Paroi

Paroi adalah suatu kawasan dalam mukim Ampangan, daerah Seremban, Negeri Sembilan. Terletak kira-kira 8 kilometer timur dari pusat bandar Seremban dan berhampiran dengan kawasan Senawang dan Ampangan di mana kedua-dua kawasan ini juga berada dalam mukim Ampangan. Kawasan ini termasuk dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan terdiri daripada taman-taman perumahan.

Antara taman-taman perumahan yang terdapat dalam kawasan Paroi ialah Taman Paroi Jaya, PJ Perdana, Taman Panchor Jaya, Taman Ampangan, Taman Bukit Margosa, Taman Telawi, Taman Cengal Utama, Taman Tasik Jaya, Perumahan Rakyat Panchur dan lain-lain taman perumahan baru. Selain itu, terdapat kampung tradisional Melayu seperti Kampung Paroi dan Kampung Sentosa, Kampung Sentosa Jaya serta kampung baru Cina iaitu Kampung Baru Paroi.

Kawasan Paroi mula berkembang dan menerima limpahan dari pembangunan pusat bandar Seremban sejak pertengahan 1980-an. Paroi terkenal dengan infrastruktur sukannya. Di sinilah terletak Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Stadium Tuanku Abdul Rahman (Stadium Paroi), Centre Court (stadium tertutup) dan Pusat Akuatik Negeri.

Persimpangan Paroi merupakan persimpangan terakhir di sebelah selatan bagi Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS). Dengan siapnya persimpangan ini, LEKAS menyingkatkan perjalanan dari Kuala Lumpur dan Kajang ke Paroi tanpa melalui kesesakan jalanraya di pusat bandar Seremban.

Sejarah

Menurut sejarah lisan pemimpin di tempat ini dulunya bergelar Dato' Paroi yang menjadi penyokong kuat kepada Dato' Kelana Sungai Ujung dalam perang Bukit Putus menentang Yamtuan Antah. Beliau juga dikatakan mampu menjelma menjadi seekor harimau jadian malah menjadi penghulu kepada semua harimau yang berkeliaran di Negeri Sembilan dari tempat keramatnya di Gunung Angsi.[1]

Rujukan

  1. ^ Zainal Abidin bin Ahmad (1925). "Dato' Paroï, Were-Tiger". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 3 (1 (93)): 74–78. ISSN 2304-7550.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.