Kayan

Kaum Kayan merupakan kaum yang tinggal di kawasan hulu Sungai Rajang serta Sungai Baram di Borneo. Mereka dikategorikan sebagai sebahagian dari orang Ulu. Dipercayai suku Bulungan yang menetap di Kalimantan Utara juga merupakan orang Kayan.

Kaum Kayan mendiami tebing-tebing sungai dengan mendirikan rumah-rumah panjang. Aktiviti yang dilakukan untuk menyara hidup mereka ialah bercucuk tanam, menanam padi sawah, memungut hasil hutan dan menangkap ikan di sungai. Mereka dikategorikan ke dalam golongan Orang Ulu kerana tinggal di kawasan hulu sungai. Budaya mereka agak serupa dengan kaum Kenyah namun berbeza bahasa.

Wanita Kayan dari Sarawak
Wanita Kayan dari Sarawak

Bahasa Kayan

Setiap rumah panjang kaum Kayan yang terdapat di belaga, bahasa mereka agak lain dan nada pertuturan juga agak berbeza antara satu dengan yang lain.

Sayu Jihima- selamat pagi
Sayu Ngedau- selamat tengahari
Sayu Levi-selamat petang
Sayu Malem- selamat malam
Nun Dengah- apa khabar
Akui -saya
Ika' -awak
Nyalam- sayang
Liveng- rindu
Sayu- baik
Jan/usi'-tak
Marung/teneng-betul
Jam-tau
Ouk tua-sikit saja
Kuman/K'ani-makan
Ikem/ngenep-suka
Iha'- dia
Du'e-Minum
Kanen-nasi
Jinun/usi' te'- tak ada
Musang-keluar
Nun Nun Tua- apa apa saja
Duyah- tidak mahu
Ngenep- mau
Aik/e'- ya
Duh-mandi
Panau-jalan-jalan
Tudu-tidur
Ma'un-bagun tidur
Negkering-berdiri
Melo'-duduk

Kajian sarjana seperti Prentice D.J. (1971) dan lain-lain mengesani bahawa bahasa Kayan memiliki persamaan dengan bahasa Lun Bawang, Kenyah, Kelabit, Tagel dan Tabun sebelum bahasa-bahasa tersebut membentuk ciri-ciri tersendiri. Meskipun wujud beberapa perbezaan dari segi perbendaharaan kata, tetapi kebanyakan merupakan variasi sahaja.

Rujukan

http://www.brunet.bn/news/pelita/22nov/sasbuday.htm Diarkibkan 2008-04-14 di Wayback Machine

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.