Mahmeri

Mah Meri
Maq Betiseq / Besisi
Batin (ketua kampung) dari Kuala Langat, Selangor, 1906.
Jumlah penduduk
2,120 (2010)[1]
Kawasan ramai penduduk
Malaysia (Pulau Carey, Selangor)
Bahasa
Bahasa Mah Meri, Bahasa Melayu
Agama
Animisme roh alam, Islam, Kristian
Kumpulan etnik berkaitan
Semaq Beri, Semelai, Temoq

Mahmeri ialah suku orang Asli Senoi yang ramai tinggal di Pulau Carey, Selangor, Malaysia.

Definisi

Mah Meri bermakna "Orang Hutan" sementara dalam istilah bahawa Mah Meri disebut "bersisik". Mereka juga dikenali sebagai Orang Laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja sebagai nelayan. Mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai negeri Selangor kerana lari dari musuh.

Kini masyarakat Mah Meri telah mengalami perubahan dari segi pemikiran dan pembangunan hasil dari percampuran dengan masyarakat lain.

Kebudayaan

Ukiran

Ramai di antara mereka kreatif mengukir patung-patung yang dibuat daripada kayu. Ukiran mereka berbentuk dewa-dewa , manusia , alam flora dan fauna. Objek yang cukup menghiburkan ialah patung anak kera yang bergayut pada emaknya. Patung-patung ini mendapat pengiktirafan UNESCO.

Kepercayaan

Kepercayaan tradisional orang Asli Mah Meri berkaitan dengan perubatan dan penyakit. Upacara mengubat orang sakit 'Genggulang' bagi orang Mahmeri sangat penting untuk mengubati penyakit mereka.

Muzium Mahmeri

2005 Muzium Orang Asli Mahmeri di kawasan seluas 2.4 hektar di Wetland, Dengkil, Sepang akan dibina oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan .

Pusat Kraftangan Mahmeri akan mempamerkan hasil kreatif orang Asli khususnya suku Mahmeri. Selain itu menjalankan penyelidikan mengenai bahasa, budaya dan muzik masyarakat orang asli bagi mencungkil bakatnya.

Hasil kraf tangan masyarakat Mahmeri di Sungai Bumbun, Kuala Langat mempunyai nilai seni yang tinggi dan berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Nilai kesenian produk masyarakat itu telah menarik minat wakil Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Rujukan

  1. ^ Kirk Endicott (2015). Malaysia's Original People: Past, Present and Future of the Orang Asli. NUS Press. ISBN 978-99-716-9861-4.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.