MPEG

Kumpulan Pakar Gambar Bergerak (bahasa Inggeris: Motion Picture Experts Group), atau singkatannya MPEG, ialah sebuah kumpulan kerja ISO/IEC yang bertujuan memajukan piawaian pengekodan video dan audio. Mesyuarat pertamanya diadakan di Ottawa, Kanada, pada tahun 1998. Pada akhir tahun 2005, MPEG telah berkembang kepada 350 orang ahli setiap mesyuarat dari pelbagai industri, universiti, dan institusi penyelidikan. Gelaran rasmi MPEG ialah ISO/IEC JTC1/SC29 WG11.

MPEG telah menyelaraskan format-format pemampatan dan piawaian sampingan berikut:

  • MPEG-1: Piawaian pemampatan video dan audio terawal. Kemudian digunakan sebagai piawaian untuk VCD, dan merangkumi format pemampatan audio Lapisan 3 (MP3) yang laris.
  • MPEG-2: Piawaian pengangkutan, video dan audio untuk televisyen bermutu penyiaran. Digunakan untuk penyiaran televisyen digital (ATSC, DVB dan ISDB), perkhidmatan televisyen satelit digital, isyarat televisyen kabel digital, SVCD, dan disertakan sedikit pengubahsuaian, seperti fail .VOB (Video OBject) yang membawa imej dalam DVD.
  • MPEG-3: Mula-mulanya direka untuk HDTV, tetapi dihentikan setelah didapati MPEG-2 (dengan tambahan) cukup untuk HDTV. (Jangan kelirukan dengan MP3, iaitu MPEG-1 Lapisan Audio 3.)
  • MPEG-4: Meluaskan MPEG-1 untuk menyokong "objek" video/audio, kandungan 3D, pengekodan kadar bit rendah dan sokongan untuk Pengurusan Hak Digital. Beberapa piawaian video baru yang lebih cekap disertakan (sebagai alternatif kepada Video MPEG-2), khususnya:

Tambahan pula, piawaian-piawaian berikut, biarpun tidak bersinambung dengan piawaian pengekodan video seperti mana MPEG-1 hingga MPEG-4, dinamakan secara serupa seperti berikut:

Lebih-lebih lagi, baru-baru ini MPEG telah mula mengikuti piawaian-piawaian antarabangsa; setiap piawaian ini memegang berbilang teknologiMPEG untuk satu kaedah aplikasi. Contohnya, MPEG-A merangkumi sebilangan teknologi dalam format aplikasi multimedia.[1]

  • MPEG-A: Format aplikasi multimedia
  • MPEG-B: Teknologi sistem MPEG
  • MPEG-C: Teknologi video MPEG
  • MPEG-D: Teknologi video MPEG
  • MPEG-E: Multimedia Middleware

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

MPEG

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.