melihat sendiri sahabat-sahabatnya mampu membahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran, Rahim bersetuju untuk menyertai In-Team secara kekal dan diberikan kontrak oleh Hijjaz Records. Beliau kemudiannya diperkenalkan dalam album ketiga In-Team iaitu Damba Kasih. Sejak itu, Rahim menjadi orang penting dalam In-Team (kini Inteam) untuk terus aktif berkarya sehingga kini.[1]

Album Rahim Bersama Inteam

Tahun Judul Album Penerbit Label Edaran Jualan
2003 Damba Kasih Hijjaz Hijjaz Records NAR Records 50,000 unit
2004 In-Team '04 Hijjaz Hijjaz Records EMI
2006 Tiada Lagi Kasih Inteam Inteam Records EMI
2007 Nur Insani Inteam Inteam Records EMI
2009 Allahu Rabbi Inteam Inteam Records Warner Music Malaysia
2010 Nur Muhammad (Bersama Kumpulan UNIC) Inteam Inteam Records Warner Music Malaysia
2010 Love Allah Love Rasul Inteam Inteam Records Inteam Records
2011 Inteam Kembara Sedekad Inteam Inteam Records Warner Music Malaysia
2013 Iman & Aman Inteam Inteam Records Warner Music Malaysia
2015 Miracle Hits Inteam Inteam Inteam Records Sony Music Malaysia
2017 Zikir Hati (Thumbdrive Album) Inteam Inteam Records Inteam Records
2020 Inteam 20 Tahun Inteam Inteam Records & Universal Music Malaysia Inteam Records
2025 Inteam 25 Tahun (Thumbdrive Album) Inteam Inteam Records Inteam Records
2026 Citra Kasih Inteam Inteam Records Inteam Records

Pembabitan solo di samping kerjaya berkumpulan

Rahim Inteam juga aktif di bawah Inteam Records, di mana beliau terlibat dalam rakaman zikir, selawat, dan qasidah. Setiap karya yang dihasilkan oleh Rahim menonjolkan nilai dakwah, pendidikan, dan kerohanian, menjadikannya sebagai sumber rujukan bagi masyarakat yang ingin memperkukuh kehidupan rohani mereka. Beliau juga pernah merakamkan bacaan Surah Yasin beserta kaifiatnya, menambah dimensi rohani kepada karya-karyanya dan memperkaya pengalaman pendengar.

Antara rakaman dan qasidah popular yang dibawakan oleh Rahim termasuk Innal Habib, Allahu Allah, Qad Kafani serta beberapa qasidah lain yang menjadi pilihan pendengar dari pelbagai lapisan masyarakat. Keunikan suaranya yang lembut, merdu, dan berjiwa, dipadankan dengan penyampaian penuh penghayatan, menjadikan setiap karya meninggalkan kesan mendalam di hati pendengar.

Rahim juga dikenali kerana kemampuannya menyampaikan mesej keislaman secara harmonis melalui seni suara, menjadikannya salah seorang ikon nasyid dan pendakwah muzik yang berpengaruh. Karya-karyanya bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga mendidik, memberi inspirasi, dan menyemai kesedaran spiritual di kalangan pendengar. Dengan dedikasi dan konsistensi, Rahim terus memperkukuh kedudukannya dalam dunia nasyid sebagai figura yang menyebarkan nilai keislaman secara berkesan dan profesional.

Karya, Single dan Kolaborasi

Tahun Lagu/Karya/Album Artis/ Penyanyi Komposer Lirik Label
2006 Senandung Budi Inteam Rahim Inteam Ito Lara Inteam Record
2008 Al-Husaini Adikku Sayang Rahim Inteam Rahim Inteam Inteam Record
2019 Man Ana Zayne (bersama Rahim Inteam) - - Inteam Record
2020 Kaifiat Yasin Rahim Inteam - - Inteam Record
2022 Qad Kafani Rahim Inteam Islamic Heritage Islamic Heritage & Imam Abdullah al-Haddad Inteam Record
2022 Selawat Ibrahimiyyah Rahim Inteam - - Inteam Record
2023 Burdah Al-Khidmah Rahim Inteam Al-Khidmah Imam Muhammad Said Al-Bushiri Inteam Record
2023 Allahu Allah Rahim Inteam Islamic Heritage Islamic Heritage/Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Inteam Record
2023 Innal Habib Rahim Inteam Islamic Heritage Islamic Heritage Inteam Record
2023 Selawat Tafrijiyyah Rahim Inteam - - Inteam Record
2023 Alhamdulillah Allahul Kafi Rahim Inteam (bersama Amer Bin Yusoff) Islamic Heritage Islamic Heritage/ Rahim Inteam Inteam Record
2023 Cintamu Amer Bin Yusoff, Rahim Inteam ,Syed Yassin Amer Munawer Yusoff Amer Munawer Yusoff Blackstone Productions
2024 Doa Awal & Akhir Tahun Rahim Inteam - - Inteam Record
2026 Asmaul Anbiya' Rahim Inteam Mohd Asri Ibrahim Sheikh Ahmad Al-Marzuqi & Frizdan Fizarahman Inteam Record

Penganugerahan dan Lantikan

Tahun Institusi/Organisasi/Badan Penganugerahan/Lantikan
2021 Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Ikon Kemanusiaan Peduli Insan

Peringkat Antarabangsa

Rahim Inteam bersama kumpulannya Inteam pernah mewakili Malaysia dalam pelbagai persembahan di peringkat antarabangsa. Dengan semangat dakwah dan muzik yang mendalam, beliau dan rakan‐sekumpulannya telah memperkenalkan irama nasyid ke pentas dunia, membuat persembahan di banyak negara termasuk Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, China, Mesir, Kanada, Turkiye, Lubnan, Vietnam, Kemboja, Amerika Syarikat, Perancis, Australia, New Zealand, Algeria, dan Syria. Setiap persembahan membawa bukan hanya lagu, tetapi juga budaya Melayu dan mesej keimanan, menjadikan muzik nasyid sebagai jambatan antara masyarakat berlainan bangsa dan latar belakang.

Kejayaan Rahim bersama Inteam menampilkan nasyid di pelbagai benua ini jelas membuktikan bakat, ketekunan, serta keunikan seni nasyid masih mampu menembusi sempadan budaya dan bahasa. Melalui vokal yang kuat, susunan muzik yang menyentuh jiwa, dan mesej yang universal, mereka berjaya meraih perhatian bukan sahaja dalam kalangan umat Islam tetapi juga pendengar dari latar budaya yang berbeza. Keberanian untuk membawa karya ke pentas antarabangsa seperti di Algeria dan acara‑irama luar negara lainnya membuktikan bahawa seni nasyid masih relevan, mampu menyatukan hati, serta menjadi lambang ketahanan budaya dan keindahan rohani.

Aktivitis Kemanusiaan

Rahim Inteam aktif bukan sahaja dalam bidang seni, malah juga dalam usaha-usaha kemanusiaan. Beliau bersama rakan-rakan kumpulannya pernah menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Syria melalui program Cabaran 12 Jam Syria, anjuran Pertubuhan Peduli Insan Malaysia. Dalam misi itu, Rahim dan ahli Inteam lain sanggup tinggal dalam khemah untuk merasai sendiri kesukaran hidup pelarian Syria pada musim sejuk, sambil mengumpul dana bagi menyediakan makanan panas, pakaian tebal, selimut, dan bahan pemanas.

Usaha mereka membuahkan hasil apabila lebih RM840,000 berjaya dikumpulkan dan disalurkan kepada pelarian Syria. Pada tahun berikutnya, Inteam dianugerahkan sebagai Ikon Kemanusiaan Peduli Insan setelah berjaya mengumpul lebih RM1 juta untuk tujuan bantuan kemanusiaan. Rahim juga terlibat dalam penerbitan lagu bertemakan kemanusiaan seperti Selimut Kasih, yang diinspirasikan daripada kisah sebenar pelarian Syria. Lagu dan video muzik ini bukan sahaja karya seni, tetapi juga berfungsi sebagai medium dakwah, menyampaikan mesej empati dan keprihatinan terhadap mereka yang terpinggir.

Selain di Syria, Rahim Inteam turut mengambil bahagian dalam misi kemanusiaan musim sejuk di Lubnan, di mana beliau dan kumpulan Inteam mengagihkan bantuan kepada pelarian, termasuk set makanan panas, pakaian, selimut, minyak diesel, dan bahan pemanas. Penglibatan aktif Rahim Inteam dalam pelbagai misi ini membuktikan beliau bukan sahaja seorang artis nasyid, tetapi juga insan yang berdedikasi terhadap perjuangan kemanusiaan dan solidariti sejagat.

Rujukan

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.