Ismail Muhammad
Ismail Muhammad | |
|---|---|
| Imam Besar Masjid Negara Malaysia ke-12 | |
| Dalam jawatan 2007–2019 | |
| Didahului oleh | Kamaruddin Zakaria |
| Digantikan oleh | Ehsan Mohd Hosni |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Ismail bin Muhammad 2 Januari 1944 Kampung Padang Pulut, Dungun, Terengganu |
| Meninggal dunia | 7 Disember 2025 (umur 81) Shah Alam, Selangor, Malaysia |
| Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam, USJ22, Subang Jaya, Selangor, Malaysia |
| Pekerjaan | Ulama |
Tan Sri Dato' Seri Dr Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad (2 Januari 1944 – 7 Disember 2025) ialah seorang agamawan Islam di Malaysia.
Beliau berkhidmat sebagai Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur ke-12. [1] Sehingga 2019, beliau merupakan Imam Besar Masjid Negara paling lama berkhidmat, iaitu selama 12 tahun.[perlu rujukan]
Latar Belakang
Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail Muhammad dilahirkan di Kampung Padang Pulut, Dungun, Terengganu pada 2 Januari 1944. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Dungun Terengganu dan Sekolah Arab Dungun Terengganu. Kemudian, mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau meneruskan pengajian dalam bidang Tahfiz Al-Quran oada tahun 1966 dan merupakan salah seorang daripada lapan orang pelajar awal Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Masjid Negara. Setelah mendapat Diploma Tahfiz, beliau melanjutkan pengajian ke Maahad Al-Qiraat Al-Azhar, Shoubra, Mesir dan memperoleh Ijazah Pertama dalam bidang Al-Qiraat dan Ulum Al-Quran.
Kerjaya
Sekembalinya beliau dari Timur Tengah, beliau telah memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir di Perwakilan Rabitah Amal Islami dan tenaga pengajar di Persekutuan Seruan Islam Singapura (JAMIYAH). Beliau juga pernah bertugas sebagai Pengetua Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Terengganu, Pensyarah dan Timbalan Pengerusi Institut Tahfiz Sultan Haji Hassanul Bolkiah, Brunei Darussalam dan juga Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya. Kini, beliau merupakan Imam Besar Masjid Negara sejak tahun 2007.
Kemahiran beliau dalam bidang Al-Quran diperakui apabila beliau dilantik sebagai Hakim Tilawah Al-Quran peringkat Negeri dan Kebangsaan sejak tahun 1984 sehingga sekarang dan pernah menganggotai Jawatankuasa Mentashih Al-Quran Kementerian Dalam Negeri. Beliau juga merupakan Hakim Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa sama ada dianjurkan oleh Malaysia mahupun di negara-negara luar seperti Brunei, Mesir, Arab Saudi, Dubai, Iran, Qatar dan TV Al-Jazeera. Disamping itu, beliau juga diundang membentang Kertas Kerja dalam Kursus-Kursus Tahsin Al-Quran sama ada di peringkat Negeri mahupun Kebangsaan.
Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teks Doa peringkat jabatan di JAKIM dan sering dijemput untuk memimpin bacaan doa dalam majlis-majlis rasmi negara mahupun antarabangsa. Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau, maka beliau telah menerima beberapa anugerah dan pingat. Antaranya, Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.), Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T.), Anugerah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’ dan juga Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Terengganu bagi tahun 1432H/2010M.
Anugerah
Tokoh Maal Hijrah
Tokoh Maal Hijrah Negeri Terengganu
Pada 7 Disember 2010, Shaikh Ismail Muhammad dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah negeri Terengganu 2010. Beliau banyak memberi sumbangan dan khidmat kepada pembangunan dakwah Islam di Malaysia. Shaikh Ismail membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala serta sijil penghargaan. Anugerah telah disampaikan oleh Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja, Tengku Sri Laksamana Raja di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam. Tokoh Maal Hijrah lain ialah keluarga Muhamad Abu Bakar turut menerima Anugerah Tokoh Keluarga Mithali negeri Terengganu.[2]
Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan
Pada 9 Ogos 2021, Shaikh Ismail Muhammad dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2021 di atas sumbangan beliau dalam menyebarkan Syiar Islam. Anugerah telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin[3] sambil disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau juga merupakan Imam Besar Masjid Negara yang paling lama bertugas.
Darjah kebesaran
Malaysia :
Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri
Pulau Pinang :
Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) – Dato' Seri (2016)
Terengganu :
Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) – Dato' - Pingat Jasa Kebaktian
Rujukan
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.