JPEG

Kumpulan Pakar Fotografi Bersama

Gambar seekor kucing liar Eropah dengan kadar pemampatan menurun, dan oleh itu kualiti meningkat, dari kiri ke kanan
Sambungan fail:.jpg, .jpeg, .jpe
.jif, .jfif, .jfi
Jenis media Internet:image/jpeg
Kod jenis:JPEG
Pengecam Jenis Seragam:public.jpeg
Magik:ff d8 ff
Dibangunkan oleh:Kumpulan Pakar Fotografi Bersama
Jenis format:format imej hilang
Piawai:ISO/IEC 10918, ITU-T T.81, ITU-T T.83, ITU-T T.84, ITU-T T.86
Pemampatan JPEG menerus berbagai-bagai (antara Q=100 dan Q=1) untuk imbasan tomografi berkomputer abdomen

JPEG (/ˈpɛɡ/ JAY-peg)[1] ialah satu kaedah pemampatan hilang yang biasa digunakan untuk imej digital, terutamanya bagi imej yang dihasilkan oleh fotografi digital. Darjah pemampatan boleh dilaraskan, membenarkan keseimbangan boleh pilih antara saiz storan dengan kualiti imej. JPEG biasanya mencapai 10:1 mampatan dengan sedikit kehilangan dapat dilihat dalam kualiti imej.[2]

Pemampatan JPEG digunakan dalam beberapa format fail imej. JPEG/Exif ialah format imej yang paling biasa digunakan oleh kamera digital dan peranti tangkapan imej fotografi yang lain; bersama dengan JPEG/JFIF, ia merupakan format yang paling biasa untuk menyimpan dan menyiarkan gambar foto di Jaringan Sejagat.[3] Kepelbagaian format ini selalunya tidak dibezakan, dan biasanya dipanggil JPEG.

Istilah "JPEG" ialah singkatan bagi Joint Photography Expert Graphics (bahasa Melayu: Kumpulan Pakar Fotografi Bersama), yang telah mencipta piawai ini. Jenis media MIME untuk JPEG ialah image/jpeg, kecualia dalam versi-versi lama Internet Explorer, yang membekalkan jenis MIME image/pjpeg apabila memuat naik imej JPEG.[4] Fail-fail JPEG biasanya ada sambungan nama fail .jpg atau .jpeg.

JPEG/JFIF menyokong saiz imej maksimum 65,535×65,535 piksel,[5] oleh itu sehingga 4 gigapiksel untuk nisbah bidang 1:1.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Definition of "JPEG"". Collins English Dictionary. Dicapai pada 2013-05-23.
  2. ^ Haines, Richard F.; Chuang, Sherry L. (1 July 1992). The effects of video compression on acceptability of images for monitoring life sciences experiments (Laporan teknikal). NASA. NASA-TP-3239, A-92040, NAS 1.60:3239. Dicapai pada 2016-03-13. The JPEG still-image-compression levels, even with the large range of 5:1 to 120:1 in this study, yielded equally high levels of acceptability
  3. ^ "HTTP Archive - Interesting Stats". httparchive.org. Dicapai pada 2016-04-06.
  4. ^ MIME Type Detection in Internet Explorer: Uploaded MIME Types (msdn.microsoft.com)
  5. ^ "Wayback Machine" (PDF). Web.archive.org. 3 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 September 2014. Dicapai pada 16 October 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Cite uses generic title (bantuan)

Pautan luar

Templat:Compression formats Templat:Graphics file formats

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.