ATSC

Senarai piawaian penyiaran televisyen digital
DVB (Eropah)
DVB-S (satelit)
DVB-T (terestrial)
DVB-C (kabel)
DVB-H (mudah alih)
ATSC (Amerika Utara)
ATSC (terestrial/kabel)
ATSC-M/H (mudah alih)
ISDB (Jepun/Brazil)
ISDB-S (satelit)
ISDB-T (terestrial)
ISDB-C (kabel)
SBTVD/ISDB-Tb (Brazil)
Piawaian penyiaran video digital China
DMB-T/H (terestrial/handheld)
ADTB-T (terestrial)
CMMB (mudah alih)
DMB-T (terestrial)
DMB (Korea, mudah alih)
T-DMB (terestrial)
S-DMB (satelit)
MediaFLO
Kodek
Video
Audio
Jalur frekuensi
VHF
UHF
SHF

ATSC ialah piawaian yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Sistem Televisyen Maju (Advanced Television Systems Committee) untuk kegunaan pemancaran televisyen digital yang menggantikan kebanyakan sistem televisyen NTSC analog[1] pada 12 Jun 2009 di Amerika Syarikat[2][3] dan akan menggantikan NTSC juga pada 31 Ogos 2011 di Kanada[4] dan 13 Disember 2021 di Mexico.

Piawaian ATSC dibangunkan pada awal 1990-an oleh Grand Alliance, sebuah konsortium yang dianggotai syarikat elektronik dan telekomunikasi untuk memajukan spesifikasi HDTV. Piawaian ATSC A/53 yang melaksanakan sistem yang dimajukan oleh Grand Alliance ini, diterbitkan pada tahun 1995; kemudian diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (Federal Communications Commission, FCC) di Amerika Syarikat pada tahun 1996.

Piawaian televisyen definisi tinggi yang ditetapkan oleh ATSC menghasilkan imej skrin lebar 16:9 sebesar 1920×1080 piksel, iaitu lebih enam kali ganda leraian paparan piawaian terdahulu. Namun begitu, piawaian berkenaan turut menyokong pelbagai saiz imej, agar selebih-lebihnya enam "subsaluran" definisi biasa boleh disiarkan dalam satu saluran televisyen 6 MHz.

ATSC juga memperagakan ciri-ciri bunyi keliling 5.1 saluran yang menggunakan format Dolby Digital AC-3, di samping menawarkan pelbagai perkhidmatan datacasting tambahan.

Para penyiar yang menggunakan ATSC sambil mengekalkan isyarat analog harus bersiaran melalui dua saluran berbeza, kerana sistem ATSC memerlukan penggunaan seluruh saluran. Sistem saluran maya membolehkan nombor saluran dipetakan semula dari saluran frekuensi radio asal ke mana-mana nombor dari 1 hingga 99, supaya stesen-stesen ATSC mengekalkan nombor saluran NTSC masing-masing dengan identitinya, tidak pun semua stesen dalam sesebuah rangkaian boleh berkongsi nombor yang sama. Terdapat juga piawaian untuk sistem pemancaran teragih (distributed transmission system, DTx), iaitu sejenis rangkaian satu frekuensi yang membolehkan penyegerakan berbilang stesen penggalak untuk sesebuah saluran.

Setiap perkara piawaian ATSC ditandai A/x (x ialah nombor piawaian) yang boleh dimuat turun secara percuma dari laman web ATSC di ATSC.org.

Kebanyakan aspek-aspek piawaian ATSC menerima paten, termasuk unsur-unsur pengekodan video MPEG, pengekodan audio AC-3, dan modulasi 8VSB.[5] Kos pelesenan paten yang dianggarkan sebanyak $50 untuk sebuah penerima TV digital,[6] telah menyebabkan banyak sekali aduan dari para pengilang.[7]

Seperti sistem-sistem seumpamanya, ATSC tertakluk pada berbilang-bilang piawaian yang saling berjalin, misalnya piawaian EIA-708 untuk closed captioning digital yang menyebabkan timbulnya kelainan dari segi pelaksanaan.

Rujukan

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.