Kedayan

Etnik Kedayan (juga dikenali sebagai Kadayan, Kadaian atau Kadyan) ialah kumpulan etnik yang menetap di Brunei, Wilayah Persekutuan Labuan, barat daya Sabah, dan utara Sarawak di pulau Borneo. Menurut Biro Bahasa dan Kesusasteraan Brunei, bahasa Kedayan (ISO 639-3: kxd) dituturkan oleh kira-kira 30,000 orang di Brunei, dan telah didakwa terdapat 46,500 lagi penutur di Sabah dan 37,000 di Sarawak. Di Sabah, orang Kedayan kebanyakannya tinggal di daerah selatan Sipitang dan Beaufort, di mana mereka dikira sebagai sebahagian daripada penduduk tempatan Melayu (dan mereka sering dianggap sebagai Orang Brunei disebabkan oleh asimilasi serta faktor perkahwinan campur). Manakala di Sarawak, orang Kedayan kebanyakannya tinggal di bandar-bandar Lawas, Limbang dan Miri (terutamanya di kawasan Subis).

Sebahagian kaum Kedayan di Wilayah Persekutuan Labuan bukannya orang pantai, dan cenderung menetap di kawasan pedalaman. Manakala sebahagian yang lain lagi menetap berhampiran pantai. Rumah-rumah di kampung dibina agak dekat antara satu sama lain, mengikut pola kelompok, dengan taman-taman bercabang. Kaum Kedayan-Brunei menjadi penduduk majoriti dan memegang kuasa politik di pulau bebas cukai itu.

Asal-usul etnik Kedayan di Brunei

Kedayan merupakan bangsa campuran Orang Jawa Ponorogo dan Masyarakat Melayu Brunei yang mana peristiwa Sultan Brunei Ke 5 iaitu Sultan Bolkiah (1473-1521) yang rajin singgah di tanah nusantara seperti di kepulauan Jawa, Sumatra, Kalimantan dan termasuklah Di tanah Filipina. Dan di tanah Jawa Baginda dapat melihat aktiviti orang Jawa yang rajin bercucuk tanam dan berpadi dan mereka ini dikenali dengan jadi bertanam (hasil tangan mereka yang banyak membuahkan hasil), maka baginda segera menawarkan mereka untuk menetap di Brunei. Setelah di Brunei banyak aktiviti pertanian dibuat dengan giat dan banyak hasilnya lalu Baginda memberikan hadiah. Di sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa melalui perkahwinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei sehingga pada masa kini puak kedayan banyak menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait dan Brunei dan Muara (Jerudong). Dan kemudian berpindah-rendah ada yang menetap di Sabah dan di Sarawak.

Bahasa Kedayan

Bahasa Kedayan merupakan satu dialek bahasa Melayu. Abjad bahasa Kedayan hanya terdiri daripada 18 huruf, seperti berikut:

  • 3 vokal, iaitu a, i, dan u;
  • 15 konsonan, iaitu b, c, d, g, h, j, k, l, m, n, p, s, t, w, dan y.

Kecuali dipengaruhi oleh bahasa Melayu yang dipelajari oleh orang-orang Kedayan sebagai lingua franca, vokal o dan e hampir tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Kedayan. Umpamanya:

  • besar = basaa
  • otak = utak
  • bola = bula.

Vokal o hanya wujud sebagai gandingan kepada konsonan r, umpamanya taloo untuk 'telur', dengan o berfungsi sebagai konsonan gantian. Konsonan bahasa Melayu yang ditinggalkan oleh bahasa Kedayan ialah f, q, r, v, z ( x tidak wujud dalam abjad bahasa Melayu). Bagaimanapun, ketinggalan konsonan r merupakan satu huruf paling nyata. Bergantung kepada bunyi dan gandingan huruf, perkataan bahasa Kedayan akan berbunyi seperti berikut:

  • r = aa; umpamanya besar = basaa
  • r = ii; fikir = pikii
  • r = oo atau r = uu; telur = taloo atau taluu
  • r = ing
  • air = aing.

Kecuali ketika mengikut dasar sistem ejaan bahasa Melayu yang menetapkan bahawa semua perkataan pinjaman perlu sedapat-dapatnya mengekalkan bunyinya, bahasa Kedayan hanya menggunakan 18 huruf yang tersebut.[1]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Laman web Kadayan WikiApakian". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-08. Dicapai pada 2005-12-22.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.