Bandar Springhill

Bandar Springhill
Subbandar bagi Port Dickson
Persiaran Springhill
Persiaran Springhill
Map
Lokasi Bandar Springhill di Negeri Sembilan
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
DaerahPort Dickson
Luak Sungai Ujong
Ditubuhkan1997
Kerajaan
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Port Dickson
Ketinggian
25 m (82 ft)
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai Malaysia)
 • Musim panas (WMP)Tidak terpakai
Poskod71010
Tapak sesawanghttps://bandarspringhill.com/


Pintu masuk dari sebelah utara, di Pekan Jemima

Bandar Springhill (Jawi: بندر سڤريڠهل) merupakan sebuah perbandaran terancang di Mukim Jimah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia terletak di antara Lukut di barat dan Bandar Sri Sendayan, Seremban di timur.

Bandar Springhill juga terletak di dalam lingkungan koridor ekonomi Lembah Wawasan Malaysia yang meliputi daerah-daerah Seremban dan Port Dickson di bahagian barat Negeri Sembilan.

Latar belakang

Dilancarkan pada 1997, Bandar Springhill dibangun oleh West Synergy Sdn. Bhd., sebuah syarikat pembangunan hartanah hasil kerjasama Chin Teck Plantations Berhad dan MUI Properties Sdn. Bhd, iaitu cabang hartanah Malayan United Industries Berhad (MUI).[1]

Pembangunan

Kawasan perumahan di Bandar Springhill

West Synergy merancang untuk membangunkan tanah pegangan bebas seluas 2,000 ekar (8.1 km2) kepada komponen-komponen berikut:[2]

Sektor timur

  • E1S (cadangan pembangunan kawasan kediaman)
  • E2
    • 2 Residences
    • Pusat Komersial Springhill
  • E3A (Amarilis)
  • Park Residences
  • E4
    • Olive & Maple
    • Ortus Avenue (Usahasama dengan SCLand)
    • Ortus Square (cadangan pembangunan kawasan komersial, usahasama dengan SCLand)
  • E5 (Nebula)
  • E6 (Aurora & Nova)
  • E7
    • Residence 7
    • E7-1 (Peony & Freesia)
    • E7-2 (Irises & Cosmos)
  • E8 (Cempaka)
  • E9
    • Meranti Residences
    • The Junction
  • E10
    • 10 North Residences
    • 10 South Residences
    • 10 Avenue Square
    • E10S (cadangan pembangunan kawasan kediaman)
  • E11 (Springhill Heights)
  • E12 (cadangan pembangunan kawasan kediaman)
  • Sekolah Antarabangsa UCSI [3]

Sektor barat

Kedua-dua sektor dipisahkan oleh Lebuhraya Seremban–Port Dickson dan dihubungkan melalui sebuah jejambat.

Prasarana

Tempat ibadat

Masjid Kariah Bandar Springhill

Kemudahan tempat ibadat telah dibina di Bandar Springhill iaitu sebuah masjid iaitu Masjid Kariah Bandar Springhill, dua surau di fasa 1 dan fasa 10, dan sebuah kuil Hindu di fasa 2.

Pendidikan

SJK (C) Bandar Springhill
Sekolah Antarabangsa UCSI

Kemudahan pendidikan merangkumi lima buah sekolah iaitu Sekolah Antarabangsa UCSI, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Springhill, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Bandar Springhill (kesemuanya di sektor timur), Sekolah Kebangsaan Lukut dan Sekolah Menengah Kebangsaan Yam Tuan Radin (kedua-duanya berada di luar lingkungan bandar), dan sebuah universiti iaitu Universiti UCSI kampus Bandar Springhill (di sektor barat).

Kesihatan

Universiti dan Hospital UCSI kampus Bandar Springhill

Bandar Springhill mempunyai dua buah klinik di sektor timur dan sebuah hospital swasta, iaitu Hospital UCSI (disepadukan dengan Universiti UCSI) yang terletak di sektor barat.

Pengangkutan

Persimpangan Springhill (EXIT 2901), Lebuhraya Seremban–Port Dickson

Bandar Springhill terletak kira-kira 17 kilometer dari pusat bandar Port Dickson, 3 kilometer dari Lukut dan 23 kilometer dari Seremban. Lebuhraya Seremban–Port Dickson dan Laluan Persekutuan 53 juga menghubungkan Bandar Springhill dengan kedua-dua bandar berikut.

Pekan Berhampiran

  1. Siliau
  2. Lukut
  3. Mambau

Rujukan

  1. ^ "About Us". Bandar Springhill. Dicapai pada 22 September 2025.
  2. ^ "Projects". Bandar Springhill. Dicapai pada 22 September 2025.
  3. ^ "Home". UCSI International School. Dicapai pada 22 September 2025.
  4. ^ "Ortus Park". SCLand. Dicapai pada 22 September 2025.
  5. ^ "MUI Properties jual tanah RM80.8 juta di Port Dickson". Berita Harian. Dicapai pada 22 September 2025.
  6. ^ "Gamuda able to develop up to 1,000MWs data centre on newly acquired land–HLIB" [Gamuda boleh membangunkan pusat data berkuasa 1,000MW di atas tanah yang baru dibeli–HLIB]. Gamuda (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 September 2025.
  7. ^ "Negri Sembilan to get 158ha data centre campus" [Negeri Sembilan bakal mempunyai kampus pusat data seluas 158 hektar]. The Star (dalam bahasa Inggeris). 10 Januari 2025. Dicapai pada 22 September 2025.
  8. ^ "Google Beli Tanah Nilai RM455 Juta Di Port Dickson, Untuk Apa?". The Vocket. 5 May 2025. Dicapai pada 22 September 2025.
  9. ^ "Google buys 389 acres outside Kuala Lumpur for data center development" [Google beli 389 ekar tanah di luar Kuala Lumpur untuk pembangunan pusat data]. Data Center Dynamics (dalam bahasa Inggeris). 8 May 2025. Dicapai pada 22 September 2025.
  10. ^ "Redefining Healthcare at UCSI University". UCSI University. Dicapai pada 22 September 2025.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.