2024


2024 (MMXXIV) adalah satu tahun lompat bermula pada hari Isnin pada takwim Gregorius, tahun ke-2024 penggunaan Common Era (CE) dan Tahun Masihi (AD), tahun ke-24 untuk milenium ke-3, tahun ke-24 untuk abad ke-21, dan tahun ke- 5 untuk dekad 2020-an.

Peristiwa

Peristiwa yang diramalkan dan dijadualkan

  • Perpindahan kediaman rasmi Presiden Republik Indonesia dan ibu pejabat pentadbiran negara ke Ibu Kota Nusantara (IKN). [3]
  • Pelaksanaan projek pembinaan dan penyelenggaraan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak, ditamatkan pelaksanaannya pada bulan Februari 2024, bagi memberi laluan sepenuhnya kepada pelaksanaan projek pembangunan laluan trem pintar Autonomous Rail Transit (ART) di Sarawak. [4]
  • MYTV Broadcasting akan mempunyai sebanyak 38 saluran TV digital terestrial baharu (termasuk 15 saluran TV digital sedia ada) dan juga sebanyak 20 saluran radio secara percuma, menjelang akhir bulan Oktober 2024.
  • Perodua akan memperkenalkan model kenderaan baharunya, Perodua Nexis, dan akan dilancarkan pada awal bulan Februari 2024. [5]
  • Malaysia bakal mempunyai sebanyak 200 buah stesen pengecas kenderaan elektrik (electric vehicles charging stations) milik Gentari di seluruh negara, menjelang akhir tahun 2024.
  • Sarawak akan mempunyai sebanyak 50 buah stesen pengisian hidrogen bersepadu milik Petroleum Sarawak (PETROS) di seluruh daerah di Sarawak, menjelang akhir tahun 2024.
  • Kuching, Sarawak akan menjadi tuan rumah rasmi Kongres Perpaduan & Keamanan Antarabangsa 2024 (World Peace & Unity Congress 2024). [6]
  • Sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke–79.
  • Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 bakal berlangsung di Kuching, Sarawak.
  • Sambutan Hari Kemerdekaan ke–67.
  • Sambutan Hari Malaysia ke–61.
  • Pelaksanaan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di negeri Sabah dijangka akan mencapai sasaran pelaksanaan sebanyak 80 peratus (80%), menjelang akhir Oktober 2024.
  • Penamatan penuh siaran TV analog secara serentak di seluruh Indonesia, susulan transformasi penyiaran TV digital terestrial secara menyeluruh.

Kematian

Rujukan

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.