LG Wing
| Jenama | LG Electronics |
|---|---|
| Pengilang | LG Electronics |
| Rangkaian serasi | |
| Julung diedarkan | 15 Oktober 2020 |
| Ketamatan | 5 April 2021 |
| Berkaitan | LG Velvet LG V60 ThinQ |
| Jenis | Fablet |
| Ukuran | 169.5 mm (6.67 in) T 74.5 mm (2.93 in) L 10.9 mm (0.43 in) D |
| Jisim | 260 g (9.2 oz) |
| Sistem pengendalian | Asal: Android 10 Boleh dinaik naik ke: Android 13 |
| Sistem atas cip | Qualcomm Snapdragon 765G |
| CPU | Okta-teras (1x 2.4 GHz Prime, 1x 2.2 GHz Gold, 6x 1.8 GHz Silver) Kryo 475 |
| GPU | Adreno 620 |
| Ingatan | 8 GB RAM |
| Storan | 128 atau 256 GB UFS |
| Storan bolehtanggal | microSDXC, boleh diperbesar sehingga 1 TB |
| Bateri | Li-Po 4000 mAh |
| Paparan | 6.8", 2460 × 1080, skrin sentuh kapasitif P-OLED, 16M warna, nisbah aspek 41:18, 395 ppi |
| Paparan luar | 3.9", 1240 × 1080, G-OLED, nisbah aspek 31:27, 419 ppi |
| Bunyi | Pembesar suara mono |
| Kamera belakang |
|
| Kamera depan | 32 MP, f/1.9, 26mm, 1/2.8", 0.8 μm HDR, 1080p@30 fps |
| Ketersambungan | Wi-Fi 802.11a/b/g/n/ac (2.4 & 5GHz), jalur bergu, Wi-Fi Direct, DLNA, Bluetooth 5.1, A2DP, LE |
| Lain | Qualcomm Quick Charge™ 4+, Patuh MIL-STD 810G, Kalis percikan IP54 |
| Tapak sesawang | www |
LG Wing 5G ialah sebuah fablet telefon pintar yang dikilangkan oleh LG Electronics, diumumkan pada 14 September 2020 dan mula unit jualan pada 15 Oktober 2020.[1] Peranti ini menampilkan reka bentuk kilas di mana paparan utamanya boleh diputar untuk membentuk bentuk "T", sekali gus mendedahkan paparan sekunder yang lebih kecil.[2][3][4][5] Ia beroperasi dengan sistem pengendalian Android.
Pada 5 April 2021, LG mengumumkan bahawa syarikat itu akan menutup bahagian telefon bimbitnya dan menghentikan pengeluaran semua peranti sedia ada. LG menyatakan telefon ini akan terus dijual sehingga inventori sedia ada habis.[6] Ini dianggap sebagai telefon unggulan (flagship) terakhir LG — kerana semua telefon lain selepas LG Wing sehingga tahun 2021 adalah peranti kelas pertengahan atau bajet.
Reka bentuk
LG Wing menggunakan rangka aluminium teranjod dengan tepi berperingkat (chamfered); kedua-dua paparan dan panel belakang dilindungi oleh kaca yang tidak dinyatakan jenisnya. Skrin bahagian bawah dikelilingi oleh bahan poliasetal berpelinciran tinggi pada panel hadapannya. Bingkai atas bahagian bawah menempatkan pembesar suara telinga. Ia didatangkan dalam dua pilihan warna, iaitu *Aurora Gray* dan *Illusion Sky*.
Ia boleh digunakan seperti telefon pintar konvensional dalam keadaan lalai, atau dalam sebarang orientasi semasa mod kilas. Memusingkan paparan utama mengikut arah jam akan mengaktifkan mod kilas, di mana paparan utama akan memaparkan mod landskap dengan tarikh dan masa, serta karusel aplikasi. Selain menjalankan dua aplikasi secara serentak, paparan sekunder boleh berfungsi sebagai gimbal kamera digital atau kawalan media.
Engsel
Telefon ini menggunakan engsel yang boleh berputar 90 darjah. Engsel ini mempunyai mekanisme kunci berganda dan diikat oleh dua pegas yang memandu telefon ke kedudukan terbuka atau tertutup. Sebuah peredam hidraulik kecil membolehkan pergerakan engsel yang lebih halus. LG meletakkan penarafan mekanisme ini sehingga 200,000 kali penggunaan.
Perkakasan
LG Wing dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 765G dan GPU Adreno 620. Ia mempunyai storan dalaman UFS 128 atau 256 GB, dipadankan dengan RAM 8 GB LPDDR4X. Penambahan kad MicroSD disokong melalui slot hibrid dua SIM, sehingga 2 TB.
Paparan utama adalah serupa dengan model Velvet dan V60 ThinQ, iaitu skrin P-OLED 6.8" FHD+ dengan nisbah aspek 41:18, manakala paparan sekunder ialah G-OLED 3.9" dengan nisbah aspek 31:27. Paparan utama juga mempunyai pengimbas cetakan jari optik di bawah skrin. Kapasiti bateri ialah 4000 mAh dan boleh dicas semula melalui kabel USB-C sehingga 25 W (Quick Charge 4.0+) atau secara tanpa wayar melalui Qi sehingga 13 W.
Kamera
Susunan kamera terletak di bahagian sudut dengan bahagian terbonjol berbentuk segi empat tepat yang menempatkan tiga kamera. Kamera belakang adalah serupa dengan V60, menggunakan sensor lebar 64 MP dan sensor sangat lebar 13 MP yang sama. Kamera ketiga ialah sensor sangat lebar 12 MP tambahan yang digunakan khusus untuk gimbal kamera digital. Kamera hadapan tersembunyi menggunakan mekanisme timbul (pop-up) bermotor dan menggunakan sensor 32 MP.
Perisian
LG Wing beroperasi dengan Android 10 dan menggunakan antaramuka UX 9 daripada LG.
Rujukan
- ^ "LG Wing smartphone has a swivel screen". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2020-09-14. Dicapai pada 2025-06-18.
- ^ La, Lynn (14 September 2020). "LG Wing 5G: The swiveling phone is a wacky take on the dual-screen trend". CNET.
- ^ Gartenberg, Chaim (14 September 2020). "The LG Wing's twisting screen offers a new spin on the dual-screen smartphone". The Verge.
- ^ Boxall, Andy (14 September 2020). "LG Wing smartphone flies high with a crazy rotating screen". Digital Trends.
- ^ Ismail, Adam (14 September 2020). "LG Wing release date, price, specs and what the dual screens do". Tom's Guide.
- ^ "Frequently Asked Questions: LG Mobile Products".
Templat:LG phones Templat:LG Electronics Templat:Android phablets
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.